02 April, 2019

Feverglam Eyeliner and Mascara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum



Hi semua. Hari ni aku nak share produk dari Fever Glam Malaysia. Aku ada dua produk untuk bercerita. First Mascara and second is eyeliner. Produk dorang sebenarnya dah lama menarik perhatian aku sebab aku kan suka makeup pastu selalu lah scroll ig dia memang nampak exclusivity and kualiti dari produk ni. Apa-apa yang berkaitan dengan makeup mesti rasa excited nak cuba, hehe tapi aku makeup pun bukan all the time. Time ada majlis je. Kalau hari biasa nak pakai foundation pun malas. Lebih rela keluar rumah muka plain letak lip balm dah. Untuk pengetahuan, Fever Glam Malaysia bukan je jual mascara and eyeliner malah foundation and lip matte pun ada. Korang kena tengok sendiri page dorang mesti rasa tergoda nak beli, hehe. Biasalah orang perempuan ni, kadang duit gaji tu habis dengan membeli barang makeup and skincare. Statement ni refer pada diri sendiri sebenarnya, hehe. Halah halah, tengoklah packaging dia memang melting habis. 



Fever Glam Double Design Mascara
RM46.00

Sejujurnya pemilihan mascara yang tepat amat memainkan peranan yang penting dalam hidup aku untuk melentikkan bulu mata sebab aku tak pakai fake lashes! Kenapa aku tak pakai fake lashes? Sebab haram ok haram. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku teringin nak pakai fake lashes pastu berangan macam artis hehe tapi adalah tidak untuk aku berbuat demikian buat selamanya and alhamdulillah sampai sekarang aku tak pakai. Aku selalu yakin, kalau kita istiqamah jaga tak buat perkara yang terang-terang Allah dah tegah pasti ada ganjaran keberkatan yang tersembunyi walaupun perbuatan tu nampak kecil tapi kita tak tahu pada penilaian Allah kan. So ladies out there, instead of pakai fake lashes, why not kita guna mascara yang boleh buat nampak mata jadi lentik macam mascara dari Feverglam ni. Subhanallah tak tipu mascara ni dapat hasilkan effect seperti yang diharapkan. Nanti aku explain pada gambar next selepas dah try guna mascara ni. 

Hukum pemakaian bulu mata palsu:
Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu :
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung” (SAHIH BUKHARI, NO. 5934)
Hukum pemakaian mascara:
Pemakaian mascara adalah HARUS selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mempunyai unsur syubhah dan tidak menjadi penghalang untuk berwudhuk. Wajib membersihkan mascara kalis air ketika mengambil wudhuk supaya air wudhuk rata.


Mascara dari Feverglam ni mempunyai double design. Maksudnya dia didatangkan dengan dua berus yang mempunyai fungsi yang berbeza. Aku assume Feverglam hasilkan berus yang berlainan untuk memudahkan untuk apply pada bahagian upper lashes and lower lashes.

Kelebihan Double Design Fever Glam Mascara

1. Memanjangkan & melentikkan bulu mata
Berus 1 - Menambahkan pekat gelap warna bulu mata dan menaikkan volume lentikan.
Berus 2 - Menjadikan bulu mata lebih melentik, tahan seharian dan berus yang jarang mengelakkan bulu mata dari bergumpal.
Sesuai juga untuk bulu mata nipis dan pendek.
2. Tahan lama
Formulasi kekal tahan lama mampu bertahan selama 12 jam. Tekstur nya yang cepat kering tidak memberi kesan jika tersentuh oleh jari.
3. Mudah dibersihkan
Mascara yg dihasilkan ini mudah dicuci tanpa menggunakan makeup remover. Basahkan bulu mata dengan air dan tarik je. Mascara keluar seketul seketul.
Jimat masa!
4. Tidak mencomotkan
Mascara ini mengandungi fiber yg bertindak untuk menjaga bulu mata kita serta tidak meninggalkan kesan hitam pada bawah mata ketika mencuci.
Semasa mencuci mascara, bulu mata tidak akn gugur di bawah mata.
5. Mudah digunakan
Inovasi dua berus yang berlainan jenis dalam sebatang mascara yang sama. Nak guna dua dua boleh. Nak guna salah satu pun boleh. Mudah dan jimat duit.




Berus Pertama: 
Berfungsi untuk menambahkan pekat gelap warna bulu mata dan menaikkan volume lentikan. kalau korang perasan berus ni bentuk dia melengkung jadi senang nak lentikkan bulu mata bagi voluminized. 



Berus Kedua: 
Berfungsi menjadikan bulu mata lebih melentik, tahan seharian dan berus yang jarang mengelakkan bulu mata dari bergumpal.

Fever Glam Double Eyeliner
RM39.90

Seterusnya adalah eyeliner. Ada dua jenis eyeliner Feverglam produced. Satu jenis yang peel off dan satu lagi adalah double eyeliner macam dalam gambar ni. Ia dipanggil double eyeliner sebab eyeliner ni ada dua tips yang berbeza. Satu tip tebal dan satu lagi tip nipis. 




Kelebihan Fever Glam Double Eyeliner
  • Mempunyai dua tips (tebal/nipis)
  • Tahan lama
  • Mampu membuatkan mata nampak besar
  • Hitam pekat
  • Mudah kering
  • Penggunaan yang mudah
  • Senang untuk ditanggalkan



Apa yang aku suka tentang eyeliner ni sebab dia hitam pekat dan senang nak apply berbanding liquid eyeliner. Biasanya liquid eyeliner kena betul-betul pro untuk lukis kalau tak nanti comot tapi eyeliner jenis macam marker macam ni senang sangat nak guna even newbie pun boleh guna. For those yang baru nak berjinak dengan makeup risau tak reti pakai eyeliner aku highly suggest beli eyeliner jenis macam ni. 




Satu tip yang tebal manakala lagi satu tip yang nipis. Kalau korang tak confident nak lukis tebal-tebal boleh guna yang nipis dulu. 




Tips masa guna eyeliner shake dulu lepas tu terus lukis tanpa lengah-lengah kalau tak nanti cepat mengering. Pastu lagi satu, kalau korang pakai eyeshadow yang tebal kadang satu layer je tak cukup kena buat banyak layer baru nampak betul-betul hitam. 




I am so satisfied with both Fever Glam eyeliner and mascara. Apa yang aku boleh katakan semua sesuai guna produk ni tak kira lah korang mua or newbie. 


Untuk maklumat lanjut sila layari

Facebook: Fever Glam Malaysia 
Instagram: @feverglam.my 
Whatsapp: 017-3086782

Thank you for reading my entry
xoxo

No comments: