19 February, 2017

Skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit-NEESYA review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Aku agak particular bab bab skincare nih. Yelah, banyak sangat dengar cerita negatif tentang skincare terutamanya keluaran tempatan yang ingredients pun tak dilabel. Rasa gerun nak cuba takut kulit rosak bila pakai. Sebab tu aku lebih suka guna produk farmasi. Lebih selamat. Lebih dipercayai. Aku percaya diluar sana ramai yang struggle cari skincare yang sesuai untuk kulit. Dulu tak tahu kali ke berapa puluh bertukar skincare. Mentang mentanglah kulit bukan jenis sensitif semua produk main beli je. Bukannya apa, aku jenis yang cepat bosan dengan sesuatu. Sebab tu selalu bertukar produk contoh bila tengok packaging menarik je hati mulai goyah lepas tu terbeli.haha


Kalau siapa yang pernah baca blog ni mesti perasan dulu aku pernah post tentang produk Neesya. Ada lima post kesemuanya tentang Neesya. Detail gila aku explain siap buat post berasingan lagi. Aku kenal dengan Neesya ni pada tahun 2015. Sekarang dah masuk dua tahun aku jadi pengguna setia. Neesya ialah produk penjagaan wajah keluaran Malaysia tapi tapi tapi ha ada tapinya ia menggunakan teknologi LumisScience yang diasas di Jepun. Maknanya produk ni bukan cikai-cikai je. Sesuatu produk yang bagus itu akan melalui pelbagai dermatological testing sebelum dipasarkan.

Kalau ada yang terlepas boleh klik link dibawah


Mesti ada yang tanya camne nak tahu produk ni selamat atau tidak ea? Sebagai seorang Compliance, aku banyak belajar tentang produk pharmaceutical yang bermutu first semestinya melalui proses GMP iaitu Good Manufacturing Practice. Ingat, tak semua produk kilang GMP certified tau. Kalau produk yang ada logo GMP certified terang terang produk tu selamat digunakan. Kedua ada logo halal dari Jakim dan ketiga ada pelekat hologram yang berwarna silver atau dipanggil meditag label yang diapproved dari KKM. Senang kan. Ada tiga benda ni dah cukup untuk korang rasa sesuatu produk tu selamat digunakan and Neesya fulfilled all the criterias. 

NEESYA BRIGTHENING GEL CLEANSER (100 ml)


First step, aku guna Neesya Brightening gel cleanser. Sebelum ni belum pernah lagi guna cleanser jenis gel based. Memandangkan ianya soap free, bila rinse dengan air tak berbuih. Setahu aku produk yang tidak mempunyai banyak bahan chemicals ni memang formless. Cleanser ni berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kulit kusam sekaligus melembutkan kulit.


Tekstur dia agak pekat dan bau dia sangat menyegarkan. Tak kira berapa kali gosok memang tak akan berbuih. Kau akan rasa macam tak puas hati kenapa tak berbuih macam cleanser lain like why why tapi bila siap je basuh muka rasa bersih sangat. Apa yang aku suka kandungan Brightening Gel ni membuatkan kulit kita nampak bermaya dan rasa tak kering. Brigthening Gel ni sesuai digunakan sebagai second cleanser selepas menanggalkan mekap guna deep cleansing.


Additional info, bahan aktif yang digunakan dalam produk Neesya ialah Alpha-Melight dan Silver vine extract. Mesti ada high curiousity jenis nak tahu semua benda tapi malas nak google. Nah, aku google siap-siap.


Alpha Melight™ is an ancient medicinal herb that has become a new agent for Skin whitening. Natural α-bisabolol is from Candeia Tree (Eremanthus Erythropappus), grown in Brazil. ɑ-Bisabolol is one of the most famous oily skin soothing active. It also shows strong melanogenesis inhibition effect. Skin whitening efficacy has been proved by clinical evaluations.


Orang kita ni memang taksub dengan kulit putih kan. Asal putih je cantik, asal hitam je hodoh sebab tu lah apa-apa skincare mesti ada whitening properties. Terbalik pulak dengan mat salleh yang sengaja cari tanning properties dalam setiap produk yang mereka guna. Apa-apa jelah uolls. Aku memang tak kisah sebab kulit aku sedia maklum hitam manis. lolz tapi aku suka kalau skincare yang aku guna boleh bagi effect radiant dan glowing macam Nessya Illuminating Essence ni.

NEESYA ILLUMINATING ESSENCE (65 ml)


If you are looking for product to make your skin looks shine and glowing, this essence is for you! Sebelum ni aku pernah cerita tentang Illuminating Essence. Link di atas ye. Lepas basuh muka, pakai toner dan moisturizer then pakai Illuminating Essence. Bangun pagi-pagi mesti rasa kulit glowing macam retiss. Sebotol kecik ni boleh tahan setahun lebih tau walaupun aku pakai tak jimat pon.


Apa tak cukup ke pakai moisturizer nak kena pakai essence pulak? Bukan tak cukup cuma essence or serum biasa dipakai as a skin treatment and repair berbanding moisturizer yang digunakan as a daily basis to hydrate the skin. Essence boleh mengurangkan dark spot, bagi lebih lembapan pada kulit, melembutkan, mengurangkan garis garis halus pada wajah dan reduce pores. Pendek kata, banyak manfaat diperolehi dengan menggunakan Neesya Iluminating Essence. 




Kalau perasan, essence dia punya tekstur water based. Bila guna kulit rasa tak terbeban. Maksud aku tekstur dia tak padat. Certain produk agak creamy/greasy tapi essence ni tidak. Pada aku pakai essence pun dah cukup kalau rasa rasa nak beli tu serum agak mahal. Biasanya lepas guna Neesya Illuminating Essence aku akan pakai dia punya serum sekali. Bezanya, serum tu akan add in as another layer which is more concentrated pada kulit. Seminggu sekali rajinlah aku pakai serum kalau hari biasa balik keje malas dah nak pakai banyak banyak layer ni.haha


Silalah jangan berkira untuk beli this essence. Jujur cakap bila pakai kulit rasa berseri glowing glowing gitu bila regain translucency.


Kepada sesiapa yang berminat boleh beli Neesya secara online atau di Farmasi. Di Watson memang ada jual. Neesya ni ada banyak sangat product line. Kalau tak tahu nak beli yang mana listkan dulu satu-satu ikut keperluan ye.hehe

Sebarang maklumat sila layari


Thanks for reading my entry
xoxo

12 February, 2017

Tudung sarung awning berdagu murah!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Aku tak pernah terlintas nak buat bisnes sebab rasa diri tak ada kelebihan tapi lama kelamaan rasa tak boleh jadi. Nak cuba keluar dari comfort zone. Kalau sebelum ni aku berjinak-jinak jual supplement sekarang ada hobi lain. Jual tudung! haha, sekadar hobi jelah bukannya nak menjana pendapatan utama. Tujuan utama aku sebenarnya nak pakai untuk diri sendiri. Tapi bila ada office mate beria-ria nak beli tudung dari aku sebab time tu aku beli borong maka aku fikir why not aku jual. Sekarang ni banyak sangat orang buka butik mahupun jual tudung dan baju muslimah secara online, memang tak lah aku nak bersaing dengan usahawan-usahawan ternama ni semua nak buat bisnes tudung, baju ke apa. Haru jadinya.kahkah.

Sekarang ni fokus utama aku adalah nak mencuba nasib dulu. Jadi platform yang aku guna nak tengok demand ialah dengan menjual tudung. Lepas ni kalau aku betul-betul rajin dan komited teringin jugak nak ada bisnes sendiri. Aku selalu berangan kalau boleh nak bukak bisnes lain dari yang lain. yang tak pernah dibuat orang. Berangan jelah dulu kan mana tahu suatu hari nanti jadi kenyataan.haha. Bab-bab berangan ni aku memang nombor satu.

sumber: google

Jadi siapa kat sini peminat tudung sarung kita geng. Aku punyalah malas gila nak iron. Biasanya tiap minggu hari ahad aku iron siap-siap baju dan tudung untuk seminggu bekerja tapi time mood malas datang bangunlah kau waktu pagi meng-iron baju dengan tudung pastu kelam kabut lambat pergi kerja.tsskk T.T 😢


Zoom pattern dari dekat.

Jadi untuk memudahkan urusan, kadang time terlambat nak pergi kerja aku pakai tudung sarung je, yang ada awning dan berdagu. Jenis material high quality denim. Macam gambar kat atas ni. Bila pakai terletak cantik je tak jatuh. Aku cuba cari saiz yang lagi besar tapi tak jumpa sebab yang aku pakai ni pun dah saiz XL jadi. Kelebihan tudung sarung ni pakai tak sampai 5 saat dah siap. Selesai masalah negara! hehe

Kelebihan Tudung Sareema Denim 
  • Diperbuat daripada high quality material 
  • Tidak panas dan terletak cantik apabila dipakai
  • Harga yang sangat murah
  • Berdagu dan labuh menutupi dada
  • Ironless


Kepada sesiapa yang berminat boleh order cepat cepat tau sebab stock memang sangat limited. Ada lima colour cantik cantik yang available.

Cuma RM22 je sehelai
 excluding postage

Seriously, korang tak akan dapat harga murah macam ni dimana-mana tau. Dengan aku je. haha, saja nak pyscho tapi memang betul pun. Office mate aku berebut beli katanya.

"Yasmin, seriouslah awak jual murah macam ni. Betul ke tak nak ambil untung?
Balik modal ke berniaga macam ni?"

Ya, aku jual murah sebab as a marketing strategi buat permulaan ni. Lepas ni harga dah kira macam di pasaran.

Apa-apa pun pm for more info ya.

UPDATED: Semua tudung already SOLD OUT
Kalau nak boleh request.TQ



Thanks for reading my entry
Lepas ni banyak lagi nak update, please stay tune okey!
xoxo