29 October, 2016

My Graduation Day!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Once upon a time, there is a girl who has a big dream. She always dream she can be the best in everything and she can get everything she wanted but she has forgotten she is little mediocre girl and not Albert Einstein. Anyway, there are two mistakes people can made in life.
1. To think you are special
2. To think you are not
:p


Yet she relentlessly believed to be part of people who able to bring a masterpiece into recognition. Then, she decided to pursue her degree in Molecular Biology and Genetics because she wants to be a Scientist. An ordinary girl who is not talented in Science and hate Maths but knows she loves English and was the top scorer of those subject during primary school and only did well in History during secondary school. Anyway, none of that matters once you're in university. You just need to worry which class your pointer gonna falls in.


Those 5 years full of challenges, struggles and tears. I have chosen this field. I can't turn back. I need to study, study and study since I am only an average student. I need to work double than other people to achieve good grades and this lead me to live kinda dull life but who cares.


Literary, there is only one reason I keep on going despite all the upside down in getting a degree and she is my mom. The person who I always hurt her feelings but never tired of me. Pray for each of her children so tell me how can I give up easily knowing her silent hope lies for me.


Everybody has their own milestone and so do I but mine one is not great as yours but I am thankful to Allah at least I able to get a degree at the age of 23 years whilst there are so many people out there who haven't got a chance to further their study or still struggle to place themselves in education system. My advice, never give up!

One thing I learnt, whatever you plans, try not to be too rigid or how we want things to be or we will just be get worn out before we reach our destiny.

The end

Thanks for reading my entry
xoxo

26 October, 2016

Amy Mascara BB Cream Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Baru baru ni aku diberi peluang untuk mencuba salah satu produk keluaran Bumiputra iaitu Amy Mascara. Aku memang teruja nak try produk ni sebab aku belum pernah try lagi local high end cosmetic brands.  Korang kena tahu sekarang produk tempatan pun dah setanding antarabangsa tau contoh macam Amy Mascara ni. Satu-satunya produk jenama Melayu yang berjaya membuka cawangan di outlet cosmetic Aeon. Antara cawangannya adalah:




Memang kagum kan ada syarikat kosmetik tempatan berjaya tempatkan diri setanding produk jenama luar negara dengan menghasilkan produk yang bermutu. Ownernya pun baik sangat no wonderlah boleh berjaya. Dia pernah cakap nak berjaya satu je kuncinya iaitu USAHA!


Harge set Amy Mascara BB cream:

RM179

Jangan salah sangka, Amy Mascara ni bukan hanya jual mascara je tau, semua kelengkapan mekap ada tak kira BB cream, lipstick, eyeshadow, and etc. Dalam banyak-banyak produk, Set Amy Mascara yang paling menambat perhatian aku sebabnya dalam set ni mengandungi makeup base yang utama iaitu Amy Mascara Lovely BB cream, Amy Mascara Miracle Water, Amy Mascara Mineral Brush dan Amy Mascara Mineral Brush (small)

Biasanya tiap kali pakai mekap mesti kena pakai foundation kan tapi tahukah anda sekadar memakai foundation je tak cukup. Foundation yang kita pakai sekadar memudarkan jerawat dan parut jerawat with high coverage supaya nampak peloles gitu kan. Sebelum ni pun aku ada habit yang sungguh tak bertamadun sebab selalu skip pakai moisturizer dan sunblock sebelum pakai foundation.haha, Tolonglah jangan amalkan habit ni. 


Memandangkan apa-apa produk kosmetik tak kira foundation paling tidak pun ada jugak letak chemicals. Bayangkan kalau chemicals tu dah tertanam dalam kulit memang blockage lah jawabnya walaupun dah buang pakai mekap remover tak semudah tu nak tanggal tapi dengan Amy Mascara Lovely BB cream ni dia ada 10 in 1 functions termasuklah act as moisturizer. Bayangkan ada foundation boleh bertindak seperti moisturizer sekali jadi lepas ni kalau tak ada masa dah boleh skip step pakai moisturizer dengan sunblock. Tepek tepek 10 saat dah siap!

Salah satu tarikan utama BB cream ni jugak sebab ianya wudhu' friendly! Mostly produk kosmetik tiada function wudhu' friendly melainkan Amy Mascara Lovely BB Cream ni dan juga tidak mempunyai silicon.SPF pun tinggi which is 35/PA+++ cukup bertindak sebagai sunblock.Lagipun bahannya diperbuat daripada extract buah-buahan dan juga mushroom. 

KELEBIHAN LAIN LOVELY BB CREAM 
1. Mempunyai satu warna sahaja yang sesuai dengan semua jenis kulit 
2. Mempunyai kelulusan daripada KKM 
3. Menutup cela parut , jeragat , pigmentasi 
4. Tidak berminyak dan bertompok walaupun Berpeluh 
5. Tidak merekah kat tepi hidung, tepi mulut 
6. Kulit tak kering walaupun pakai dalam masa yg lama 
7. Hasil solekan gebu, flawless dan glowing 
8. Tahan sehingga 16 Jam 
9. Tahan sehinggan 3 - 5 bulan 
10. Mencerahkan kulit



Sebelum ni aku just pakai foundation je memang dah lama tak pakai BB cream sebab aku macam noob dulu tak tahu function BB cream ni untuk apa.haha. Then barulah aku discover beza BB cream dengan foundation rupanya BB cream coverage dia tak tebal macam foundation,sesuai dipakai setiap hari and mempunyai multifunctions! Macam BB cream Amy Mascara ni dia mempunyai 10 manfaat dalam 1 iaitu sebagai:


1. FOUNDATION 
2. WHITENING 
3. SUNBLOCK 
4. CONCEALER 
5. SKIN REPAIR 
6. MOISTURIZER 
7. OIL CONTROL 
8. MAKE UP BASE 
9. REFINE PORE 
10. NIGHT MASKER 

BB cream ni sesuai dengan semua jenis kulit walaupun ia didatangkan dengan satu warna je even kulit aku yang hitam manis ni pun nampak okey takdelah putih semacam macam puntianak harum sundal malam.Aku kalau salah pilih cream kulit akan nampak warna jadi tak jadi sekata tapi dengan Amy Mascara ni dah takyah risau memang dia akan blend sendiri sesuai dengan warna semulajadi kulit kita.yehuu!

Bukak youtube banyak video tentang cara penggunaan produk Amy Mascara dia.Ramai artis yang jadi duta jugak termasuk Syasya, Wan Sharmila, Nor Khairiah dan banyak lagiiiiii.


Video: Penggunaan Set Amy Mascara BB cream by Wan Syarmila

Dalam video ni Syarmila blend in BB cream dengan menggunakan mineral brush Amy Mascara. Untuk menghasilkan sapuan yang lebih cantik dan kemas maka haruslah guna makeup brush. Amy Mascara dah siap-siap bagi package set BB cream termasuk dengan brush sekali. Big brush untuk ratakan keseluruhan bahagian muka manakalah small brush untuk ratakan area yang terpencil macam tulang kening hence sapuan lagi nampak even.


Aku kadang tu malas lah jugak sapu guna brush tapi serius bila kau dah biasakan diri guna brush memang dapat rasakan perbezaan dia berbanding guna tangan. Kalau sapu pakai tangan first tak hygenic sebab ada bacteria. Jangan cakap tangan kau bebas bacteria bila main handphone 24 jam.Ha, jangan nak nafikan aku jentik kang.Sesungguhnya fakta menunjukkan handphone itu lebih kotor daripada toilet.Siapa je yang rajin cuci tangan sebelum guna makeup? Paling tidak pun aku sorang je haha! gelak setan jap.Okey back to the point.Next blend guna tangan walaupun cepat tapi probability warna jadi tak sekata tu tinggi.Nampak tak banyak drawbacks dia kan.


MashaAllah lembut gilaa okey brush ni!



Next, ialah Miracle water with collagen. Sebelum dan selepas pakai Amy Mascara BB cream, spray dengan Miracle water ni sebagai makeup based macam kita pakai makeup spray untuk makeup tahan lama. Lepas pakai BB cream, then guna miracle water ni dia seal kulit kita jadi tak bercapuk.Aku dah lama tercari makeup spray, bila dapat pakai seronok manjang rasa nak spray je 24 jam macam sebab effect dia yang cool.hee

Nak pesan siap-siap walaupun description BB cream tulis wudhu' friendly, make surelah bila pakai makeup cuci betul-betul time ambil wudhu' guna facial wipes or makeup remover.Orang perempuan ni paling kurang pun kita pakai lipstik dan eyeliner jadi nak tak nak kenalah tanggalkan sebab mana-mana produk kosmetik boleh dikatakan 99% waterproof. Sekurangnya biarlah kita rasa suci untuk beribadah kan.Sekian tazkirah ringkas!


Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari


Facebook Amy Mascara Owner

Instagram Amy Mascara Owner

Talian Houtine:
60177833868

Thanks for reading my entry

xoxo

01 October, 2016

Latihan Industri di Melaka Bioteknologi Corporation

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Sebenarnya aku ada terima beberapa pertanyaan daripada student yang nak apply internship di Melaka Bioteknologi Corporation lepas aku buat entry cikai perasaan first day. Konon cerita pengalaman la kan tapi aku dah delete entry tu sebab rasa macam tak membantu langsung orang yang nak cari info.haha! Jadi untuk entry ni, aku akan cerita serba sedikit pengalaman aku sepanjang berpraktikal di Institut Bioteknologi Melaka yang terletak di Ayer Keroh ni pada tahun 2015 selama 3 bulan iaitu Jun hingga Ogos.

Aku dulu terkial kial cari info berkaitan internship di BioCorp tapi hampa sebab tak jumpa pun blog berkaitan tips, cara nak apply bagai jadi aku rasa better aku buat entry ni mana tahu boleh jadi bahan rujukan untuk adik-adik yang tengah survey untuk intern nanti.

First aku memang dah aim dari dulu lagi nak intern di BioCorp atas beberapa alasan berikut:

1. Mestilah berkaitan kerja lab dan sesuai dengan bidang aku iaitu Cell and Molecular Biology.
2. Berhampiran dengan rumah jadi bab urusan transport tak jadi masalah.
3. Menjimatkan duit (tak perlu fikir dah soal duit sewa/ makan).

Disebabkan aku jenis manusia yang berjimat cermat hence aku tak nak praktikal diluar negeri/negara melainkan kalau dapat elaun tapi untuk pelajar yang buat latihan industri ni rata ratanya tak dapat elaun termasuklah BioCorp. Kalau korang jenis yang kesah bab elaun mungkin boleh search private company bahagian korporat tapi bila aku tanya kawan-kawan aku yang praktikal di government sector mostly company memang tak bagi elaun pun. lap tisu jap ;p

Apa yang korang perlu tahu tentang Institut Bioteknologi Melaka ni?

1. Cara Nak Apply

Bab ni tak perlu risau sebab lecturer akan guide tentang cara nak apply time briefing session nanti. Lecturer akan explain berapa company korang patut target, company jenis apa yang korang boleh join dan sebagainya. Apa yang aku buat, masa second year sem 4 dulu lecturer dah start suruh survey penempatan internship untuk sem 6 nanti. Kiranya dalam jangka masa setahun tu dah start kena search. Kalau nak lengah boleh je tapi bersiap sediakan nanti tempat yang korang nak tu dah full.hihi

Memandangkan aku jenis manusia yang tak penyabar, lepas lecturer buat briefing after sem break aku terus submit resume melalui email. Make sure lah korang submit email kepada admin department sebab segala urusan berkaitan  kerja/internship biasanya diuruskan oleh bahagian admin.Then, jangan tunggu dia call/email kita sebab certain company ambil masa yang lama untuk balas email. Kenalah rajin follow up.Dulu lepas aku hantar resume melalui email dia ambil masa 2/3 minggu untuk balas tapi disebabkan aku terlebih rajin, aku terus pergi ke company send lagi sekali resume.haha! sebenarnya step ni tak perlu pun tapi aku memang nak sangat intern sana jadi aku  berusaha termasuklah call company after 2 minggu submit resume. Dorang reply lebih kurang 3 minggu centu.

Salah satu kenapa korang kena cepat cepat follow up sebab biasanya ramai student yang akan apply BioCorp even dorang takde background Biotek pun and BioCorp akan terima ramai student LI tapi bila dah terlalu ramai tak muat office, mereka terpaksa tolak permohonan even dirayu berkali kali so janganlah berlengah berlengang kangkung ye. 


2. Scope kerja di Lab BioCorp

Sebelum aku cerita panjang lebar kerja apa yang aku buat kat sana aku nak bagitahu dulu di Biocorp ada 4 lab semuanya iaitu Lab Halal & Molecular Biology, Lab Toxicology, Lab Chemical & Food Technology dan Lab Microbiology. Bila dah dapat surat tawaran korang akan ditempatkan di Lab secara random (tak boleh pilih) tapi jangan risau biasanya mereka akan tempatkan di lab yang berkaitan dengan bidang korang. Macam aku course Cell and Molecular Biology pada mulanya ditempatkan di Lab Toxicology tapi disebabkan sv aku handle dua lab, dia tempatkan juga kami di Lab Halal & Molecular Biology. Kiranya aku dapat experience buat kerja di dua lab. Jangan risau tak penat pun sebab kedua-dua lab adalah lab yang paling santai berbanding lab lain jadi bersyukurlah dan bergembiralah kalau dapat merasai kerja di makmal ni.ahaks

3. Lab Halal & Molecular Biology

Masa awal awal masuk kerja, perasaan aku sama macam korang cuak jugak lah pada mulanya.cuak takut dapat sv garang, cuak takut nanti kena bulilah dan macam macam kecuakan yang bermain di benak fikiran aku time tu tapi segala perasaan tu meleset je sebab aku dapat sv yang sangat best, kawan kawan yang baik hati dan pekerja pun mostly sporting.


Ni adalah suasana di Lab Halal & Molecular Biology. Untuk pengetahuan, lab ini menjalankan aktiviti screening dan menganalisis makanan tersebut adalah halal/tidak menggunakan mesin pcr. Aku akan cuba untuk explain menggunakan bahasa general dan minimize penggunaan jargon/terminology Science sebaik mungkin supaya hangpa tak boring.hehe



Untuk lab ni memang dah label siap siap mesin/apparatus/equipment dengan label halal dan non-halal jadi memang sangat praktikal sewaktu kita buat kerja dan yang penting adalah patuh syariah.

Untuk Lab Halal & Molecular Biology, mesti korang akan tanya perlu handle produk non-halal ke? Jawapannya adalah yes, untuk lab ni most of the time kita handle pork as a positive control. Tapi sebelum tu sv akan briefing cara-cara nak sertu after buat lab work dengan menggunakan 6x air dan 1x air tanah. For this case, kita gunakan sabun taharah sebab handy dan senang so dah tak perlu risau tiap kali nak samak kena cari tanah kat mana pulak nak gagau kan.heh! 



Kaedah prepare sabun taharah, kikis guna pisau agak agak dah 3/4 tu bancuh dengan air biasa tak perlu accurate pun sebab kita bukan nak prepare chemicals.Disebabkan semua tempat yang kita handle macam meja semua kena sertu, just spray pakai botol merah tu senang dan mudah tak payah tuang sebaldi everytime nak sertu.Dalam besen biru tu pulak sabun taharah digunakan untuk basuh semua bahan-bahan yang kita telah digunakan. kena separate dalam transportation box non-halal tu dulu sebelum dibawa ke sinki.


 Ni dia macam yang biasa kitaorang buat, homogenize pork @ apa-apa saja food products mostly dibeli secara random di supermarket. Lepas tu mix guna pestle and mortar then timbang kemudian buat DNA extraction guna Nucleospin kit kat bawah ni. Kerja meng-extract DNA adalah antara fevret aku sebab pakai kit je daripada guna conventional method yang lebih rumit and time-consuming.


Antara bahan bahan untuk memasak adalah seperti berikut so nilah dia kit yang kami guna. For those yang curious harga kit sangat mahal tau paling minimum pun RM2500 jadi beruntunglah kalau fyp korang nanti guna kit macam aku.hehe




4. Lab Toxicology

Untuk tahu lebih lanjut lab toxicology menjalankan kajian apa silalah rajin-rajinkan diri menggoogle di website BioCorp sebab aku malas nak cerita dengan details.Secara umumnya, lab ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cell culture dan bacteriology. Kitaorang berpeluang buat lab work under lab cell culture je. Biasanya job scope yang dbuat di BioCorp adalah routinized work dimana waktu ada sample baru kita diberi peluang untuk conduct lab and bergantung jugak korang ditempatkan under sv mana. Macam dulu setiap orang diberi cell line V79V dan buat subculture menggunakan cell ni.



suasana lab toxicology


Make sure semua bahan seperti apparatus/chemicals/ telah disediakan dalam biosafety hood II. Lab cell culture tak guna laminar air flow so tahap kebersihan dan keselamatan amatlah terjamin mutunya.he

Apa yang aku buat masa praktikal ialah subculture and cryopreservation. Aku dah bagi hint siap-siap so for those nak apply sini bolehlah buat revision dulu.hee,. Tujuan subculture adalah untuk replace the old media with the new media so the cells able to survive healthily and confluently. Macam kita tanam pokok kena sentiasa siram dengan air, bagi baja dan sebagainya macam tu jugaklah dengan cell ni. Rajin pulak aku bagi pengenalan kan.


Aku tak explain theoretically step yang aku yang aku buat tau kalau tak cerita dua jam pun belum tentu habis and nanti kena tukar tajuk jadi kelas Cell Culture by Dr, Yasmin pulak kan.wakaka. Aku explain in shallow je.Lagipun entry ni ditulis supaya korang dapat idea and insight untuk sesiapa yang bercadang nak praktikal di BioCorp nanti.


Discard the old media and wash with PBS buffer


Addition of trypsin-EDTA


Addition of DMEM media.


Watch any sign of detachment.


Transfer the cell into new centrifuge tube.


Mr. Frosty freezer.


Kira cell menggunakan automated counting machine macam hemacytometer.Aku harap korang semangat la nak intern di BioCorp lepas ni bila tengok gambar gambar ni semua. Saja kasi aura untuk jadi researcher berjaya.agaga


With my colleagues. Overall memang aku sangat berpuas hati praktikal di BioCorp. Banyak pengalaman yang kami dapat.Kadang-kadang buat kerja admin, malah kerja receptionist pun kami buat. Semua tu pengalaman yang berharga and those people they are so lovely. Sekarang ni aku tengah struggle cari kerja termasuklah aku ada apply juga di BioCorp. Kalau boleh nak sangat kerja kat sini lagi.Doakan aku ya :)

P/s: Semua gambar provided tidak diambil dari google. I used my very own camera. Malas pulak nak letak copyright and it means anyone can use it for academic purpose.

Thanks for reading my entry
xoxo