22 October, 2017

Review: Super Moisture DD Cushion by Kaay Cosmetics

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Apa itu DD Cream? Apa bezanya dengan BB or CC cream? Apa bezanya dengan foundation lain? Paling tidak soalan-soalan sebegini pasti pernah bermain dalam fikiran kita terutama yang jenis suka explore kepelbagaian foundation yang available. Sebelum ni aku dah pernah guna pelbagai jenis foundation termasuklah BB cream tapi dalam banyak-banyak foundation yang dicuba, aku paling suka jenis cushion antaranya adalah DD cushion ni sebabnya boleh buat kulit muka aku jadi flawless. Well, siapa yang tak nak kulit flawless kan. *flip tudung*. DD cream atau nama saintifiknya adalah Daily Defense atau Dynamic Do All lagi hebat sebabnya  manfaat CC cream dan BB cream dah ada sekali dalam cushion ni. Kita dah tak payah dah guna bermacam foundation, BB cream or CC cream kalau semua kebaikan kita boleh dapati DD cream ni. Betul tak?


Kaay Cosmetics adalah antara jenama tempatan yang menerajui rangkaian DD cushion pada masa kini. Mereka menghasilkan produk yang dinamakan sebagai Super Moisture DD Cushion. Sebelum ni aku pernah bagitahu cushion ni sama macam foundation tapi mempunyai lebihan manfaat bukan hanya sekadar build up coverage as a based untuk makeup. It is more than that. Lagi best mostly cushion ni didatangkan dengan cermin dan sponge sekali. Pendek kata more convenient and practical terutamanya untuk wanita yang berkerjaya. Sekarang kan kita hidup di zaman dunia serba pantas, nak makeup lama-lama pun tak ada masa. Jadi pakai je DD cushion tak perlu lagi dah pakai sunscreen, moisturizer and concealer just dab dab je sebab dalam ni dah ada sunscreen SPF 50 sekali dan semua nutrient yang diperlukan kulit. Masa pun jimat duit pun jimat. 


Mana kau nak cari DD Cushion yang ada 12 manfaat dalam satu melainkan dengan Super Moisture DD Cushion ni je. 

Manfaat Super Moisture DD Cushion
  • Melembap
  • Anti Penuaaan
  • Mencerahkan
  • Mengurangkan kedutan
  • SPF 50 PA
  • Kulit Mulis (Flawless)
  • Atasi tona tak sekata
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mesra wuduk
  • Menyejukkan
  • Merawat kulit bermasalah

Kalau perhati ingredients tak ada yang diperbuat dari chemicals yang berbahaya seperti paraben, silicon dan sebagainya tapi API atau active ingredients semuanya diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat semestinya. Antaranya adalah virgin coconut oil, Aove Vera, Argan Oil, Vitamin E dan banyak lagi kebaikan bahan semulajadi yang lain.



Dari segi packaging as usual sama macam cushion foundation lain. Sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Ringan je tak menyusahkan hidup. Rasanya korang dah tahu DD cushion ni adalah produk yang popular dekat Korea. Teknologi yang dihasilkan adalah dari Korea tapi dari segi packaging, manufacturing, dan kelulusan sijil halal diperoleh di Malaysia. Produk ni 100% dijamin halal dan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. 


Untuk testimoni tuan punya badan guna DD cushion ni kena tunggu sebab tak berkesempatan lagi nak selfie. Wajib lah kena test dengan kulit sendiri kalau tak nanti orang tak percaya kita dah cuba DD Cushion yang best ni.hehe, Biasa every product memang aku akan conduct my own testimoni. Tak ada punya nak tipu-tipu testimoni. Tak baik tau :p


Untuk tips DD Cushion tahan lebih lama, dalam cushion ni ada sponge tau yang menutupi liquid foundation kat dalam. Bukan sponge yang warna putih ni. Kalau rasa macam dah nak habis, korang boleh terbalikkan position cushion tu. Yang luar jadi dalam yang dalam jadi luar. Faham kan, kalau tak faham boleh tengok page Kaay nanti sebab aku tak boleh download image. Dengan cara ini, kita boleh lihat sebenarnya banyak lagi cream yang masih berbaki dalam bekas. Manakala sponge putih ni pula bukan span biasa-biasa tau tapi ia diperbuat dari technology nano yang mempunyai antibacterial properties dan properties untuk menyerap segala nutrient yang ada dalam cushion ni sebab tu lah buat kulit jadi amazing dan cantik je bila pakai DD cushion ni.


Hanya terdapat dua code sahaja yang available iaitu natural and medium. Masa mula-mula ditanya skin tone aku warna apa, aku cakap kulit aku berwarna perang macam Kim K. Allah, kenapa perasan sangat ni. haha, apa salahnya kalau cakap kulit kau tu hitam manis kan. Cuba tengok bila diblend serasi kan dengan kulit tak nampak pekat. Ia tak membuatkan kulit rasa kering atau berminyak. Rasa lembap dan sejuk je. Untuk kulit yang ada jerawat, parut, cela noda bintik hitam sekalipun semua boleh tutup dengan coverage DD cushion ni. Oh ya, pastikan pilih tone yang betul. Untuk yang berkulit cerah, pilihlah code natural yang sesuai buat kebanyakan wanita asia.


Tekstur dia ringan dan tak berminyak pun memberi effect glowing pada kulit secara semulajadi. Tak macam pakai makeup langsung. Tak nampak macam pakai bedak, bercapuk apatah lagi memang tidak.



Harga
RM 80.00 

Mungkin ada yang berpendapat DD cushion ni agak pricey tapi jangan risau penggunaannya tahan sehingga 3-4 bulan ye. Lama tu. Korang cuma perlu belanja lebih kurang 70 sen je sehari untuk penggunaan selama 4 bulan. 70 sen tu apalah sangat kan jika nak dibandingkan dengan manfaat yang boleh dapat dari DD cushion ni. Aku pernah ternampak dekat page ig Kaay Cosmetic yang uolls boleh purchase paket refill pack bila dah habis. Harga refill pack jauh lagi murah iaitu cuma Rm49.00 sahaja. Jimat dan mudah sangat nak tuka refill pack yang baru.

For more info please visit:
Email: kaaycosmtics@gmail.com
Instagram: kaay_cosmetics
Facebook: Kaay Cosmetics
Whatsapp: +60193885227

Thanks for reading my entry
xoxo

14 October, 2017

Tips Bercuti ke Beijing 2017; Day 2 The Great Wall of China

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Selamat bertemu kembali. Ada ke orang yang ternanti-nanti sambungan penulisan blog Yasmin Yusuf tentang tips bercuti ke Beijing ni? hehe, rasa macam tak layak je nak tulis tips bagai, sebab aku bukannya avid traveller macam traveller lain. Travel once in a while je tapi aku akan cuba sebaik mungkin sampaikan apa yang aku tahu sepanjang percutian yang lepas. Harap uolls bersiap-sedia untuk membaca karangan panjang lebarku ini, so ya entry kali ni berkisar tentang? Yes! The Great Wall of China!


Bila sebut je tentang Beijing, mesti uolls semua dah tahu mercu tanda mereka yang paling popular semestinya The Great Wall of China. Pernah dengar tak slogan Melawat Melaka berberti melawat Malaysia? dekat sini pula jika melawat Great Wall of China bererti melawat China! hihi Amboi, memandai je reka slogan. Rasanya semua orang yang datang ke China teringin nak merasai keajaiban one of the seven wonders in the world ni kan yang merupakan dinding terpanjang dunia and the biggest ancient architecture. Sebelum bagi tips, nak bagitahu dulu fakta. Make sure study dulu Sejarah Great Wall ni baru ada feel untuk pergi and selami sendiri dengan jiwa raga kan, hihi.Tak tahulah kut celah mana datang semangat rajin aku ni pergi download journal Great Wall lepas tu print out dah macam buat rujukan thesis pulak. ades! Semangat terlebih ni.



The Great Wall of China dibina pada zaman dinasti Ming dengan kepanjangan jarak lebih kurang 8,851 km. Banyak percanggahan pendapat tentang jarak yang tepat sebenarnya, yang berusia lebih 2300. Tahukah anda apakah tujuan sebenar The Great Wall of China dibina? Tujuannya adalah untuk melindungi empayar Maharaja China dari diserang oleh bangsa Monggolia. Walaupun dah beribu tahun lalu, tapi binaanya sangat menakjubkan kerana tak ada bangsa yang boleh bina tembok sekukuh tembok besar China ni. Fakta journal mengatakan, menurut cacatan Ripley's Believe It or Not Pada kurun ke 17, Maharaja Shih Huang Ti telah menggunakan hampir 1 million tulang tulang rakyat yang telah mati semasa membuat tembok besar demi mengukuhkan binaan. Maharaja dulu sanggup kerah tenaga rakyat mejadi hamba untuk menyiapkan tembok China ni.

Tips 1: Suhu dan Cuaca

Perkara utama bagi seorang pelancong sebelum decide untuk travel mesti kena check dulu cuaca dan suhu. Kepada sesiapa yang tak tahu, negara China adalah antara negara yang mempunyai tahap pollution yang tinggi tau terutamanya pada bulan 6,7,8 jadi try to avoid untuk travel dalam bulan ni. Kalau ingatkan aku nak travel bulan 7 atau 8 sebab flight ticket time tu sangat murah tapi aku cancel disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk dan suhu musim summer yang terlalu panas. Ada orang tak suka travel musim panas kan lebih-lebih lagi kalau melancong ke negara 4 musim. Kita orang Malaysia rasanya memang ramai yang sengaja suka melancong time winter sebab nak experience snow,hihi tapi aku dah plan awal-awal nak pergi musim fall/spring sebab aku tak suka cuaca yang terlalu sejuk, jadi kali ni aku memilih untuk travel musim fall sebab tak pollute and suhunya cool which is 25-28 degree celcius pada waktu siang dan malam menurun sehingga 17 degree celcius.


Tips 2: Pilih section entrance yang terbaik

Aku bukanlah orang yang tepat untuk bercerita soal bagaimana cara nak datang ke sini disebabkan kami semua menaiki kereta sewa untuk ke Great Wall. Tak naik public transport. Kami pilih untuk pergi dengan kereta disebabkan jaraknya yang agak jauh iaitu hampir dua jam dari rumah/bandar, jadi no proper access public transport yang available melainkan kena naik turun lompat bas or subway. Tapi iolls boleh cadangkan route terbaik untuk ke Great Wall. Buat pengetahuan, ada empat main section utama iaitu Badaling, Mutianyu, Jinshanling and Juyonguan. Sebenarnya banyak lagi section lain tapi ini antara section yang popular. Dalam banyak-banyak section, Badaling paling famous disebabkan pemandangannya paling cantik. Route ni paling ramai tourist malah travel agency pun suka bawa pelancong guna section Badaling. Kalau peak season akan sesak dengan lautan manusia yang membanjiri kawasan ni so try to avoid using this section. Kalau pemandangan cantik tapi sesak pun tak best jugak kan. Mesti akan rasa tak selesa dan tak boleh nak feel keindahan tembok besar.


Min Min rasa macam VIP naik kereta Volkswagen ada driver yang tolong buka pintu :p


Jadi pilihlah Mutianyu, which is the most magnificent fully restored Great Wall Section. Apa yang best Mutianyu ni juga mempunyai pemandangan yang cantik, ada watch tower dan dan yang paling penting tak ramai tourist macam di Badaling. Untuk fakta dan kelebihan section Mutianyu, sila baca sini (China Travel Guide)


Main entrance Mutianyu.


Kawasan beli ticket sebelum masuk ke kawasan pergunungan dan tembok.


Pay attention to this part ya. Untuk access ke tembok besar which is far away on the mountain, uolls kena panjat lebih beratus anak tangga. Probably about 1 hour baru sampai atas. Tapi sebelum tu kena naik bas dulu untuk ke kawasan pergunungan. Beli ticket di kaunter. First ticket bas and second ticket sightseeing kemudian baru fikir naik cable car/tangga. Faham tak? Alright, maybe ada dari kalangan kita yang tak semua ada kudrat untuk panjat tangga macam orang tua atau kanak-kanak, don't worry kita boleh naik menggunakan cable car which is 5 minit dah sampai. Disebabkan harga cable car agak mahal tak payahlah naik dan turun guna cable car. Jadi rentetannya begini, aku cadangkan naik tembok guna cable car, turun menggunakan tangga bukannya panjat guna tangga, turun naik cable car (macam kami buat lolz). Kau tau tak betapa semputnya aku masa panjat tembok tu? Hampir 10 kali kami berhenti disebabkan aku terlalu penat. haha, Aku ni dahlah jenis manusia yang tak lasak, bekas pesakit asma pulak tu jadi enery tak banyak macam orang lain. ngehe! siap hari bulan boleh pengsan tapi nasib baiklah aku tak pengsan masa panjat tangga tu kalau tak naya orang sekeliling kena angkat.

Bus ticket: CNY15
Sightseeing: CNY45
Cable car: CNY100 (optional)


Inilah bas station untuk ke kawasan pergunungan.



Antara deretan tangga yang perlu dipanjat untuk sampai ke puncak.


MashaAllah the scenery is so magnificent. The view on top of the mountain.


Secantik-cantik ciptaan manusia, cantik lagi ciptaanmu Ya Allah.
*bukan ayat pickup line* ehehe


Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya naik atas ni.


Cantik sangat seni bina dia.


Ya Allah, thank you for the opportunity you given me. Terasa diri ini terlalu kerdil melihat kehebatan kekuasaanmu. Maka jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatmu.

“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan setelah dibangkitkan.” (Surah Al-Mulk | Ayat: 15).



Dalam watchtower

Tips 3: Makan secukupnya dan bawa bekal

Sila jangan abaikan makan ye walau rancak berjalan. Make sure pagi-pagi sebelum gerak nak datang sini makan dulu heavy breakfast. My mom's friend dah siapkan mee sup daging tau untuk breakfast. Banyak gila aku makan. Jarang aku makan heavy breakfast melainkan kalau makanan tu sedap atau nak berjalan jauh. Memandangkan kawasan atas tembok ni tiada kedai makan, kedai makanan halal apatah lagi jadi sila tapau siap-siap makanan dari rumah. Ingat last entry day 1 aku cerita kami beli makanan sebagai bekal lunch masa Great Wall. Alhamdulillah tak lapar sepanjang perjalanan. Hepi je memanjang. Kalau perut berbunyi mood pun boleh spoil kan.


Sabar jelah orang kaki selfie memang macam ni. Video banyak je buat acah-acah vlogger gitu tapi aku amatlah KO bab-bab nak mengedit video ni. Video blog review insta sampai sekarang postpone sebab tak tahu nak edit pakai apps apa. Rasanya dah 10 apps aku install tapi semuanya tak penuhi citarasa aku. Ada je yang kena di mata ni rasa macam tak secantik orang lain yang reti buat video.


"Lihatlah gunung yang tinggi, subhanallah itu Allah yang punya."
tiada yang engkau punya,
semuanya Allah punya,
dari itu janganlah sombong,
janganlah riak serta iri hati,
dunia ini hanyalah pinjaman sementara,
akhirat nanti kembali padanya.

Nah, lirik dari bait lagu Pak Iwan.

Tips 4: Pakai pakaian yang selesa dan kasut sukan 

Part ni sudah terang lagi bersuluh cuma nak extra remind je. Buat yang datang musim summer atau fall seperti sekarang ni silalah pakai pakaian yang selesa. Aku memang sengaja pakai baju ringan macam ni sebab panas sangat time ni even the weather is cool. Cuaca di temperate country macam china ni sangat dry tak sama macam Malaysia high humidity. Yang bestnya walaupun kau sedang memanjat beratus anak tangga, susah sangat nak berpeluh kalau kat Malaysia dah lama lencun.


Masa nak balik kawan tanya nak turun guna cable car atau patah balik turun guna tangga sebab dia dan mak dia pada mulanya nak guna tangga. Malulah aku kalau cakap nak naik cable car sebab mak dia yang umur 60 tahun rilex je panjat tangga, haha sedangkan aku yang muda ni jugaklah yang semput. Aku cakap je mana-mana pun boleh padahal dalam hati meronta-ronta nak naik cable car.kah Lepas tu dia kata tak apalah kita naik cable car sebab dia kesian tengok keadaan aku yang ntah apa-apa tadi masa memanjat tadi.lolz. Time tu nak peluk je dia, tau-tau je hasrat hati aku ni. 


Vivy Yusof ke ni? Eh bukan saya Yasmin Yusuf. Tak lawak Yasmin tak lawak okey!


Masa kitorang tengah suka suka bergambar, ada sorang tourist ni nak bergambar dengan aku and aku masa tu rasa tak percaya like wait what? Iolls rasa macam artis.
hahaha


Tips 5: Rancang Perjalanan

Tips ni more to general tapi kena juga emphasis sebab penting. Sebelum apa-apa rancanglah dulu perjalanan. Nak datang sini wajib datang awal pagi. Kami gerak lebih kurang 9.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu dah ramai orang yang dah nak balik. Ingatkan kami antara yang terawal sampai, haha. Biasalah, kalau tengah hari agak panas. Panas ceng ceng bak kata kata orang Kelantan. Yang tak suka panas tu silalah datang awal-awal pagi. Btw, kat sini banyak jual souvenirs jadi boleh usha kalau nak beli tapi aku tak jengok pun sebab dah tahu mesti mahal. Souvenirs di Beijing mostly semua mahal apatah lagi kalau tempat tu tourist attraction. Rasanya tu je kot tips ke Beijing. Kalau ada apa-apa kekurangan atau penambahan korang boleh email aku. InshaAllah yang mana aku boleh jawab, aku akan jawab. 



Thanks for reading my entry
xoxo

04 October, 2017

Tips Bercuti ke Beijing 2017; Day 1 Melawat Masjid di Changying Minzu & Peking Duck

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Mungkin ada yang dah tahu baru-baru ini aku ke Beijing pada 15/09/2017-25/09/2017 iaitu lebih kurang selama 10 hari. Sebenarnya trip ke Beijing ni dah lama dirancang lebih kurang 3 tahun lepas namun baru sekarang terlaksana, ihiks! Okeylah tu daripada tak tercapai langsung angan-angan tu kan :p First and foremost mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memilih negara Republik of China sebagai destinasi pilihan untuk melancong pada kali ini kan. Kenapa bukan Korea atau Jepun ke. Bagus soalan itu wahai kawan-kawan. Sebenarnya, aku ada seorang kenalan yang tinggal di sana. Dialah yang selalu ajak aku pergi Beijing. Tiap bulan mesti akan whatsapp tanya bila datang Beijing, katanya tak sabar nak terima kedatangan aku ke rumahnya. Macam biasalah aku bila orang berjalan tak pernah kata tidak, maka setelah cukup simpanan bermulalah episod travel aku ke sana. Di bawah aku senaraikan sebab-sebab kenapa aku ingin ke Beijing selain dapat melawat kawan aku.

1.) Terdapat banyak peninggalan Sejarah which is good sebab aku suka Sejarah lebih lebih lagi jika melibatkan architecture.
2.) Mudah untuk mencari makanan halal.
3.) Tempat tinggal percuma (credit to my friend) yang bagi aku tinggal di rumahnya.
4.) Mata wang tidak mahal RM1.00=CNY1.56 (nilai rate semasa).
5.) Harga public transport terutamanya subway murah dan laju. Paling lama pun tunggu 5-7 min je.


Alhamdulillah segala urusan ke sana dipermudahkan Allah walaupun aku pergi sorang je. Trip kali ni lebih kepada solo traveller bukan backpacker ye. Aku tak suka backpack! sebab aku ni manusia yang tak boleh hidup kalau tak selesa, plus kalau boleh nak melawa sepanjang masa macam Che Ta travel haha jadi memang aku tak pernah teringin nak jadi backpacker buat selamanya. Memandangkan aku pergi sorang, jadi segala preparation aku urus sendiri. Tak pakai agency pun. Persiapan visa pun settle sendiri kat KL. Jadi nak tak nak dua bulan sebelum travel banyak juga aku research. Duk study blog orang travel, baca buku Sejarah Islam China, skodeng facebook BBM and suft sana sini. Untuk memudahkan diri, aku dah prepare and print out siap-siap itinerary ke Beijing sebelum berangkat ke sana. Refer yang tu je sepanjang travel. Senang!

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ayuh kita telurusi dahulu peta negara China ini. Dikatakan populasi di Beijing mencecah sehingga 21.4 juta manakala keseluruhan jumlah penduduk di negara China kira-kira 1.4 billion. Percaya atau tidak kira-kira 200,000 juta penganut di China adalah beragama Islam. Hebat kan sebab kerana Islam terlebih dahulu disebar ke China sewaktu zaman Rasululllah iaitu lebih kurang 1400 tahun yang lalu.


Beijing adalah bandar kedua terbesar yang terletak di utara negara China selepas Shanghai yang dahulu kalanya dikenali sebagai Peking. Sila bawa bersabar ye sebab aku sentuh serba sedikit tentang Sejarah. Aku ni dulu zaman sekolah minat Sejarah sama macam minat baca Novel seronok je membacanya. Lepas sehelai demi sehelai tup tup habis senaskah lol redundant sangat haha. I don't know why maybe I love facts disaat ramai orang mengatakan Sejarah itu bosan pada aku Sejarah itu menyeronokkan.hehe

Kawan aku tu dia tinggal di Chaoyang Changying Minzu Community, Chaoyang adalah antara daerah yang utama di Beijing berhampiran dengan Beijing International Airport. Malaysian Embassy pun terletak di Chaoyang. Korang sebelum travel take note siap-siap emergency number & Malaysian Embassy number dalam notebook senang kalau ada apa-apa masalah boleh terus ke kedutaan lebih-lebih lagi kalau jenis yang travel sorang macam aku ni dan paling best di sana iaitu kawasan perumahan majoriti populasinya adalah muslim! Tak silap katanya lebih kurang 90% penduduk di situ tu adalah beragama Islam. Ini terbukti dengan mata aku sendiri sebab ada beberapa masjid berhampiran kawasan manakala makanan non-halal diharamkan. Kawan aku cakap kalau ada orang di kawasan kejiranan yang masak non-halal serta merta mereka akan lapor kepada polis siap boleh masuk lokap. Bagus kan undang-undang Non-Halal Restriction Area yang diamalkan mereka. Sekurangnya rasa secure lah sikit kita sebagai muslim ni.

Jarak antara Choyang ke rumah kawan aku mengambil masa kira-kira 25 minit. Tak jauh pun. Aku tiba di Beijing International Airport Terminal 2 pukul 5.40 pagi. Ada banyak public transport termasuk bas, minivan, uber, dan teksi. Aku pilih naik teksi sebab selamat. Lagipun kawan aku dah pesan naik teksi je. Kat sana banyak scam tau and ada certain public transport yang illegal so please be careful. Aku telah dihampiri scammer perempuan dia suruh aku naik minivan dia masa aku tengah mencari teksi. Maybe dia nampak aku tercengang-cengang mencari sesuatu macam orang kehilangan arah agaknya haha, so dia approach untuk naik minivan dia. Nak tahu berapa dia caj? CNY180 bersamaan RM115. Mahal gila kan, aku taklah bodoh sangat sampai nak percaya. haha
-

Btw, kat China ramai tak boleh berbahasa English even kat Airport kau tanya Security hai hai bye bye lah jawabnya. Nasib aku telah ditarbiah oleh rakanku supaya memanfaatkan telefon pintar dan kalkulator. Aku padam angka yang ditaip makcik itu pada skrin handphonenya dan menaip angka CNY50.00 aku tunjuk kat dia serta merta kena reject,haha Padahal saja je nak tengok reaksi dia bila aku cuba tawar harga murah. Tanpa melengahkan masa, terus ke Teksi Terminal, aku  tunjuk alamat rumah yang telah diterjemah ke  bahasa China yang tertera pada handphone. Aku tunjuk guard. Dia tolong masukkan luggage dalam bonet, tolong pasangkan GPS untuk driver seterusnya mempersila untuk naik. Sette!! Harga teksi dari Airport ke Changying Minzu  CNY80.00/RM51.30. 

Aku sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi. Petang tu kawan ajak jalan-jalan sekitar kawasan rumah dia sambil beli makan di gerai lepas tu dia ajak aku ke masjid.
-
View of Changying Minzu Mosque


Kehadiran masjid di tengah kesibukan bandar Chaoyang. Kalau perhatikan, kebanyakan masjid di China mempunyai ciri-ciri senibina traditional kerana dibina pada zaman lampau ada mencecah ratusan malah ribuan tahu namun yang menariknya rekabentuk kekal terpelihara hingga ke hari ini.


 

Tak sangka rupanya di China ni ramai sangat Muslim. Yelah populasi masyarakat Islam teramai di dunia kan di China so no wonder la kan. Disebabkan baru sampai Beijing, malas nak OOTD cantik-cantik. Pakai traitsuit je, sila jangan kecam sis ye.hiks

Membeli Makanan Halal di Gerai Muslim

Mesti dah ramai yang tahu kan untuk mencari makanan halal di Beijing tak susah macam negara non-muslim yang lain sebab penduduknya ramai beragama Islam. Tengok pada tempat kita pergi, kalau kawasan komuniti penganutnya majoriti Islam lagilah senang. Make sure tahu logo halal China biasanya berwarna hijau ditulis sebagai 'Qing Zhen' bermaksud halal macam ni. 



Kitorang singgah kedai muslim beli makanan sebagai bekal sebab kesokan hari kami nak ke Great Wall of China. Jadi beli makanan siap-siap takut lapar masa panjat tangga nanti.




Lamb meat antara makanan utama masyarat muslim di China selain beaf



Aku tak sure apa nama roti ni. Inti dia daging. Masa beli still lagi panas-panas lagi. Roti ni nampak simple tapi mengenyangkan.

Restaurant Peking Duck

Apa makna melawat Beijing kalau tidak mencuba signature utama mereka iaitu Roast Peking Duck recipe berusia lebih 600 tahun yang telah mendapat world recognition kerana rasanya yang sedap. Alhamdulillah, walaupun aku ni jenis picky eater (bak kata bapak aku tapi memang ya pon) Allah bagi aku rasa sedap sepanjang aku makan makanan di China. Bila baca blog ramai blogger yang kata masakan China tak sedaplah, tawarlah aku dah gusar dalam hati cakap lagu mana ni tak kan nak makan megi hari-hari kot haha. Siap beli perencah nasi goreng bagai walhal tak masak pun. Aku cakap pada kawan nak masak masa kat rumah dia tapi dia tak kasi. Yelah, siapa je nak bagi tetamu masak kan. Rasa bersalah pulak dah la tinggal free makan pun free ya Allah tolonglah faham rasa bersalah ini, haha. Apa pun aku bersyukur dikurnia seorang sahabat dan keluarganya yang sangat baik. Banyak kali aku hampir menitiskan air mata sebab terharu sangat dengan keperibadian mereka sekeluarga. Walaupun keluarga aku dan keluarganya dah jadi keluarga angkat tapi aku tak pernah expect orang layan kita baik macam tu sekali. Bersyukur sangat-sangat ya Allah.


Cutlery yang siap dibalut. 


Chef akan bawa tray and slice Roast Peking Duck depan kita and beautifully place on the plate.


Patutlah Peking Duck dapat world recognition rupanya the meat itself is so tender,soft tapi dalam masa yang sama rasa crispy. Tak tahu nak explain rasa sedapnya macam mana melainkan korang sendiri kena cuba.


Peking Duck dibalut with kind of thin bread (macam kulit popia) bersama sos/gula, spring onion. Setiap hidangan wajib ada sayur tau.


Selain Peking Duck, Lamb/Beaf stick juga adalah antara hidangan yang popular di Beijing. Kena cuba kalau datang sini. Rasa rempah dia sedap sangat.  




Sekian sahaja day 1 di Beijing. Aku akan update blog Tips bercuti ke Beijing by day tau. Ya Allah so many to go.*face palm*. Aku akan cuba cari masa untuk menulis. Tak janji bila boleh siap maybe berbulan-bulan lagi atau next year haha. Kat bawah ni aku senaraikan general itinerary di sana. Siapa nak full detail itinerary yang lengkap boleh email di yasminyusuf1993@gmail.com. Manalah tahu boleh bantu sedikit sebanyak sesiapa yang nak ke sana. Lepas tu, kalau rajin aku akan update jugak persiapan penting sebelum ke Beijing contoh macam book flight/visa/weather forecast/install apps/money exchange and macam-macam lagi yang aku tulis dalam itinerary.

General Itinerary ke Beijing
Day 1: Arrival day: Melawat Masjid di Chaoyang dan ke Restoren Peking Duck
Day 2: The Great Wall of China
Day 3: Bersiar-siar di Hutong, Drum Tower, Jinshan Park dan Lamb Stick
Day 4: Forbidden City dan Masjid Niu Jie 
Day 5: Qianmen Street dan Tiannammen Square
Day 6: Bird Nest Stadium dan Water Cube
Day 7: Menonton Wayang 'The Body Guard Hitsman'
Day 8: Summer Palace
Day 9: Rest day
Day 10: Depart to Malaysia

Additional upcoming blog update
  • Persiapan penting sebelum ke Beijing
Thanks for reading my entry
xoxo