18 February, 2019

Homestay Cantik dan Selesa di Bandar Melaka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Awas: Anda boleh skip intro di bawah dan ke perenggan seterusnya jika mahu melihat tawaran homestay yang kami sediakan. 

Untuk pengetahuan, family aku involved dengan bisnes homestay almost 7 tahun. Homestay Management 80% adalah ayah aku. Selebihnya melibatkan mak dan abang. Boleh dikatakan this is our family business (excluding me), hehe. Sekarang baru nak melibatkan diri dalam bisnes sebab masa tahun 2013 waktu ayah start buat homestay dulu time tu tengah study. Memang takde masa langsung nak fikir soal bisnes. Fikir study je untuk pastikan lulus Biology Cell every sem sebab azam tak nak kena repeat paper kihkih. Sekarang alhamdulillah baru berkesempatan untuk berkecimpung dalam dunia bisnes walaupun tak pernah terlintas pun untuk ceburi bisnes ni. Konon fikir after study nak kerja company hebat tapi Allah maha mengetahui kemampuan kita. Yes, aku pernah kerja big company but I stop. Aku ada sebab tersendiri. Mungkin Allah beri jalan untuk aku cari rezeki dalam bisnes. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku belajar. I really want to help my family to grow our homestay business. It is my responsibility. Dah 7 tahun sustain tak kan nak kuburkan macam tu je kan. Mak Ayah makin tua. Siapa lagi nak teruskan legasi jika bukan kita anak-anak ni kan. 


Lokasi:  
Rumah teres dua tingkat,
Taman bunga Raya, Bukit Beruang Melaka. 
(Berhadapan Multimedia University)

Kemudahan yang disediakan: 
- 3 bilik yang berhawa dingin dan mempunyai kipas syiling
-Ruang tamu yang luas dan selesa
-Dapur dan peralatan memasak
-Wifi Fiber Maxis berkelajuan tinggi
-Bilik air yang bersih

Kawasan berdekatan:
- 10 minit ke MITC Melaka
-15 minit ke Jaya Jusco Ayer Keroh


Senang je nak cari homestay ni. Ia terletak betul-betul berhadapan dengan Multimedia University Melaka. Jika anda mempunyai anak yang sedang belajar di sini kalau teringin nak melawat anak ataupun nak pergi ke majlis convocation mereka suatu hari nanti boleh booking siap-siap. Cuma perlu lintas jalan di depan pintu pagar rumah ni kemudian masuk ikut laluan belakang pintu pak guard. Tak perlu susah payah dah booking homestay jauh-jauh kan. Guys sorry ni je gambar aku ada sebab this pictures semua aku suruh mak forward dari phone dia, resolution dia dah kurang. I promoise will update a better quality photos sebab sekarang masih tak berkesempatan nak ke rumah baru ni. Biasa mak ayah je yang ulang alik sebab rumah ni agak jauh dari rumah kami sekarang. 


SUASANA YANG LAPANG 
Tingkap ni ayah dah redesign semula. Sebelum ni tak ada tingkap. Bila buka hirup udara sangat breathable. Tak adalah gelap semacam bila duduk dalam rumah ni.


RUANG TAMU YANG SELESA
Di ruang tamu turut disediakan meja makan sekali. Ada TV dan sofa untuk anda beristirehat bersama keluarga.


HALLWAY MENUJU KE BILIK 


BILIK YANG BERSIH 
Bahagian atas ada tiga bilik kesemuanya. Kesemua bilik di rumah ni ada aircond ye so korang tak perlu risau. Rates untuk setiap bilik adalah berbeza. Nanti aku explain further bab price. Aku bahagikan bilik ni mengikut nama. First yang besar kat bawah ni adalah: 

MASTER BEDROOM


DELUXE BEDROOM


COMFORT BEDROOM


DAPUR YANG LUAS DAN MEMPUNYAI KELENGKAPAN YANG LENGKAP
Okey part ni yang paling best. Kalau korang datang in a large group mesti rasa nak masak kan. Jangan risau kami telah menyediakan kesemua kelengkapan yang mencukupi seperti meja makan di dapur, pinggan mangguk, peti sejuk, dapur, cerek, toaster, rice cooker, dan sebagainya. 




Rasanya itu je untuk post kali ni. InshAllah lepas ni aku akan update regularly berkenaan homestay ni. Untuk pertanyaan lanjut sila whatsapp nombor berikut:

Whatsapp:
013-4775513

Sebolehnya jangan call ya sebab aku bukan jenis yang 24 jam dengan handphone. Waktu kerja memang aku off the whole time. Kalau whatsapp boleh je bila-bila masa and please booking awal especially time public holiday homestay memang confirm-confirm ramai yang nak booking. Siapa booking awal untunglah. Jangan esok nak check in hari ni baru whatsapp tanya avaibility, memang tak dapatlah sis nak tolong. hehe. Oh ya, price aku akan bagitau dalam through whatsapp sebab harga biasa selalu berubah mengikut season. 

Thank you for your reading
xo

No comments: