28 December, 2017

2018 planner & amp ; New Year Resolutions

Assalamualaikum

Hi. Lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. Uolls semua dah bersedia ke? Alhamdulillah aku dah bersedia nak menjejakkan langkah pada tahun baru 2018. Ya Allah, rasa macam tak percaya dah nak masuk 25 tahun. Mid twenties dah pun. Harapnya bila usia semakin bertambah, maka makin bertambahlah amalan kerana makin hampir mendekati kematian. Tiap kali masuk tahun baru tak sah kalau tak pasang azam kan termasuklah aku. Walaupun azam tiap-tiap tahun tu sama je (disebabkan tak tercapai untuk tahun-tahun sebelumnya, maka dibawa ke tahun berikutnya, haha) but at least ada lah juga something yang achievable dari takde langsung:p, sebab tu penting untuk list your plan tau.

Betapa besarnya power the law of attraction. Bak kata Neelofa dalam satu interview ( btw, aku tak pernah miss follow perkembangan dia, hehe), katanya dia dah list out semua plan nak dicapai bermula dari dulu sampailah usia dia 35 tahun. Siap print out list tu, and dia cakap boleh dikatakan almost apa yang ditulis dia dah capai. See, how our vision shapes us into reality. Pernah tak dengar quote ni dari Albert Einstein. 'Imagination is the preview of life coming attraction.' Betapa pentingnya imagination atau dalam erti kata lain maksudnya perancanganlah. Tapi jangan duk merancang saja namun tak bertindak. Siapa tu? Aku lah salah satu orangnya kot :p

Rasa semangat untuk memulakan tahun 2018 lain macam sikit. Entah, aku dapat merasakan tahun 2018 bakal membawa cahaya baru dalam hidup. 2017 banyak mengajar aku pelbagai perkara, walau tahun 2017 yang aku lalui agak sukar dan mencabar serta sedikit sebanyak bercelaru dari sudut emosi, tapi at least aku belajar untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri disamping berusaha untuk mencari potensi sebenar. Ye, aku masih lagi cuba untuk mengasah skill dalam diri.  Harapnya masih belum terlambat untuk kenalpasti kebolehan dan minat sebenar masing-masing supaya kita pun boleh berjaya macam orang yang hebat-hebat juga. 

Bila masuk tahun baru antara perkara yang paling excited semestinya planner! Aku dah merangka plan untuk tahun 2018 dan semestinya harus update dari masa ke semasa.  Dah listkan siap-siap new year resolutions dan kali ni lebih spesifik dari tahun-tahun sebelum ni. Because I have always believe, the more clearer and specific your goals, the more it trigger your psychomotor to achieve it.  Kenapa aku suka sangat plan sebab planner buat hidup jadi lebih teratur dan terurus. Sebelum ni jujur cakap aku tak suka pun plan and end up rasa macam manusia yang caca marba tak ada matlamat hidup. Sama macam quote popular Professor Hamka. 'Jika hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, jika kerja sekadar bekerja kera juga bekerja.' Cukup untuk memberi tamparan pada diri sendiri ini.

Aku memilih untuk membeli planner dari @plannermuslimah. Aku tertarik dengan planner yang dijual disebabkan ciri-ciri islamik. Nama pun Becoming A Better Muslim. Yes, I wanted to be a better muslim! Apa yang aku suka tentang planner ni juga sebab ada divider quote yang best-best. Aku suka sangat quote quote yang boleh lift kita punya semangat. Maklumlah, bukan mudah nak stay on track and motivated setiap masa. Perlu ada extrinsic and intrinsic motivation. This is one of the ways to keep myself positive!

Planner Becoming A Better Muslim ini juga ada ibadah checklist, quran checklist, fitness checklist, bill checklist, saving checklist, monthly expense tracker, and Ramadan checklist. List-list semua penting untuk aku kerana aku adalah manusia yang mudah pelupa jadi aku perlu siapkan list hampir untuk semua perkara yang perlu lakukan dalam hidup. Yes, I am a list person. Pelik pulak bunyinya but list do really make me progress into action. 

Aku suka tengok inspiring youtuber yag kreatif dan selalu update meaningful content. Antara fevret youtuber aku Aileen. Dia kata every year mesti dia ada tema tahun baru. Aku pun dah terikut-ikut dengan cara dia, haha. Gedik pulak rasa nak ada tema-tema bagai ni but at least it shows you how you value your life kan. So why not benda baik kita practice tak rugi pun. Jadi tak jadi belakang kira. So my 2018 theme is: 

A : Alive
B : Bold
C : Confident
D: Development (career)
E : Explore
F :  Focus


My 2018 Planner
'Becmong A Better Muslim'



Planner Accessories
Dah jadi satu kewajipan pula untuk memiliki planner accessories. Macam biasa, aku suka hias planner dengan stickers and washi tapes. Kedai fevret aku untuk beli barang-barang ni semua of course Mr DIY sebab harga sangat murah. Hari tu masa masuk DIY, lepas satu-satu dia ambil masuk bangkul, then cakap kat diri sendiri. "Tak boleh jadi ni Yasmin, please lah stop beli banyak-banyak". Tak boleh geram lah tengok sticker comel-comel. Macam budak-budak je. Sabar jelah diknon.


Isi washi tapes dalam satu bekas. Senang nak capai.


My collections!

Mesti ada orang tanya apa perlunya tape-tape ni semua?
Planner addicted person tahulah betapa berertinya benda-benda ni semua pada kami.
Lagi satu, rasanya perempuan je yang suka menghias planner.  Kami kan makhluk paling aneh di dunia ni jadi tolonglah fahami sikap golongan seperti kami ini :p




The stickers




Untuk tahun 2018 nanti mungkin ada yang azam nak tamatkan zaman bujang, nak bertunang, nak sambung belajar, nak beli kereta nak beli rumah atau pergi tunai Umrah. Apa-apa sahaja hajat korang semua aku doakan yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan kita, diberikan keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. Jangan berputus asa walau menghadapi kesusahan atau kegagalan. Remember your life is blessing from Allah, treasure every moment of it.

Thanks for reading my entry
xoxo

27 December, 2017

Sila Naturelle: Seal A Kiss Travel Series Exclusive Matte Liquid Lipstick

Assalamualaikum

Hi, dah sampai pun last part update dari Sila Naturelle dan dalam banyak-banyak part bab lipsticklah yang paling aku suka. Uolls tahu kan betapa obsesnya aku dengan lipstick. Alhamdulillah semakin banyak dah collection lipstick yang aku kumpul saban bulan 😂. Dah jadi macam hobi pulak mengumpul lipstick. Haha. Orang perempuan ni kan walau banyak mana koleksi makeup yang dia ada, masih lagi rasa tak cukup. Hipotesis dia senang je. Semakin banyak makeup yang kita ada, semakin rasa nak lagi nak lagi dan lagi. Haha. Bak kata adik aku: 'Kak, kau himpun lipstick banyak-banyak ni bukannya boleh makan pun. Kalau kenyang takpelah jugak'. Me be like: 'Ada aku kesah? Dah aku suka nak buat macam mana.' Dia obses dengan Korea tak kan aku nak obses dengan makeup tak boleh?Adil kan.Ahaks

Review kali ni adalah liquid lipstick dari Sila Naturelle. Sekali tengok lipstick ni terus terpikat. First sebab packaging box dia lawa gila okey. Tengok ni, macam chocolate Toblerone kan. Rasa nak makan pun ada :p Aku penggemar matte lipstick jadi bila Sila Naturelle came out with their lipstick collections maka haruslah aku memilikinya. Ada 5 shades yang available kesemuanya. Nama-nama shades so cool inspired from travelling series macam hot air ballon, luggage, polaroid, passport, jet setter . Eh, fefeeling travel sangat. Ah, rindunya nak travel! Harap 2018 adalah rezeki untuk travel abroad lagi. 





Seal A Kiss Travel Series Exclusive Matte Liquid Lipstick

RM38/ pcs excluding postage

Ada 3 warna kesemuanya yang aku akan review pada kali ini iaitu polaroid, luggage dan passport. Aku suka ketiga-tiga warna ni. Texture dia creamy senang nak apply tak crumple or dry. Kalau yang jenis bibir dry atau chapped nak pakai lipstick ni tak ada masalah. Susah ah nak cari kelemahan lipstick ni. Biasanya tiap kali review mesti aku akan cari kekurangan produk tu (lumrah blogger review hehe) kena tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu produk tu dan kena bercakap secara jujur tapi serius aku kata matte liquid lipstick Sila Naturelle ni antara yang paling best aku pernah cuba. Jarang ada yang aku tak suka melainkan kalau dia smudge bila pakai, or transferable. Don't worry lipstick ni sangat pigmented. Pakai satu layer pun dah cukup tak perlu calit berlapis-lapis.


Dalam ketiga-tiga warna ni, paling aku suka luggage. Warna dia earth tone red brownish. Sesuai dengan kulit aku dan aku sentiasa perasaan semua warna kena dengan kulit aku haha sebab tu aku tak kisah pakai lipstick warna apa-apa pun. (Mohon tegur kalau mek min pakai lipstick tak kena dengan warna kulit dia, haha).


Polaroid: Nude peachy color
Luggage: Earthy browniish with a dash of red. Warm and natural
Passport: High tone purple reddish color


Palaroid





Luggage








Passport: 







Dalam ketiga-tiga warna ni aku paling berkenan code passport. Second luggage and least preferable polaroid. Well, macam biasa aku penggemar color yang menyerlah which look bold and vibrant so passport menjadi pilihan hati aku. Nampak confident gitu walaupun diri ni tak lah confident sangat orangnya. Luggage pulak sumpah cantik warna dia soft je. Aku perasan color nude/peachy macam polaroid buat bibir aku nampak obvious. You know what I mean right. I have full lips lagi lagi bila pakai braces memang Angelina Jolie pun boleh kalah dengan aku. haha. Anyway, maybe this color suit orang yang berbibir kecil and kulit cerah. Aku yakin pasti sesuai. 

kalau korang ada soalan nak tanya atau nak order produk dari Sila Naturelle boleh je whatsapp or email. Kalau nak email di bahagian sidebar blog ni dah ada email box. Uolls boleh contact aku bila-bila masa inshaAllah I will reply shortly.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

21 December, 2017

Sila Minerals All Natural Face Bar

 Assalamualaikum

Hi, alhamdulillah rajin pun aku update setiap hari. Aku tak nak tangguh-tangguh. Habit memang dari zaman student lagi tak suka buat kerja bertangguh. Rasa hati tak tenang. Rasa bersalah. Korang pun macam tu jugak ke or suka buat kerja last minute? hehe. Ok, entry kali ni masih lagi bercerita produk dari Sila Naturelle. 

Sila Minerals All Natural Face Bar

RM30.00 / 35 gram

Salah satu perkara yang aku suka tentang Sila Naturelle kerana produknya diperbuat daripada bahan semulajadi. Macam face bar ni ia diperbuat 100% daripada bahan semulajadi. Antaranya adalah Olive oil, Apricot oil, Tea Tree Oil and Aloe Vera Oil. All Natural Face Bar sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai oily face. Macam kulit aku adalah jenis combination to oily face. Korang make sure kena tahu your skin type as this step is very crucial to determine what kind of face wash suits your skin. Kalau tersalah determine skin type pun bahaya jugak nanti end up beli produk yang salah. Jom tengok video youtube ni dari pakar dermatologist. Dia explain simple step nak tahu skin type sama ada falls under dry skin, combination skin, oily or sensitive skin.


Kenapa All Natural Face Bar ni sesuai untuk oily prone skin kerana ingredients yang ada dalam ni antaranya adalah tea tree oil. Mungkin ada yang tak tahu tea tree oil mempunyai anti-bacterial properties yang membantu untuk knock out bacteria yang menjadi punca kepada jerawat. Kita tahu kebiasaannya kulit yang berminyak ni senang nak tumbuh jerawat kan sebab oily skin often overproduce sebum yang boleh buat kulit breakout. Kalau yang ada breakout, pilih cleanser yang tak block pores, ada salicylic acid dan benzoyl peroxide.

Ingredients lain seperti aloe vera oil. Ramai dah yang tahu kebaikan aloe vera yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Aprocot oil pula mempunyai gamma linoleic membantu untuk tone and firm our skin. Selain itu, ia mempunyai kebaikan vitamin A dan E yang bagus untuk slow down the aging process. 


All Natural Face Bar tak merengsakan kulit. Dia buat kulit rasa bersih je. Satu bar ni cukup untuk berbulan-bulan jugak. 


Direction cara penggunaan


Bau dia sangat wangi dan ada glitter pada sabun ni tau. Rasa semangat je nak basuh kulit guna sabun ni dengan glitter mengelip tu.

Kalau nak tahu kat mana uolls boleh dapatkan semua produk-produk yang best dari Sila Naturelle boleh contact aku pada nombor yang tertera atau email je. InshaAllah aku reply sepantas kilat.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

20 December, 2017

Sila Minerals Bedak Benang Sila Premium

Assalamualaikum

Hi selamat bertemu kembali. As promised, nak sambung balik review produk dari Sila Naturelle. Review kali ini adalah sejenis bedak benang sila. Siapa kat sini pernah dengar bedak benang sila? Mesti ramai yang tak familiar kan tapi kalau aku sebut bedak sejuk? Ok dah ramai yang mengangguk tu. Apa aku boleh simpulkan bedak benang sila ni mempunyai persamaan dengan bedak sejuk. Dulu masa kecik-kecik selalu tengok nenek tepek-tepek bedak sejuk pada muka lepas tu mulalah aku main  sekali letak air sikit pastu tap tap dekat muka. Bedak sejuk biasanya dalam bentuk tablet kan tapi bedak benang sila ni dalam bentuk blok.

Mula-mula aku ingat bedak Sila Mineral ni face powder yang biasa je rupanya tidakkk. Bedak ni bukan calang-calang bedak tau. Itulah kelainan produk yang ditampilkan oleh Sila Naturelle. Untuk pengetahuan, Sila Minerals adalah bedak batu benang sila yang terkenal sejak zaman berzaman. Bedak batu benang sila ini merupakan produk warisan keluarga Hajah Zaliha yang telah diusahakan semenjak tahun 1940-an di Bidor Perak. Bedak ni rupanya telah diformulasi semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Ianya diperbuat daripada sejenis batu asli yang biasanya terdapat di dasar laut. Ia adalah sejenis mineral semulajadi yang mempunyai pelbagai kebaikan. 


Sila Minerals Bedak Benang Sila Premium

RM30 / 30 gram


Memandangkan bedak benang sila telah digunakan semenjak zaman berzaman secara maka ciri-ciri tradisional bedak ini masih dikekalkan. Yang menariknya bedak ini telah melalui beberapa siri ujikaji. Hasilnya sila minerals telah terbukti secara klinik mempunyai kadar nisbah UVA 0.88. Mungkin ada yang pening lalat tak tahu apa itu UVA. Biasa kan dengar orang sebut UVA, UVB dan UVC. Meh aku cerita sikit berdasarkan hasil research dari pakcik google. Tengok, rajin kan aku google semata-mata nak explain supaya orang faham.

UV stands for ultraviolet radiation adalah tenaga radiasi yang datang dari sistem suria terbahagi kepada tiga jenis iaitu UVA, UVB dan UVC. Apa berbezaan setiap UV? Setiap UV ni mempunyai  kadar kepanjangan wavelength yang berbeza. Wavelength tu apa? Kang aku cerita topik wavelength dah masuk subjek Fizik pulak.:p Aku ni zaman sekolah dah la tak suka Fizik. haha, selalu memaksa diri untuk belajar Fizik dengan harapan tak fail lolz. Masuk zaman Asasi je aku mulai suka subjek Fizik. Aku jenis tak masuk otak kalau orang asyik nak soal macam cikgu Fizik zaman sekolah dulu suka benau tanya budak dalam kelas. Turn aku kena soal ternganga tak tahu jawapan haha tapi yang hairannya lecturer zaman Asasi dulu mengajar suara dia berbisik ya Allah pijak semut pun tak mati eh boleh pulak aku fokus semangat je. haha

Berbalik kepada UV tadi. Kena sambung sebab dah explain. Hanya UVA dan UVB sahaja boleh penetrate ke lapisan ozon sehingga menembusi atmosfera bumi manakalah UVC dihalangi oleh lapisan ozon. Sekarang ni yang penting kena tahu UVA dan UVB ni bahaya sebab bila kena kulit boleh menyebabkan aging, skin cancer, cataract and sunburn.

UVB lagi bahaya dari UVA walaupun wavelength UVA lagi panjang daripada wavelength UVB. UVA mampu menembusi hingga ke lapisan kulit paling dalam dan UVB hanya mengenai lapisan kulit pada bahagian outer layer. Meskipun begitu, antara penyebab skin cancer and sunburn adalah berpunca dari UVB. Faham kan. Uolls kena tahu kulit kita mempunyai tiga lapisan ye. Lapisan pertama dipanggil epidermis, lapisan kedua dermis dan lapisan ketiga hypodermis. 

Memandangkan UVA mampu menembusi hingga ke lapisan kulit paling dalam, jadi senang buat kulit aging. Salah satu punca penuaan adalah kerana sinaran UVA. Kebanyakan produk sunscreen atau sunblock di pasaran hanya mampu menghindari sinaran UVB berdasarkan SPF, jarang yang ada full UVA protection sedangkan kadar UVA dalam sinaran matahari adalah 500x ganda berbanding UVB, jadi penting untuk cari produk yang mampu menghalang sinaran UVA dari menembusi hingga ke dasar laut lapisan kulit. 

To sum up, dengan penggunaan bedak benang sila secara berterusan, inshaAllah mampu mengelakkan kedutan disebabkan oleh sinaran UVA dan bedak ini telah diakui selamat untuk digunakan oleh SIRIM.

Kebaikan Bedak Benang Sila
  • Melindungi kulit daripada kesan bahaya sinaran UV seperti pigmentasi dan kedutan
  • Menghilangkan kesan parut jerawat dan ruam
  • Mengurangkan gatal-gatal pada kulit
  • Memelihara kulit muka supaya halus dan licin
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Bebas bahan kimia, tanpa pewarna, pengawet dan pewangi tiruan
  • Halal dan boleh digunakan tanpa was-was


Cara penggunaan 

Bedak benang sila ni sama macam bedak talkum. Aku lebih suka pakai after skincare. Tak perlu nak letak air. Pakai je macam bedak biasa. Sesuai dipakai pada bila-bila masa. Aku lebih selesa pakai masa kat rumah. Lepas mandi and pakai skincare semua dap dap bedak benang sila ni macam tepek bedak baby. Al hasilnya skin rasa soft je. Rasa dia menyerap lebihan minyak pada kulit. Biasa kalau pakai skincare dalam rumah aku memang dah tak pakai bedak dah sebab nak cream betul-betul bertindak dengan optimum. Kadang nampak kulit jadi berminyak dengan lapisan cream tapi after apply bedak ni kulit jadi lebih matte dah tak berminyak.





See, bedak ni sama macam bedak talkum tapi dia tak berselerak ye bila dap dengan span. Tak perlu risau berterabur lagi dah. Untuk yang kulit sensitif pun tak ada masalah kalau nak cuba bedak ni and kalau yang ada large pores inshaAllah tak akan menyumbat liang-liang pori sebab kita tahu biasa macam bedak talkum senang buat pores tersumbat kan tapi tidak dengan bedak benang sila ni.

Itu je update kali ni. Tunggu next update pula ye.

Kalau nak tahu kat mana uolls boleh dapatkan semua produk-produk yang best dari Sila Naturelle boleh contact aku pada nombor yang tertera atau email je. InshaAllah aku reply sepantas kilat.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

19 December, 2017

Sila Naturelle: Mineral Based Beauty Cream Tinted Mineral Moisturizer

 Assalamualaikum

Dalam entry lepas aku ada cakap tentang suatu produk dari Sila Naturelle. For those yang belum baca, uolls boleh tekan sini. Untuk entry kali ni aku nak cerita tentang mineral based beauty cream dari Sila Naturelle pula. Sebelum makeup, make sure apply dulu moisturizer tau. Wajib! kalau tak kulit muka akan cepat rosak. Pening tak tahu nak pilih moisturizer? Apa kata uolls cuba mineral based beauty cream dari Sila Naturelle ni. Function dia sama macam moisturizer. Apa yang best produk dari Sila Naturelle bukan je ada cosmetic but they also came out with skincare jugak.

Mineral Based Beauty Cream Tinted Mineral Moisturizer
RM45 / 15 ml

Jadi sebelum apply makeup, first step spray dulu muka dengan Sila Mineral Rose Water as setting spray, kemudian apply mineral based beauty cream. Lepas tu baru pakai foundation.





Mineral based beauty cream ni diformulasi dari Sun Flower Oil tau. Sun Flower oil membantu untuk retain the skin moisture. Kaya dengan vitamin A, C, D dan E. Ia jugak bagus as antioxidant and bertindak sebagai anti-aging. 





Texture mineral based beauty cream ni macam tooth paste pulak bila tengok kan. Warna dia white and creamy yang penting langsung tak oily. Bau dia mashaAllah wangi sangat. Nak tengok magic tak. Bila aku sapu-sapu pada permukaan tangan lama-kelamaan bertukar warna sekelip mata jadi putih seputih salju.


Sapu dan sapu sehingga blend dengan sempurna. 


Tadaa, Ya Allah putihnya.
Oh tidakkk, I am not Cullen Family
haha.

Anyway aku suka moisturizer ni boleh pakai kalau nak kulit nampak putih tapi takdelah seputih Micheal Jackson kang nanti kena bahan dengan orang pulak kan :p

Itu je update kali ni. Tunggu next update pula ye.

Kalau nak tahu kat mana uolls boleh dapatkan semua produk-produk yang best dari Sila Naturelle boleh contact aku pada nombor yang tertera atau email je. InshaAllah aku reply sepantas kilat.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

14 December, 2017

Introduction: Sila Naturelle Rose Water Fresh Face Mist

Assalamualaikum

Hi semua. Hari ni aku nak share entry special dengan semua. Siapa suka beauty products and suka explore produk apa yang best di pasaran macam aku you guys should read this till the end. Setiap kali nak pilih atau beli sesuatu produk, perkara pertama yang aku akan beri perhatian adalah packaging and review. Pada aku dua perkara ni paling penting. Sebab tu sekarang semua peniaga belajar skill untuk upgrade ilmu Marketing sebab kuasanya sangatlah besar dalam mempengaruhi pengguna. If you have the best products in town but nobody wants to buy your products tak guna juga bak kata Vivy Yusuf dalam satu temu bual di youtube. Aku suka tengok interview successful entrepreneurs di youtube. Rasa inspiring sangat dengan kejayaan diorang. Kita tengok kehidupan orang yang berjaya ni best je tapi tak tahu perit lelah yang dihadapi untuk capai apa yang mereka ada sekarang kan terutama yang berbisneslah. Sebab tu aku kagum sangat dengan orang yang ada bisnes dan berjaya dalam bisnes diorang. 

Produk yang aku nak review pada kali ini adalah dari Sila Naturelle. Aku dah lama dah follow instagram Sila Naturelle ni. Aku tertarik dengan cosmetic yang dijual sebab packaging dia nampak so cantik dan theme dia ala-ala traveller gitu. Kira macam kenalah dengan style aku. hehe. Kalau uolls tengok dekat gambar di bawah, ini adalah antara produk yang dijual. Contoh, Rose Water face mist, lipstick, facial bar and powder. Disebabkan aku terlebih rajin, maka aku akan split the content mengikut produk yang aku review. Kali ini aku akan explain dulu berkenaan Rose Water Fresh Face Mist from Sila Naturelle.


I tell you. Packaging dia cantik sangat!


Unboxing the packaging. Ada total 5 produk kesemuanya and I will be writing a separate entry for all the products.


Fresh Face Mist Rose Water
110 ml RM30 excluding postage

Kalau uolls aware Rose Water sekarang ni dah jadi macam trending. Ramai dah orang share kebaikan rose water. Orang zaman dulu diorang sanggup kunyah makan bunga mawar untuk cantikkan kulit malah rose water telah diamalkan sejak ribuan tahun lalu untuk kegunaan kecantikan sehinggakan Cleopatra, the most lagendary queen of beauty pun sangat tergilakan dengan rose water ni dan dikatakan rahsia kecantikkannya adalah kerana rose water yang sentiasa diamalkan. Buat kulit jadi pinkish pinkish gitu dan banyaklah manfaatnya. Sekarang ni zaman moden tak ramai yang ada masa nak pegi cari bunga mawar lepas tu nak telan satu hal, haha. Tak kuasa lah kan sebab tu sekarang dah ada rose mist, senang spray spray je. Jom kita tengok apa kebaikan rose water ni.

  • Membantu mengimbangkan kadar pH pada kulit. Rosewater bagus untuk mereka yang mempunyai kulit muka berminyak (oily skin types) kerana ia dapat mengurangkan minyak membuatkan muka kelihatan lebih matte dan flawless!
  • Boleh digunakan sebagai toner yang mengurangkan kedutan di wajah dan buat kulit jadi lebih glowing dan awet muda.
  • Membantu mengecutkan jerawat.
  • Membantu mengurangkan iritasi kulit, eczema (bersifat anti radang).
  • Bertindak sebagai Antibakteria. Boleh membantu menyembuhkan parut.
  • Antioxidant yang terdapat dalam rose water mampu dapat merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
  • Menaikkan seri wajah dan mencerahkan wajah.
  • Hydrate, Revitalise and Moisturise!  Rosewater bagus untuk melembabkan kulit dan membuatkan wajah kelihatan lebih fresh!
  • Penawar masalah eyebag eye puff, area mata yg hitam (menyegarkan mata).
  • Membantu mengecilkan liang-liang pori.
  • Bersifat anti stress dan anti depressant kerana baunya yang wangi boleh memberikan rasa tenang.
  • Boleh digunakan sebagai setting spray selepas menggunakan makeup untuk pastikan makeup tahan lebih lama.

Banyak kan kebaikan rose water. Biasa kalau ikut my skincare regime, lepas cuci muka aku akan pakai toner and moisturizer. After step pakai moisturizer baru spray-spray guna face mist. Tips untuk orang yang ada eyebag semangkuk macam aku, rose water boleh digunakan untuk mengurangkan mata panda. Caranya adalah masukkan rose water dalam fridge lebih kurang setengah jam and then apply pada cotton pad lepas tu perlahan-lahan dab pada bahagian bawah mata, inshaAllah boleh mengurangkan sembab mata dan jadi lebih fresh.


Information about the benefits of Sila Naturelle Rose Water.


Cara penggunaanya, make surelah tutup mata pastu spray dengan jarak 30 cm dari muka dan biarkan kering dengan sendiri. Nak ukur jarak pakai pembaris pon boleh :p (buat orang yang ada OCD macam aku ni sesuailah agaknya pakai pembaris kan sebab nak pasti jarak tu mesti tepat. lolz. Macam aku cakap tadi, aku biasa guna as addition after pakai moisturizer sebab aku dah guna toner sebelum tu tapi kalau uolls tiada toner, boleh jadikan rose water as a toner before apply moisturizer. Faham kan.


Baiklah, dah settle review Sila Naturelle Rose Water Fresh Face Mist, nanti next entry aku nak cerita bab moisturizer pulak. Nak tahu kena tunggu! Hari sabtu atau isnin depan aku update inshaAllah.

Kalau ada yang interesting nak dapatkan rose water, boleh beli dari aku. Aku bagi harga special untuk korang. Boleh email atau whatsapp aku. Nak beli dekat HQ pun boleh. Founder dia namanya Kak Puteri dah la cantik, baik pulak tu. Senang sangat berurusan dengan dia.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

13 December, 2017

Peek-a-box Unboxing December box 2017

 Assalamualaikum

Hi semua, selamat bertemu kembali. Hari ni aku nak share tentang Peek-a-box. So ya what is Peek-a-box? Siapa yang follow aku di instagram mungkin dah tengok video sneak peak Peek-a-box yang aku post. Harap-harap video berdurasi satu minit itu mampu memberi info sedikit sebanyak mengenai Peek-a-box. Untuk pengetahuan, Peek-a-box adalah exclusive suprise beauty box dimana kita boleh langgan setiap bulan. Mereka akan selectively put the beauty products and send to you in front of the door. Jadi apa yang kita dapat tu adalah randomized items and that's why we call it suprise beauty box! Beauty junkie mesti suka sebab uolls boleh discover new brands and products. Kebanyakan produk terdiri dari dalam dan luar negara. Dalam box ini ada at least 4 atau 5 item dan harganya cuma RM59 je uolls. Terperanjat makcik ha *sambil letak tangan atas bahu*. Sebab kalau totalkan semua harga barang yang kita dapat mesti mahal dan lebih dari RM59.


For your information, negara Mat Salleh macam UK dan US dorang dah lama perkenalkan konsep beauty box ni tau, sekarang baru idea ni muncul in our home grown country dan dari semasa ke semasa rakyat kita dah mula expose dengan subscription box sebegini. Beauty is too general to disclose kan so mesti ada yang tertanya beauty produk apa yang ada dalalam box ni kan. Produk yang ada termasuklah kosmetik, penjagaan rambut, minyak wangi dan skincare. Menarik kan terutama korang yang jenis suka suprise. Bila buka box mesti akan rasa excited sangat nak tahu produk apa yang available each month. Korang boleh pilih nak langgan pelan apa. Ada 4 jenis pelan langganan kesemuanya. Boleh pilih nak one off plan, 3 months plan, 6 months plan sampailah 12 months plan. Harga tidak termasuk caj postage.


Dalam box ni juga akan diberi mini-like sampling beauty magazine. Mereka akan feature selebriti yang berbeza untuk setiap bulan. Dekat bahagian belakang sample (dalam gambar bawah boleh refer gambar sebelah kanan) ada info berkaitan list setiap produk yang diberi berserta harga dan description. Setiap bulan juga mereka create theme yang berbeza. Untuk Disember box, theme yang diberi adalah 'Raikan diri ala-ala Peek-a-box'. Biasanya theme dorang sesuai dengan isu semasa contoh macam Disember box biasa ada banyak majlis kahwin, event dan preparation untuk sambutan tahun baru.




Cantik dan exclusive sangat Peek-a-box yang dibaluti gold foiling ni. Kotak dia keras nampak high berkualiti. Since it was designed nicely, bolehlah reuse untuk letak barang buat macam mini drawer.


Siap ada holder senang nak buka/tutup


Zoom in dengan lebih dekat. Wah, berkilauan warna dia seindah kilauan emas yang mampu memukau setiap mata yang memandang. Ok, dah tak payah nak hiperbola sangat :p

Nadeera Beauty Advance Serum
15 ml / RM39 SM, RM43 SS

Aku mulakan dengan first item iaitu Nadeera Beauty Advance Serum. First, aku suka packaging dia yang kecil molek. Tak pernah tengok serum diperbuat daripada warna pink. Aku melting tengok biasalah peminat pink kan pantang nampak warna pink mata tu membulat je. Semua mesti dah aware dengan boasting power of serum untuk provide extra hydration, extra nourishment and extra moisture. Serum ni bukan sahaja untuk nampak segar dan berseri malah mampu merawat sel kulit rosak dari dalam, mengawal kulit kering dan berminyak, mengecilkan liang pori, menegangkan kulit wajah, anti-penuaan, awet muda, menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Nadeera Beauty Serum diformulasi dengan campuran pelbagai vitamin, minyak argan, lidah buaya, emas 24k, minyak kelapa dan antibacteria chamomile. For more info boleh visit page mereka.

Instagram: @nadeerabeautyhq
Facebook: nadeerabeautyHQ





Serum ni dia tak cair macam kebanyakan serum lain. Texture dia likat macam moisturizer dan paling penting langsung non greasy atau oily. 


Sapukan pada permukaan tangan and after a few second terus meresap. Tak payah nak tenyeh lama-lama. Boleh refer gambar bawah.


Macam tak pakai apa-apa. Boleh rasa dia highly absorb ke dalam kulit and not just lock on the surface of the skin. Sis bagi 5 bintang!

Anna Lucia Castor Oil Hair Mist
100 ml / RM40

Aku dah lama aim nak beli hair mist disebabkan aku suka benda yang spray-spray. haha, kadang tu rasa lah mengada sebab semua benda nak spray. Face mist tu memang wajib ada, sun block pun nak kena jenis yang spray jugak. Kalau pergi kedai selalu bagitahu siap-siap 'saya tak nak sunblock jenis cream, saya nak jenis spray dan SPF kena lebih dari 30'. Orang kat kedai pun pening layan karenah aku yang the very particular haha. Baiklah, Anna Lucia hair mist ini diperbuat 100% daripada bahan asli tau. Ia mampu merawat masalah kulit kepala agar rambut tumbuh lebih sihat dan tebal. Untuk wanita bertudung pun sesuai guna hair mist. Biasalah dah nama bertudung, kalau rambut dibalut seharian, kadang buat rambut tu susah nak bernafas, guna hair mist ni akan buat rambut jadi segar tak berkepam atau berbau. Nak tahu detail boleh visit page mereka di:

Promotion code: ALPAB17



Infomation, direction and ingredients dah stated siap-siap dekat belakang botol dia.


Kenapa aku suka spray mist ni salah satu sebabnya adalah senang dah praktikal terutamanya untuk orang jenis semua benda nak senang macam aku ni. Spray-spray k dah siap! Hair mist ni bau dia wangi je tak puas rasa nak spray je banyak-banyak.

Hoopoe Rejuvenate Toner
100 ml / RM64

Peek-a-box ni macam tahu-tahu je aku sedang mencari toner juga dalam bentuk spray mist, haha. Kan aku dah kata aku obses dengan mist. lolz. Baru baru ni aku ada terfikir nak beli. Ada beberapa kali duk usha dekat website mencari toner yang best tup tup sekali Peek-a-box bagi kita suprise mist toner! Kau faham tak perasaan dia macam mana? Happy okey! Kira macam kau dah ada hajat dalam hati, tak siapa tahu hajat kau tengok-tengok kau dapat apa yang kau impikan tu. 

Hoopoe Rejuvenate toner adalah pilihan kegemaran Peek-a-box. Toner ni diperbuat dari bahan utamanya adalah rose water. Rasanya ramai yang dah aware kebaikan rose water untuk kesegaran, anti-bacterial, anti-aging dan bermacam lagilah kebaikannya. Madu juga adalah antara bahan yang digunakan dalam toner ini yang berkesan untuk mengecilkan liang pori muka, melembapkan kulit wajah, anti-radang, anti-penuaan, membantu warna kulit menjadi lebih sekata dan banyak lagi manfaat lain. Produk dari Hoopoe menggunakan 99% bahan asli yang mendapat kelulusan GMP.

Instagram: @hoopoe.360
Facebook : hoopoe.360


Aluminium coated packaging.



Hoopoe Calming Mask 
RM16

At least seminggu sekali kena pakai mask. Biasa mask agak mahal jadi kalau rasa ada duit lebih aku beli lah mask. Sebelum ni aku pernah buat entry tentang cara-cara pemilihan mask kan. Pada aku penting untuk tengok ingredients dia. Kadang kita tak tahu bahan apa yang dia letak dalam mask. Macam Hoopoe Calming Mask selamat untuk semua jenis kulit kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi yang tinggi iaitu 96.48%. Antara bahannya adalah seperti ekstrak madu, beta glucan, hydrolysed silk protein dan  portulaca.


The Sister Bean Tooth Polish 
50 g / RM39

Ramai yang tak sedar asyik fikir nak cantikkan kulit sehingga lupa perkara yang juga sangat penting iaitu penjagaan gigi. Aku ni jarang gila nak scalling. Seingat aku sekali seumur hidup pernah scalling which is masa bukak braces last year. This year after dah settle  3 kali rawatan akar di klinik gigi, kalau ikutkan doktor suruh datang semula ke klinik untuk buat scalling tapi aku malas, haha. Selalu postpone. InshaAllah azam tahun baru aku akan lebih istiqamah nak jaga gigi supaya nampak putih je kan tak kekuningan gitu. Bila Peek-a-box send item ni aku rasa wow menariknya nak try. 

Instagram: @thesisterbean
Dapatkan discount 20% dengan menggunakan code promo: PAXTP100 untuk setiap pembelian di instagram @thesisterbean




Bahan yang digunakan adalah pinang hence ia selamat digunakan. Kanak-kanak pun sesuai. Jangan risau, masa guna ni memula gigi akan nampak hitam macam arang. Lepas dah polish, tengoklah perbezaan sebelum dan selepas.


Yay, my teeth whiten. Sorry the picture not that clear. Tapi boleh tengok kan sebelum agak kekuningan haha and selepas dah putih! Tergoda jap cik abam enkorang bila tengok gigi uolls dah putih kan.



Berita gembira untuk uolls semua jom dapatkan December edition Peek-a-box di laman web peek-a-box untuk dapatkan 10% Discount dengan menggunakan my promotion code as per below:

Coupon code:  YASMINYUSUFFXPEEK 

Discount sah sehingga

31 December 2017!!

Sila jangan lepaskan peluang ini wahai saudaraku sekalian.

To be part of their unboxing campaign use #unboxingcampaign to be feature on their instagram. Jom Raikan Diri Ala Peek-A-Box this December! #peekabox #beautybox #decemberpeekabox

Website: http://peek-a-box.com/
Instagram: @peekabox_beautybox
Facebook: peekaboxbeautybox

Thanks for reading my entry
xoxo