29 May, 2018

Cathydoll Loose Powder and Mascara Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Harapnya semua baik-baik saja. Kita telahpun melepasi fasa pertama 10 hari berpuasa. Semoga Allah beri kekuatan untuk terus merebut pahala melakukan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ni. InshaAllah. Macam biasa kali ni Kak Min nak review produk. Tak lama lagi kan dah nak raya. Uolls dah buat persiapan raya belum? Kak Min macam biasa tak kisah sangat bab persiapan nak raya ni kecuali satu je cuba teka apa dia. Ha, pandai pun, makeup! Rasanya ni bukan persiapan raya dah sebab macam every month ada je koleksi makeup yang bertambah. hihi, dan antara yang bertambahnya adalah dua benda ni iaitu Loose Powder dan Mascara.Pernah dengar brand Cathydoll tak? Budak-budak insta mesti tahu. hehe. Brand ni dari Korea. Kat ig @Cathydollmalaysia ada jual pelbagai produk skincare dan makeup original dengan harga yang murah tau.


Sivanna Colours Makeup Studio Loose Powder

Kak Min lagi prefer guna loose powder berbanding compact powder melainkan kalau nak touch up for on the go baru guna compact powder. Kenapa loose powder lagi best? Sebabnya dia betul-betul set makeup on the skin after pakai foundation untuk buat makeup tahan lama. Bagi yang mempunyai kulit oily skin sangat sesuai guna loose powder sebab dia menyerap minyak dan menghasilkan silkier and dewy finish. Senang cerita, tak bercapuk sebab tu Kak Min suka loose powder. MUA pun semua guna loose powder kan hence harga dia mahal sikit dari compact powder. Lagi satu, loose powder ni mempunyai high coverage ye so for those yang ada big pores, ia dapat membantu mengecilkan pores korang kerana teksturnya yang ringin serta halus menjadikan ia mudah menyerap ke dalam kulit. 



Code 02. Warna ni rasanya sesuai dengan kulit wanita Asia.
Made in PRC tapi formulated in Korea tau. hehe





soft puff.
Puff dia ni melekat elok pada kulit. Untuk menutup pores better guna sponge then dap dap pada kulit. Kalau uolls biasa guna kabuki brush, first tuang seikit loose powder ke dalam penutup,
tekapkan brush pada loose powder pastu ketuk the excess then apply macam biasa.


Dia punya tekstur rasa matte finish, sangat ringan dan halus. Tak mudah bersepah atau berterabur.


2 in 1 Baby Bright Apple Serum Big Eye Mascara
RM15 (Promotion)

Next, as you can see Kak Min nak review mascara pulak. To be honest, agak susah nak cari mascara yang boleh jadikan lashes panjang macam pakai false lashes. Yelah, Kak Min tak pakai falsie tapi selalu berangan nak dapat bulu mata panjang macam Che Ta, huhu. Even pakai eyelash curler berkali-kali pun tak pernah jadi (emo kejap). Kak Min try mascara dari Cathydollmalaysia ni. Tak sangka buat lashes jadi lentik panjang macam pakai false lashes tapi nampak genuine. Macam kau pakai false lashes tapi mata kau still nampak original.


Bau dia apple scent yang menyegarkan. First time try mascara yang ada scent best macam ni. Mascara ni 2 in 1 which dia ada serum sekali yang mengandungi multivitamins and antioxidant that helps to strengthen your eyelashes for a black, volume and dense effect.


Cara pemakaian boleh refer description pada bahagian belakang ni. Dia kata pakai secara zig zag motion tapi Kak Min main redah je. hehe






Triple ball brush tip. Kalau perasan, mascara ni ada banyak jenis wand (bentuk tip) berbeza mengikut kegunaannya. Kak Min baca google triple ball tip sesuai untuk apply pada bahagian bulu mata yang kecik especially pada bahagian lower lashes tu.


Apa yang menarik mengenai mascara ni selain dari bau yang wangi adalah tekstur dia ringan tak pekat. Kalau pekat sangat dia jadi bergumpal tak boleh nak reach one by one of the lashes. Ball wand mascara tip sangat precise dan dapat cover setiap milimeter bulu mata kita tu hingga ke akar. Tak sangkut mana-mana smooth je macam highway. ahaks

Kat mana nak beli produk Cathydoll ni boleh ke instagram berikut ya.

@Cathydollmalaysia

Thank you for reading my entry
xoxo