22 November, 2016

Cara makan supplement dengan betul supaya berkesan #detox #ephyracollagen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Ramai tanya ephyra ni bagus ke? Menjadi ke kalau consume? Di sini aku buat rumusan ada dua persoalan yang penting yang perlu diberi keutamaan.

1. Berkesan ataupun tidak? 
2. Boleh atau tidak consume tapi tidak scara tidak konsisten?

Pada aku soalan pertama ni berbentuk subjektif. Korang perlu ingat setiap badan manusia mempunyai tindak balas berbeza dan cara penyerapan nutrien yang berbeza. Mestilah setiap orang mengharapkan bila minum minuman tambahan terus boleh cantik dan sihat macam magic tak kurang juga yang complaint kenapalah dah bermacam jenis supplement dah aku cuba, bermacam jenis pil aku dah try tapi tak jugak jugak berkesan. Mesti ada yang kategori kes sebegini kan. Jadi jawapan kepada soalan pertama adalah kenalpasti tahap toxicity badan. Hipotesisnya mudah. Kalau badan highly toxic, kadar penyerapan nutrient akan terganggu. Kesimpulannya, tak kira supplement apa yang dimakan tak akan berkesan. Diulangi tak akan berkesan! Mesti ada yang cakap, habis tu aku makan selama ni nutrient tak menyeraplah dalam badan? dan kat mana pula peranan hati atau buah pinggang? Tak kan tak berperanan untuk menyahtinjakan toksik?  Relax relax sis belum habis cerita lagi.hihi.

Apakah itu toxin?

Toxin adalah bahan buangan beracun dan kekotoran yang boleh membahayakan sistem tubuh badan manusia yang berpunca dari pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, pewarna dan sebagainya.-sumber google

Cuba bayangkan, cara hidup kita pada masa kini banyak terdedah pada udara yang tidak sihat, tabiat pemakanan yang tak seimbang (contoh makan fast food/process food ↦ akulah tu.lolz), sayur dan buah dicemari dengan bahan kimia ditambah lagi dengan GMO. Kesemua faktor ni penyumbang pada pengumpulan toksik dalam badan. Kesannya sistem imunisasi terganggu dan keupayaan untuk melawan penyakit terjejas. Gaya aku menulis ni dah macam buat karangan SPM pun ada kan. Tak pelah,yang penting dapat menerbitkan kesedaran dalam kalangan pembaca. Tudiaa. *Ayat bombastik dah keluaq*! 😄


Detox dan kepentingannya.

Detoxification berlaku melalui banyak cara. Antaranya melalui sistem perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Allah dah ciptak mekanisme badan kita bekerja secara involuntary action maka bersyukurlah. Usus, buah pinggang dan hati adalah organ yang berperanan penting untuk proses detox. Penyerapan nutrient berlaku di usus jadi vitamin/mineral yang kita ambil akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita. Sebagai contoh, salah satu cara melalui proses detox ni akan menyucikan usus daripada kekotoran yang melekat di sekitar dinding dan akan melancarkan proses penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Aku harap korang faham lah aku explain ni ye.

Kelebihan Detox
  • Meningkatkan keupayaan tenaga dan fokus
  • Berat badan bertambah baik
  • Kulit bermaya dan nampak lebih segar
  • Meningkatkan kestabilan emosi emosi
  • Kesihatan bertambah baik
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan

Tanda-tanda badan perlu Detox

  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Letih dan tiada tenaga
  • Perut kembung dan bergas
  • Nafas berbau
  • Kurang selera makan
  • Kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
  • Bahagian keliling mata, celah peha, bawah lengan menjadi gelap.
  • Selalu sakit disebabkan sistem imunisasi yang lemah
  • Peredarah darah yang tidak stabil (rasa tidak bermaya)

Cara untuk detox

Setahu aku tiada formula khusus untuk detox. Cara paling murah tapi ramai orang malas buat. Yes, jawapanya perbanyakkan minum air. Selalu dengar kan kalau makan supplement kena banyak minum air. Kalau tak susah nak berkesan atau lebih teruk kesan berlaku sebaliknya macam jerawat bukan makin kecut tapi makin timbul. Semua orang tahu kuasa air.
Buah pinggang is the best filter. Bayangkan kalau filter kat rumah kita selalu tukar air dia akan jadi makin bersih, macam tu jugak dengan buah pinggang kita. Makin banyak kita minum air makin lancar dia bekerja dan tak accumulated dengan bahan toksik yang akan membebankan fungsinya. Kalau tak banyak minum air, buah pinggang akan jadi kurang cekap dan menjejaskan fungsi hati. Buah pinggang dan hati ni saling berkait antara satu sama lain sebab hati berperanan mengawal metabolisme. Bayangkan kalau metabolisme rendah, lemak mudah terkumpul dan menyebabkan kegemukan. Sebab tu orang kata nak kurus dan cantik, minum je air bebanyak ok.


Aku ni kadang-kadang sembang je tapi malas buat Pernah dengar tak detox buah. Sekarang makin popular kan. Biasanya potong buah contoh macam lemon dengan kulit sekali or tak kesahlah apa saja buah, biarkan semalaman. Orang kata cara ni berkesan untuk kurus jugak. Selain tu puasa adalah cara terbaik untuk detox. Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap nak dapatkan kulit yang cantik dan menakjubkan dia amalkan puasa buah selama 3 hari berturut-turut. Maknanya dia tak makan apa-apa pun dalam masa tiga hari tu cuma makan buah je. Cara ni aku belum cuba. Terfikir jugak nak cuba. Bekam pun salah satu kaedah yang paling terbaik tapi dipinggirkan untuk buang toksik ni.



Baru nak jawab soalan kedua selepas huraian soalan pertama.hihi 😝, okey kalau nak cantik of courselah kena konsisten kan. Kalau tak consistent macam mana badan nak retain? Pada aku masa 30 hari adalah cukup untuk tindak balas yang maksimum. Walaupun harga dia agak pricey, tapi tak salah kan kita melabur duit untuk nikmat kesihatan dan kecantikan yang tiada galang gantinya.eceh 😄😄😄


Panjang lebar aku cerita especially kepentingan detox yang tidak boleh dipandang enteng (lagi ayat karangan SPM), then barulah boleh amalkan ephyra collagen drink untuk manfaat kesihatan dalaman dan luaran. Ramai lagi ke yang tak tahu kebaikan ephyra ni? Kalau belum tahu boleh baca info di bawah ni.



Promosi ephyra premium dan ephyra trial pack masih lagi berjalan. Jom dapatkan dengan harga RM175 sahaja! Tepat 1 Disember 2016 harga akan kembali seperti sediakala. Jangan lepaskan peluang. Sila baca sini dan sini untuk tahu lebih details berkaitan produk ephyra.

Untuk order terus whatsapp nombor berikut.


That's all from me,
Thanks for reading my entry
xoxo

11 November, 2016

Aura Hijab 3 IN 1 (Syampoo + Conditioner + Perfume) Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Penjagaan rambut adalah salah satu komponen yang perlu diberi keutamaan. Jika tidak masakan rambut dilabel sebagai mahkota bagi seorang wanita bukan? Dramatik sekali ayat pembuka bicara. Ngehehe. Sebagai seorang wanita yang bertudung, lagilah penting nak kena jaga rambut ni. Macam aku rambut cepat tumbuh panjang tak kira berapa kerap aku potong. Nak jaga rambut panjang ni bukan kerja yang mudah tau lebih-lebih lagi bila bertudung. Cuaca panas di negara kita menbuatkan rambut senang berpeluh dan tak selesa sekaligus mudah berbau sebab udara yang terperangkap membuatkan rambut sukar bernafas. Kalau tak jaga dengan betul bukan setakat rambut tak selesa malah mengundang masalah lain seperti kelumumur, rambut berminyak atau rambut gugur.


Sebagai penyelesaian, kenalah rajin mencari alternatif untuk merawat masalah rambut yang dialami sebab setiap orang mempunyai masalah yang berbeza. Macam aku sendiri alhamdulillah tak ada masalah rambut, dari dulu lagi rambut memang jenis tebal. Masalah aku cuma rasa kurang selesa jelah bila lama sangat bertudung lebih-lebih lagi kalau lepas mandi, lewat nak ke mana-mana kadang tak sempat nak keringkan rambut terus pakai tudung. Aku dahlah pantang lah bab bab bau ni. Ada sekali tu mak aku tegur.

Mama: "Yasminnnnn, kau spray satu rumah pakai perfume ke?"
Aku: Ye, spray pakai perfume ni (sambil tunjuk perfume terbengkalai Adidas abang aku punya sebab air freshner dah habis) lolz

Aku ni punyalah obses dengan semua benda nak kena wangi sampaikan sofa pun nak sembur perfume. keke. Tu baru sofa belum diri lagi :p Dari dulu lagi aku tercari  perfume untuk rambut jenis hair spray ke tapi belum pernah lagi aku jumpa di mana mana kedai sehinggalah one day aku terjumpa Aura Hijab yang didatangkan dengan 3 in 1 which is syampu+condittioner+perfume! mashaAllah bestnya first time dengar syampu dirumus sekali dengan perfume siap ada vitamin sekali. Yay!


Orang kata normallah kalau rambut gugur 100 helai sehari tapi kalau rambut jenis yang gugur je memanjang mesti merungsingkan betul tak? Jangan risau sebab syampu Aura Hijab dikhaskan untuk wanita bertudung yang mempunyai masalah rambut gugur yang kronik atau kelumumur. Kalau korang tiada masalah rambut sekalipun tetap boleh guna sebab bahan aktif yang digunakan baik untuk semua jenis rambut.


Syampu Aura Hijab mempunyai solusi empat serangkai iaitu:

Merawat masalah rambut gugur dan nipis
Rambut gugur dapat diatasi dengan membantu melebatkan rambut hanya dalam masa 14 hari.

Merawat kelumumur
Menyelesaikan masalah kegatan pada kulit kepala dan kelumumur.

Merawat rambut berbau
Memberikan aroma keharuman pada rambut hingga 12 jam bagi wanita berhijab.

Menyelesaikan masalah rambut kering dan kusam
Rambut akan menjadi licin sepantas penggunaan pertama. 



Info produk:

Bertahan sehingga 4-6 minggu
size: 400 mL

Bahan-bahan aktif yang digunakan:

Daun Bidara
Merawat Kulit Kepala Dari Kelemumur Untuk Penumbuhan Sel Rambut Baru Dan Daun Bidara Juga Membekalkan Vitamin Bagi Menguatkan Rambut Dari Gugur.

Minyak Habastusauda 
Merawat Kulit Kepala Untuk Membuka Pori Bagi Memberi Ruang Untuk Pertumbuhan Rambut Baru
Habastusauda Juga Melicinkan Rambut Bagi Mengurangkan Rambut Putus Semasa Sikat Atau Ikat Rambut.

Minyak Pati Buah Keras 
Digunakan Secara Turun Temurun Untuk Melebatkan Rambut Dan Bantu Pertumbuhan Rambut Baru Yang Sihat, Mudah Diuruskan Dan Berkilau.

Minyak Zaitun
Berfungsi Untuk Mengekalkan Bau Wangi Serta Menghitamkan Rambut Anda.


Syampu Aura Hijab ni berwarna purple dan senang berbuih. Memandangkan syampu ni dah ada conditioner sekali senang kerja la kan tak perlu spend masa berlama-lama di bilik air. Aku biasanya kalau pakai syampu set lengkap maunya berjam bertapa dalam bilik air tapi dengan Aura Hijab beberapa kali bilas je dah siap. Jimat sungguh masa!

Cara Penggunaan:
  • Gunakan Aura Hijab sekali sehari
  • Urutkan rambut dan kulit kepala dengan lembut bagi meratakan syampu dan nutrisi.
  • Biarkan selama 5-7 minit untuk nutrisi menyerap kedalam rambut dan kulit kepala
  • bila kepala hingga bersih


Testimoni Pengguna


Dah bagi testimoni pengguna tak acilah kalau tak bagi testimoni diri sendiri pula. Sepanjang guna syampu Aura Hijab ni aku sangat berpuas hati dengan hasil dia terutama sebab haruman bau dia tahan selama 12 jam serius tak tipu. Waktu tidur pun boleh bau rambut sendiri.hehe Perasaan tak biasanya ada dua keadaan dimana rambut selalu gugur. Pertama, semasa syampu, kedua semasa sikat tapi percayalah dengan Aura Hijab masalah rambut gugur pasti akan berkurangan. Yay, lepas ni dah boleh flip rambut macam Aishwaryarai.kehkeh

Harga:

RM129 
sebotol free postage

Sila hubungi talian tertera untuk order atau sebarang pertanyaan. 

Whatsapp: 017-5444880
Facebook page: Aura Hijab HQ

Thanks for reading my entry
xoxo

06 November, 2016

London Haul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan, dah tiga minggu aku balik dari London tapi nak jugak buat London Haul kan walaupun dah lama balik Mesia,hihi. Masa pergi London dulu bawa satu je luggage tapi bila balik bawa dua luggage. Biasalah sindrom orang travel mesti nak kena shopping kan. Che Min pun tak terkecuali tapi takdelah beli barang banyak gila and branded macam vlogger Aisyah masa dia pergi London baru-baru ni. Terngaga aku tengok London haul dia yang terlalu banyak itu. Aku tulis entry ni pun sebab terpengaruh dengan youtubers memandangkan lately aku suka tengok video haul. Bezanya entry aku versi sendu kalau nak dibandingkan dengan vlogger yang lain. Entahkan ada orang berminat nak baca kan. Kalau takde maka krik krik jelah :p

Disclaimer: 

1. Sila jangan judge because I have no intention to show off apa aku beli.
2. Ada barang aku dapat hadiah dari keluarga.
3. Post ini langsung tidak disponsor oleh sesiapa.
4. Sesetengah barang tidak diambil gambar kerana malas. (semua gambar disnap yang ada depan mata je) HAHA!

Awal-awal lagi aku dah plan nak beli skincare dengan mekap di Superdrug store/Boots. Macam Malaysia kita ada Watson dengan Guardian, di sana ada Superdrug/Boots. Serious rambang mata nak pilih mekap semua. Orang perempuan ni kalau boleh satu kedai dia nak borong bila tengok alat mekap. Sebelum balik Malaysia aku beli sikit-sikit dulu jadi duit takdelah terasa melayang sangat.


1. Makeup Revolution eyeshadow pallete

Aku bukanlah seorang penggemar eyeshadow, tapi bila tengok ramai youtubers promote pallete ni terus rasa nak beli. Lagipun harga murah plus ramai cakap keluaran dia versi naked dengan harga mampu milik.

2. MUA contour pallete

MUA adalah antara jenama paling murah di superdrug dan kualiti dia pun bagus. Aku belum cuba lagi contour ni. Tengoklah kalau ada event/raya/dinner aku nak try cuba contour.

3. Garnier Skin Active Micellar Cleansing Water

Sekarang ni micellar water makin femes kan. Aku tengok dah banyak brands keluarkan produk line micellar water ni. Difahamkan ianya berganda-ganda lagi best daripada mekap remover sebab  tak oily dan bertindak sebagai toner sekali. Aku bagi 5 stars! Kalau korang tak pernah cuba silah beli sebab bila buang mekap tu rasa bersih dah tak payah basuh muka dah.

4. Loreal Skin Perfection Exfoliator

Loreal adalah antara jenama fevret aku. Memandangkan aku tak pernah ada exfoliator sebab dah ada pobling tapi rasa macam tertarik nak beli exfoliator to remove totally dead cells walaupun nampak macam mustahil je nak hilang, at least harapan tu ada bukannnya harapan, harapan menjadi layuuuu. Jangan ingat guna facial wash semata boleh bersihkan muka sebersihnya. Kadang-kadang sisa kotoran mekap tak hilang walaupun dah cuci banyak kali sebab tu pentingnya exfoliator ni untuk renew kita punya skin cells.

5. Garnier Sun Block Spray

Aku tak tahu kenapa malas gila nak pakai sunblock padahal dalam banyak-banyak skincare sunblock lah yang paling penting. Alasannya mostly brand yang aku pernah cuba oily and greasy. Muka aku dah lah jenis oily, kalau pakai lagilah berminyak. Tapi aku cuba kikis habit ni dan cuba untuk konsisten with sun block. Aku tak suka jenis yang creamy jadi aku beli jenis yang spray. SPF haruslah tinggi ye. Cuaca panas di negara kita ni paling kurang kena pakai SPF 50. Jenuh merata aku cari sunblock jenis spray tapi tak jumpa brand yang sesuai then aku terjumpa brand Garnier ni so I purchased it agipun ianya dermatology tested.

6. Loreal Age Perfect Refreshing toner

Toner ni best sebab ada cooling effect. Biasa aku guna setiap malam sebelum pakai night cream.Tu pun kalau aku rajinlah pakai night cream tapi toner aku jarang skip :P

7. Body Mist H&M

Masa keluar Oxford Street auntie aku suggest beli body mist ni. Aku beli je sebab wangi okey! Aku bercadang nak hadiahkan adik aku dengan body mist ni mesti dia suka.

8. MUA blusher

Blusher paling best aku pernah guna. First sebab pigmented second sebab kecik molek hence tak makan space third warna lawa tak terlalu shinny.

9. Matte Loreal Compact Powder

Tahan lama dan very fine powder.Aku sukaaa!

10. MUA Mascara, 11 MUA eyeliner pensil

Mascara ni biasa-biasa je, tak lengthening or volume sangat. Sesuai dengan harganya yang murah.

12. Lipstick MUA dan Makeup Revolution

Aku beli empat kesemuanya. 3 MUA warna putih dan satu dari Makeup Revolution tapi aku bagi BFF aku satu sebab terbeli kaler sama. Eh, ni pun nak mention ke.lolz


Set Gift Perfumes

Gucci untuk mama
Body shop voyage collection untuk adik
Jimmy Choo, Body Shop Musk Libertine dan Lady Million Pocco Rabbane untuk aku

No 18 sesat kejap, aku beli wooden bunga tulip ni masa di Netherlands untuk mama memandangkan mama dah pesan dia nak decorations. Fridge magnet pon aku beli. Buat penuh stock collections mama kat peti.ngehe



The Souvenirs


Oh ya, masa pergi Netherlands aku beli maps ni sebab dah lama tercari-cari maps besar yang boleh tampal di dinding. Aku dah tak kesah bahasa Dutch janji dapat maps ni. Agaga, harga pon murah RM20 je. Kasut tu aku beli di Primark, Memang gila shopping sana. Semua barang murah murah. kalau tak fikir berat luggage dah lama aku borong 3,4 pasang kasut nih. Mostly hadiah untuk family aku beli kat sana.


Cotton pad, travel kit, beauty blender semua ni terbeli. Walaupun boleh je dapat kat Malaysia. Entahlah, susah nak padam nafsu membeli walaupun dah beribu kali azam lebih-lebih lagi kalau tengok harga murah,keke. Planner 2017 aku dah beli siap-siap. Tapi rasanya aku akan cari lagi. Satu mana cukup. Aku tak boleh tengok planner, addicted je manjang macam addicted korang layan running man lah. Lampu ni aku beli sebab nak design bilik bila pindah rumah baru nanti. Nak buat effect yang sekarang tengah trending dioarang guna fairy light background dengan sheer curtain. Curtain pon dah beli. Tinggal nak jahit tepi je. 


And last but not least. Dengar cerita simple cleansing facial wipes ni bagus. Aku tengok banyak positive reviews dari blogger so I think why not give it a try. Aku fikir senang nak pergi mana-mana tanggal mekap instead of bawa makeup remover yang jenis dalam botol tu.

Tu jelah kot London Haul aku yang tak berapa nak haul sangat ni. Sorry kalau entry ini membosankan hidup anda.

Thanks for reading my entry
xoxo