19 March, 2013

Tips Score A Sejarah

Ramai yang selalu tanya aku time sekolah dulu macam mana aku belajar Sejarah dan setiap kali exam dapat score A padahal subjek sejarah adalah subjek yang paling boring dalam dunia ni dan banyak sangat memerlukan hafalan.Aku bukannya hebat dan bagus sangat pun cuma aku rasa nak berkongsi sedikit sebanyak macam mana cara aku belajar agar korang semua pun dapat score A terutamanya kepada adik adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.So baca betul betul ok apa yang akak nak sampaikan nie.Subjek ni memang aku minat sejak form 1 sampailah form 5 dan so far seingat aku 2 3 kali je kot dapat B sepanjang 5 tahun tu seterusnya memang aku aim A tapi Sejarah jelah yang dapat maintain kalau subjek lain ada turun naiknya jugak.

Rasanya tips yang aku beri ni sama je dengan mana mana tips tapi aku still nak tulis jugak biar korang selalu baca inshaallah boleh masuk dalam minda bawah sedar seterusnya amalkan dengan bersungguh sungguh.Dulu aku memang suka dengar dan cari tips tips berkaitan peperiksaan,cara belajar berkesan,teknik belajar dan macam macam jugalah untuk menaikkan semangat belajar tapi memang payah untuk aku amalkan sampailah satu tahap aku fikir macam macam motivasi yang aku dengar tapi kenapa susah sangat untuk aku dapat Anugerah Pelajar Cemerlang dan alhamdulillah PMR &SPM aku berjaya juga dinobatkan salah seorang Pelajar Cemerlang cukup membanggakan aku walaupun tak dapat straight A's waktu SPM.

Semua ni takkan berhasil kalau aku tak menghadiri bengkel exam,dengar ceramah motivasi yang dianjurkan pihak sekolah dan melalui buku buku kejayaan yang aku baca sebab aku jenis manusia yang susah nak istiqamah dalam pelajaran.Ada turun naik dia melainkan aku kena sentiasa disogokkan dengan kata kata semangat dari pelbagai program yang dianjurkan.Ia sangatlah mempengaruhi jiwa kita tau so kali ni baca betul betul okey walaupun kata kata aku ni biasa je bukan macam Dr Fadzillah Kamsah atau Dr Hm Tuah tapi aku harap sangat at least some of you will get the benefit.



TIPS Belajar Sejarah


1. Strategi 
Cuba buka buku Sejarah dan baca dahulu satu bab.Gerenti belum sempat habis pertengahan bab dah ada peta Papua New Guinea yang terlakar.Tu belum lagi baca sejibik buku kan.haha so kena ada strategi la kan.Aku tahu semua student kat luar sana makin ramai yang pandai dan setiap orang ada strategi yang tersendiri..Buatlah study group ke,exchange nota dengan kawan ke.Kalau aku suka peruntukkan waktu untuk hadam betul betul dengan menggunakan teknik repetitive since gaya pembelajaran aku adalah dynamic.Aku jenis kena study sensorang baru masuk otak so mulai hari ni cari gaya pembelajaran korang.Kenalpasti sama ada ia tergolong dalam kategori visual,audio atau kinestetik sebab sangat membantu sewaktu kita mengulang kaji pelajaran.



2.Jangan Malas Hafal!
Inilah part yang menjadi masalah sikit pada kita.sekurang-kurangnya carilah masa walau sekejap.Nak hafal Sejarah ni memerlukan peringkat demi peringkat.Dalam setiap bab terdapat subtopik-subtopiknya.Maka hafallah mengikut subtopik dan peruntukkan masa dan waktu yang sesuai bila nak mengingat.Yang penting istiqamah.Berdoalah pada allah mudah mudahan kita istiqamah nak belajar,memahami dan hafal sesuatu perkara.Paling penting mudah mudahan ia kekal dalam long term memori.


3.Buat Nota

Cara yang terbaik sesudah menghafal subtopik adalah dengan mencatat semula sebagai nota apa yang dibaca dalam bentuk point.Kalau  rajin buatlah peta minda tapi bagi orang yang liat macam aku ni suka tulis rough saja.Pastikan catat isi-isi penting sahaja jangan masukkan ayat yang panjang lebar kerana meyusahkan proses penghafalan kerana otak kita keliru dengan ayat yg membelit-belit.

dibawah adalah contoh peta minda tree branch




4.Buat Latihan
Sejarah ni ada juga persamaan dengan matematik yang memerlukan latihan cuma dalam kuantiti yang sederhana untuk menguji tahap ingatan kita.Kalau kita rajin lagi banyak kita buat lagi bagus.Cikgu pernah tanya aku macam mana belajar sejarah dan aku kata perbanyakkan buat latihan inshaallah sangat membantu waktu exam selain mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran ni.
                                   
5.Teknik Repetitive
Sekurang-kurangnya kita perlu ulang tiga kali apa yang kita baca.cara yang terbaik adalah cuba pejamkan mata dan ingat kembali.Letak buku di tepi lepas tu buat "post mortem" dengan mengeluarkan isi tadi melalui cara bercakap sendirian atau atau kalau rajin sikit tulis semula di atas kertas.Kalau masih tak ingat juga ulanglah bacaan biarlah banyak kali asalkan kita puas hati.Teknik ni sangat berkesan pada aku baca dan cuba ulang balik kuat kuat tak kesahlah siapa nak dengar kan.Jangan risau orang tak akan kata kita kurang siuman.

Disclaimer:Pada aku Subjek ni copy& paste je.Tak memerlukan kita mengerah otak untuk memahami dan mempunyai critical thinking untuk menghadam setiap isi jadi tiada sebab dan alasan kita tak boleh score kan.

so let's aim A for Sejarah and say yes I can do it because it is easy!!

Selamat Maju Jaya!