16 September, 2016

Trip dan Tips bercuti di Amsterdam, Netherlands Part (i)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Pada 24 Ogos yang lalu aku telah ke Netherlands selama lebih kurang dua minggu. Kebetulan pula auntie aku nak ke sana jadi dia ajak aku sekali dengan anak-anak dia. Jawapan aku of courselah yes kan bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. Sejujurnya selain daripada London aku belum pernah berpeluang lagi menjejakkan kaki ke mana mana negara Eropah walaupun semuanya terletak berhampiran je. InshaAllah next time aku planning paling tidak pun nak ke Brussel dan Paris cumanya tak tahu bila.haha


Sebenarnya auntie aku yang bawa ni ialah isteri kepada uncle aku, adik ayah aku. Mak dia tinggal di Utrecht, Netherlands yang merupakan bandar keempat terbesar. MashAllah first impression aku sungguh environment dia sangat sangat berbeza daripada London. Jalan raya clear macam highway, pokok dan tumbuhan keliling jalan raya macam country side, kanan kiri penuh dengan terusan.Jangan tak tahu negara ni mempunyai salah satu terusan terpanjang di dunia dan paling unik sekali boleh tengok orang cycling di sepanjang jalan raya hokayy, satu-satunya negara yang mempunyai sistem penggunaan basikal terbesar di dunia. Takjub jugaklah aku tengok mat salleh pakai tie and coat selamba je pergi kerja naik basikal.


Sebelum aku lupa dari London ke Amsterdam cuma 45 minit kami naik flight EasyJet. Kejap je kan tapi including check-in, pass through security, bagai semua tu 6 jam jugak lah sebab airport tempat depart pun agak jauh dari rumah iaitu di Luton bukannya Heathrow sebabnya flight di Luton khas untuk penerbangan domestic and lagi murah berbanding Heathrow.Kitaorang bertolak pukul 5 petang hampir sepuluh sampai airport Schipol, Amsterdam.

Sebelum tu mesti ada yang tertanya-tanya apa transport yang paling murah dan senang untuk access ke negara Europe. Actually dari London kita boleh naik either coach (bas), train mahupun flight. Kadang kalau rajin search ticket flight jauh lagi murah daripada train/bas.Biasanya company macam Ryan Air dan Easy Jet menawarkan harga yang berpatutan untuk ke negara Eropah. Aku recommend naik flight sebab sangat menjimatkan masa tapi kalau jenis yang suka hayati pemandangan boleh je naik train/bas.

Aku ada 3 part nak cerita berkaitan Netherlands. Part pertama dengan kedua aku akan cerita perjalanan aku ke Amsterdam city manakalah part terakhir aku akan update apa yang best di Utrecht pula alang-alang dah pernah jejak kaki kesana.


Sebelum ke Amsterdam of courselah kena buat research dulu nak pergi mana, bajet berapa, paling penting nak naik apa and macam mana nak guna public transport kan.haha. Yelah, dah namanya pergi sendiri tak guna mana-mana travel agency maka kenalah buat homework lebih sikit jadi sebelum ke sana dua hari aku sebok duk mentelaah blog blog traveler termasuklah gigih mencari itinerary di group page Backpacker Buddies Malaysia. Alhamdulillah banyak jugaklah info yang dijumpai dapat membantu perjalanan ke sana.

Bagi mengelakkan aku cakap benda merapu lagi tak berpekdah, untuk kasi korang faham, aku akan nomborkan setiap isi penting so you guys boleh take notes. Disclaimer, aku bukanlah orang yang tepat nak explain bab-bab travel ni sebab aku baru setahun jagung je tapi I will try all my best huraikan based on experience aku sendiri yang tidak dicedok daripada mana mana website pun.

#1. Tempat apa yang ingin dilawati

Environment/nature lebih grab attention aku daripada indoor contoh melawat museum, gallery dan sebagainya tapi aku pergi jugak ke Rijks museum sebab orang kata museum tu famous haha, and aku nak juga melawat I amsterdam yang popular tu which is terletak berdekatan dengan Rijks museum tapi malang nasib aku weii masa pergi tengah ada karnival so tak dapatlah nak bergambar dengan iconic Netherlands sebab gerai yang dibuka semua menghalang laluan. Dapat bergambar pun dengan capital A seketui je malu aihh nak upload blog.


Muka tabah tak dapat bergambar dengan I amsterdam. Okey, first day aku ke Rijks museum, Dam Square dan selebihnya jalan-jalan tengok bangunan. Macam takde motif sangat kan.lol Kalau ikut plan petang tu nak ke Zaanse Schans tapi masa tu jugaklah sakit perut datang jadi terpaksa cancel ke Zaanse Schans.haha


Untuk ke Rijks museum ni bukan free ye. Tercengang jugaklah tengok entrance fee dia 17.50 euro masa que. Beza dengan London mostly museum free tapi di Netherlands sangat jarang tourist attractions yang free.



#2. Pengangkutan

Memandangkan aku ke Amsterdam city dengan kawan yang memang dah lama tinggal di Netherlands jadi soal transport ni tak jadi masalah sangat sebab dia dengan kakak kepada auntie aku dah lama tinggal di Utrecht, jadi dorang direct cara nak beli tiket kat mana dan nak kena naik bas/train apa semua tu. Aku salin setiap info yang mereka bagi dalam kertas dan aku tunjuk je nama tempat stesen bas yang nak pergi kepada driver. Dah tak payah nak pening kepala.chill

Aku ada google juga the best way untuk access the Amsterdam ni and ada yang suggest guna kad contoh I amsterdam city card, Amsterdam travel ticket dan bermacam lagi.Aku pun tak sure fungsi kad ni maybe lebih murah la kot. Anyway aku prefer semua guna cash untuk beli ticket so takdelah pening kepala.Auntie aku bagi pinjam kad dia namanya OV-Chipkaat fungsinya sama macam kad Osyter kena topup dulu and then boleh guna untuk setiap public transport di Netherlands tapi awas! make sure kena check-in and check-out bila naik bas/tram/train kalau tak dia tolak duitttt dan inilah yang terjadi pada aku sebab aku ingatkan kena check-in je rupanya kena check-out sekali tak pasal pasal kena tolak duit.cisss



#2. Bajet dan cara penjimatan

Pengangkutan di Netherlands ni standard mahal macam London. Memandangkan rumah auntie aku tu agak jauh dari Amsterdam Central, it cost me 16 euro tiket train pergi dan balik lebih kurang 35 minit jadi aku cadangkan make full use masa yang ada. Kalau nak harung semua tempat wishlist dalam satu masa pun okey jugak cuma agak penat sikit lah nak berjalan sana sini. Aku cadangkan sebelum pergi kemana-mana keesokan hari, malam tu senaraikan dulu berapa bajet yang diperlukan, makan dan minum dalam itinerary termasuklah untuk souvenirs sekali. Tak kan nak cuci mata je kot kalau dah berjalan tu mestilah ada benda yang berkenan nak bawa balik Mesia kan.hihi


Dari Amsterdam Central topup card 5 euro tak silap naik tram ke Rijks museum mengambil masa 10-15 minit.Sorry kalau kronologi peristiwa tak tersusun harap maklum.haha


Cantik kan reka bentuk bangunan dia.


Impress sungguh dengan bangunan. Apa yang menarik sangat pon tak tahulah cheq.


Inilah tram. Masa nak naik tram ni kan siap nanyi lagu janam janam acah acah cerita Dilwale imagine aku kajol pastu Shah Rukh Khan tengah lambai tangan kat luar.phew sila jangan kecam saya tapi serious dia punya environment macam cerita Dilwale walaupun ni bukan negara Bulgaria.ngehehe


Dalam hati ada taman depan Rijks museum. Biasanya disini selalu ada konsert tau, masa aku pergi tu tengah ada konsert orchestra dekat padang jadi aku lepak lama sikit cuci mata seluruh alam selagi mampu.Jangan tanya kenapa gaya tudung berubah dan spec menghilang entah ke mana.Pagi tu aku bangun lambat nak kejar masa shawl main selempang je pastu tak puas hati, masa jalan sempat belit sana, belit sini takde pulak orang nak kesah kan.


Disebalik tirai besi tersimpan luka abadi.
ayat dah tak boleh bombastik lagi ke?


Nampak kan banyak khemah yang dipasang, belakang tu Rijks museum.


Lepas ke Rijks musem. kami makan di restoren halal berdekatan menaiki tram lepas tu ke Dam Square. Kalau dari Amsterdam Centraal jalan kaki 5 minit je. Dam square ni bangunan bersejarah yang dibina sejak abad ke 13masihi manakala sebelah Dam square terdapat Maddam Tussauds patung lilin macam di London. Sepanjang laluan ada banyak cafe, street entertainment, kedai souvenirs, dan ramai sangat tourist lalu lalang sekitar kawasan ni. Kiranya port lepak pelancong lah.


Masa aku datang ni dorang ada pasang bendera Palestin tanda sokongan dan solidariti  buat Gaza. Rasa kagum pula di tengah negara Eropah terkibar bendera Islam.



Untuk Gaza, kami sentiasa bersamamu.





#4. Download Aplikasi bersesuaian


Sejujurnya dan percaya ataupun tidak sepanjang ke Amsterdam city ni aku tak rely pada pakcik google pun sebab aku tak beli mana-mana data/plan internet sepanjang dua minggu disana. Alhamdulillah, so far memang aku boleh hidup tanpa intenet. Semuanya main redah koboi je.Kalau rasa urgent boleh cari wifi free banyak je dekat kedai, so far aku guna simcard Malaysia je memandangkan rumah family dah ada open wifi jadi tak perlulah membazir duit kan. Relax je call mak/adik di Malaysia dan US.hehe. Tapi kalau dah nama pelancong yang betul-betul pelancong tu of course la korang perlukan dan aku notice banyak jugak apps yang helpful macam city mapper or Trip Advisor jadi pandai-pandailah download and make use full apps yang bagus tu.Korang lagi expert kan bab-bab apps ni.Kalau aku agak kelaut bab teknologi nih.haha


#5. Musim dan Masa

Kalau ikutkan hajat yang utama nak ke Kaukenhoff Garden, taman tulip dan bunga yang terbesar di Eropah Dah namanya negara Belanda, bunga tulip adalah treadmark negara ni selain dari windmill.Memandangkan aku datang musim summer tak dapatlah nak pergi since taman tu hanya dibuka pada musim spring je.sobs.Lagi satu terkilan tak dapat ke flower market sebab ditutup pukul 6 petang.Dengar cerita tourist dari Jepun cakap kat situ cuma ada banyak jual souvenirs je dan bunga pun takde banyak since bukan musim bunga so relieve kejap hati.haha

Jadi iktibar buat aku sebab lupa nak takes note masa operasi sesuatu tempat tu. Penting ye sebab kita boleh rancang perjalanan.Kalau rasa tempat yg kita nak tuju ada operating hour then kita boleh utamakan tempat tu dulu daripada tempat lain.Benda ni nampak simple tapi impactful.Trust me.

Rasanya tu je kot untuk trip & amp: tips ke Amsterdam part (i). Nantikan sambungan part (ii) aku ke Zaanse Schans, Canal Cruise dan Vondel park.



Thanks for reading my entry
xoxo