23 December, 2018

Unboxing 2019 Planner: Sahabat eNuur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Alhamdulillah finally ada jugak masa untuk update blog setelah lebih seminggu postpone. Actually last week nak update tapi time tu jugaklah aku demam. Now I am getting well. Secara jujurnya I am not a planning person tapi sejak beberapa tahun yang lepas masa zaman universiti aku start praktik untuk plan segala aktiviti supaya lebih teratur, tersusun dan sistematik sebabnya tanpa planner aku rasa macam tak ada wawasan hidup. haha, then sejak dari siti aku mulai cari tips macam mana cara nak personalized planner contoh menggunakan accessories seperti sticker, washi tapes and planner inserts. Belajar kat youtube je lagipun senang nak visualized. Pada awalnya memang tak konsisten pun. Rasa susah dan malas nak plan aktiviti sehari-harian tapi lama kelamaan aku makin suka and now kalau tak menulis dalam sehari rasa tak lengkap hidup, hehe. Kiranya planner ni macam diari yang kita boleh keep track all the activities and memories in one place. 


Sekarang ni terdapat banyak planner yang dijual di luar sana. Pada aku penting untuk kita pilih planner yang bersesuaian dengan personality. For those yang baru nak berjinak-jinak dengan planner, ketahuilah planner yang berkualiti biasanya agak pricey kadang boleh mencecah ratusan ringgit but if you're planner addict, harga tu pejam mata je sebab biasanya planner yang mahal of courselah kualiti dia sangat bagus. You just feel like alah, tak kisahlah setakat nak melabur setahun sekali because you know that you're investing on ways to organized your life and time effectively and efficiently. in fact, bila makin lama biasa dengan planner, makin kita rasa nak upgrade kepada planner yang lebih hebat macam the queen of planner Erin Condrin  ke tapi jangan risau sekarang pun banyak planner keluaran local yang lebih berkualiti dan paling aku suka sebab sekarang ada planner come out dengan konsep Islamik seperti planner dari Sahabat eNuur ni. Exactly what I need in my life!



Planner Rayyan 2019
RM47 
Pre Order (Excluding Postage)

Untuk pengetahuan, korang boleh beli pelbagai jenis planner ni di instagram @ummihannan_shop.
Selain planner, mereka juga turut menjual Al-Quran tagging yang semakin popular sekarang ni. Hari ni aku nak review Planner Rayyan dari sahabat eNuur. Aku tertarik dengan planner ni sebab dia mempunyai content yang sangat menarik dan checklist yang banyak! Like semua checklist ada weh contoh under section My Goals ada  my 50 dreams, My 2019 vision board, 2019 resolutions, etc manakala under section My Personal  ada reading tracker, menstrual cycle tracker, sadaqa subuh checklist, my timetable, etc lepas tu ada section My Health, My vacation, My business, My financial, and My ramadhan. Dalam setiap section ada lagi pecahan section-sectionnya. Faham tak maksud aku? haha, If you are a list person, then korang akan tahu betapa bermanfaatnya semua bentuk templete list/checklist yang disediakan ni. Sangatlah membantu untuk organized hidup kita dengan baik. Keseluruhan dalam planner Rayyan ni mengandungi section seperti berikut: 

  • 1 page of Intro & Personal information
  • 2 pages of Calendar (2019 & 2020)
  • 1 pages of Calendar Holidays
  • 24 pages of Monthly plan
  • 180 pages of Todays Plan
  • 33 pages of Blank Note
  • 29 pages of Checklists* (My favorite) 

Nota: Bila purchase planner Rayyan ni, korang akan dapat free gift 3 benda iaitu:
  • My Personal Notebook.
  • Surah Al-Waqiah, Al-Mulk dan Ar-Rahman berserta terjemahan.
  • Al-Mathurat & doa-doa harian berserta terjemahan. 

The Planner Cover, Size and Color
Apa yang menarik tentang planner Rayyan selain rich with the content adalah dia punya design tu sendiri. First thing first marilah kita cerita tentang cover planner ni yang diperbuat dari hard cover which make it looks like expensive and high quality planner. Gambar atas ni first page dia. Planner ni didatangkan dengan size A5 iaitu standard yang common untuk kebanyakan jenis planner. Next, lets talk about the color. Planner ni ada dua jenis warna tau. Satu Warna hitam namanya Zahraa manakala warna putih ni Rayyan. Semua content bahagian dalam sama kecuali warna je yang berbeza. Aku lebih tertarik dengan warna putih ni because it looks alive and classy. Addition of splash airbrush design membuatkan ia nampak lebih feminine and up to date.  


Planner Binder
Sebenarnya ada pelbagai jenis planner binder seperti diskbound, ringbound, spiral, wire and coil. Rasanya planner jenis ringbound menjadi kesukaan ramai orang kan sebab boleh buka keluarkan pages dan masukkan inserts. I am not particular about the binder anyway. Any binder will do for me. Macam planner Rayyan ni adalah jenis wire binder. Tak mudah tercabut and senang nak tulis. Korang boleh nampak planner Rayyan ni tebal kan jadi kalau susah nak tulis pada bahagian tepi kita boleh lipat je. Pada bahagian bucu pula dia ada lekatkan gold metal hence kalau jatuh pun tak rosak. 


The content
The core of the planner of course lah the content kan. Make sure you guys know the purpose of using a planner and how you decide to choose the content inside the planner. Planner menjadikan hidup kita more productive if and only if we know how to make full use of it. Terlalu banyak goals dan matlamat hidup untuk dicapai? Write it properly. Planner surely will guide you throughout the way so we don't get lost somewhere else. Aku amat percaya apa yang kita tulis secara tak langsung pasti akan menjelma dalam bentuk tindakan and kita akan nampak big picture dengan jelas. Aku suka kalau planner tu ada quotes at the beginning of the month. Macam planner Rayyan ni bukan hanya ada quote je malah ada juga tips & facts pada setiap pages! Secara tak langsung banyak ilmu baru kita boleh tahu melalui tips yang diberi. Best kan. 


See, siap ada illustration lagi pada quote dia. 


At the back of the planner. 



Memandangkan ini adalah Islamik planner, maka calendar Hijrah turut disediakan.


Planner Rayyan juga turut menyediakan 33 pages of blank notes to scribble. 


Year at a glance and a year in advance.


Inilah section yang aku maksudkan. 


After page My goals then ada sub-section dia. Ini dia My 50 dreams. Aku dah tulis siap-siap dah all my dreams/goals I want to achive in 2019. Dapat tak dapat lain cerita yang penting semangat tu kena ada. haha


Next page pula adalah 2019 Vision Board. Rasanya aku pernah cerita the importance of vision board dalam salah satu post aku sebelum ni tapi tak apalah nak cerita lagi. Korang pun mesti dah tahu kan. Goal-oriented person mesti aware dengan benda-benda ni semua, hehe. Aku pernah tengok satu inspiring video dari Dr Bruce Lipton. Minda kita terbahagi kepada dua, satu conscious mind iaitu minda sedar yang mengawal creativiti dan lagi satu adalah subconscious mind iaitu minda bawah sedar yang berfungsi sebagai programming. Apa yang difikir dalam minda bawah sedar akan menjelma menjadi realiti jika kita tahu menggunakannya dengan betul. Katanya ada dua cara untuk mendidik minda bawah sedar. Satu menggunakan kaedah repetition dan satu lagi dengan kaedah hipnosis. Apa yang kita lihat hari-hari pada vision board adalah salah satu bentuk repetition pada minda bawah sedar. Yes, you get what I mean. hehe


What I like about this part, dalam 2019 resolutions ni dia dah siap-siap ada kategori antaranya adalah family, personal, health, financial, career dan spritual. For those yang still kurang jelas nak tulis new year resolution dengan lebih specifik dan detail, guna templete ni. Sangat membantu. Macam aku sebelum ni dah siap-siap tulis dalam words save kat pc, just transfer balik dalam planner ni bukannya susah pun. hehe. 


Next section adalah My Personal. Salah satu part yang ada dalam section ni adalah My Timetable dan Reading Tracker. Salah satu goals aku untuk 2019 nak baca buku sekurang-kurangnya satu buku setiap bulan. Doakanlah aku istiqamah dan berjaya dengan goals ni, haha sebab zaman teknologi sekarang dengan pelbagai distraction seperti kebanjiran social media dan sebagainya amatlah payah untuk tekun membaca seperti remaja dulu, hehe. Zaman sekolah dulu aku mampu menghabiskan 400 muka surat novel dalam masa sehari dan 700 muka surat novel dalam masa seminggu kini untuk membaca 10 muka surat sehari merupakan satu bebanan yang hebat bagiku. kihkih. 


Next, salah satu section yang menarik perhatian aku adalah My Financial. Dalam section ni ada bill payment tracker, debt payment tracker, saving challenges dan bill tracker dari bulan 1 sampailah bulan 12. Bill tracker ni sangatlah penting pada aku sebab kita boleh track our expenses. Percaya atau tidak aku akan jot in segala perbelanjaan seharian dalam planner walau 20 sopen sekalipun. Biasanya at the end of the month, aku akan calculate total kemana duit aku belanjakan selama sebulan tu. It will amazed you on how much money you have spent. Contoh kalau rasa bulan ni belanja lebih, then next month kena ubah balik sheetlist bajet supaya nanti bila dah akhir bulan kita still ada saving dan bukannya asyik kena tunggu gaji je. Itu paling penting pada aku. Benda ni aku praktik sejak beberapa tahun lepas dan ia banyak membantu aku untuk urus financial dengan baik. 


Ada banyak lagi section lain aku tak akan tulis semua nanti jadi sebuah cerpen pula, hehe. Aku just highlight section yang menarik. Selebihnya kalau korang nak tahu boleh ke page ig @sahabateNuur. Added point yang buat aku teruja sebab Planner Rayyan ada sediakan Ibadah & Spiritual Checklist pada page terakhir pada setiap bulan, so dalam masa sebulan tu kita boleh track progress ibadah kita sama ada menaik ke menurun. Set goals siap-siap untuk improve ibadah dengan checklist ni. Aku senaraikan semula checklist dalam page ni:
Tahajud
Taubat Prayer
Hajat Prayer
Witr Prayer
Subuh Prayer
Read Al-Quran
Read Al-Mathurat (morning)
Dhuha Prayer
Asr Prayer
Read Al-Mathurat (evening)
Maghrib Prayer
Isha Prayer
Sadaqa
Istighfar min 100x
Do zikr
Reading books
Do exercise
Selawat to Prophet
Read Al-Mulk
Be Grateful (list prepared)


Rasa macam semangat nak set goals dengan checklist ni kan. Ini adalah antara kepentingan checklist kita sebagai seorang muslim sejati gitu.


From my personal point of view, I highly suggest buying this planner. Sangat sangat berbaloi. Planner ni juga sesuai dijadikan sebagai gift untuk yang tersayang contoh sempena birthday best friend ke, your wife ke or untuk buat hantaran pertunangan pun sesuai. (Baru je terfikir dalam hati nak request calon I nanti belikan planner kalau bertunang bulan Disember) hehe berangan je lebih perancangan ke arah tu pun belum pernah ada lagi dalam planning saya. keke


Follow ig berikut untuk tengok pelbagai jenis planner yang menarik:
@ummihannan_shop

Whatsapp nombor berikut untuk order. Owner dia sangat baik dan reply sangat pantas.
011-32909484



Kepada yang belum beli lagi planner 2019 cepat-cepat order sekarang jangan dah masuk bulan Januari baru nak order. hehe

Thanks for reading my entry
xoxo

13 October, 2018

Rose+Aloe Beauty Water and Pink Clay Cleanser by Blossommyra

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Lama sangat aku ambil masa untuk review. Lebih dari sebulan rasanya. Rasa bersalah sangat postpone lama-lama. Salah satu sebabnya laptop rosak pastu tunggu beli pc baru. Alhamdulillah sekarang dah setup pc baru. Senang lah nak menulis tapi maybe after this aku dah tak aktif lagi. Sekarang pun rasa tak aktif. Macam chipsmore kan, haha tapi minat menulis tu memang ada. Lagipun sekarang aku busy dengan bisnes. InshaAllah kalau ada masa terluang aku akan menulis cuma tak sekerap dulu. Baiklah, hari ni nak review satu produk dari @blossommyra. Asalnya aku seorang yang sangat sukakan facial spray. Dah banyak kali aku cakap benda ni. Tak tahulah rasa macam addicted. Kalau tak guna macam ada sesuatu yang tak lengkap.hehe


Mesti ramai yang fikir susah nak cari produk local yang berkualiti macam produk antarabangsa kan. Buang stigma tu jauh-jauh. Kalau korang rajin research sebenarnya banyak je produk local yang menawarkan kualiti tiptop contoh produk @blossommyra ni. First impression aku bila tengok instagram dia dah mula tertarik. Bila baca description produk dia lagi membuatkan rasa nak try sendiri. As you can see from the picture. Dalam satu box ni ada:

1) Rose+Aloe Beauty Water
2) Pink Clay Cleanser

Actually korang boleh pilih nak purchase set combo macam ni atau loose item tapi of course lah harga set combo dia lagi murah berbanding loose item. Lagipun ada sebab kenapa dua produk ni digandingkan sebab dua benda ni macam pelengkap antara satu sama lain which is based from 100% pure rose water and pure rose petals. 


Dia bagi sekali manual description siap-siap dalam box ni. 


First let me explain kepentingan Rose+Aloe Beauty Water dan Pink Clay Cleanser. Untuk Pink Clay Cleanser, function dia sama macam scrub. Untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu perlu scrub kulit supaya kulit lebih cerah dan tak dull. kalau tak cuci muka elok-elok macam mana segala bagai cream nak serap dengan kadar maksimum ke dalam kulit. Betul tak? Manakalah Rose+Aloe Beauty Water pula membantu untuk jadikan kulit dewy, glowing dan radiant. For those jenis kulit kusam sesuai guna bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah. 


Rose+Aloe Beauty Water (Multi-purpose)
100 ml
RM40.00

Now let be more specific about the Rose+Aloe Beauty Water. Masa tengok description label dia terus mengingatkan aku pada Mario Badescu Rose Aloe Water. Bau dia mashaAllah tak payah cakaplah sangat wangi okey sampaikan abang aku tanya masa kat dapur siapa pakai perfume ni. Aku cakap aku spray dekat muka wei apasal wangi semacam ke? haha. Rose+Aloe Beauty Water diperbuat daripada Rose Damascena water, Aloe Burbadensis, Leaf Extract dan Glycerine dan semestinya bebas daripada bahan terlarang seperti mercury, paraben, atau folmaldehyde. Lebih menakjubkan ia tidak mengandungi perfume. Bau wangi adalah daripada Rosa Damascena Water yang sememangnya mempunyai fragrance properties. Aku dah baca sedikit sebanyak info tentang Rosa Damascena Water di website National Center for Biotechnology Information. Boleh click sini kalau korang rajin baca. 


Functions of ingredients: 
Pure rosewater: 
Anti-inflammatory properties. Great cleanser and aids in removing oils and dirt accumulated in clogged pores.

Aloe vera extract: 
Super moisturizing, repair damaged skin, treats dark spots and acne scars.
Glycerine: 
vegetable glycerine considered humectant. Minimizing the water loss due to evaporation in oily skin & helps in keeping the skin hydrates always.


Memandangkan Rose+Aloe Beauty Water adalah multi-purpose water, ia bukan sekadar berfungsi untuk melembapkan kulit wajah, tapi lebih daripada tu. Selain mampu mencegah jerawat dan menyegarkan kulit, ia juga boleh digunakan as primer and fixing spray. How wonderful is it? Sebelum dan selepas makeup, spray rose water ni inshaAllah akan bantu foundation untuk tahan lama disamping merawat kulit wajah. Remember rose water mengandungi anti-inflammatory which is good to prevent skin redness and inflammation. Last but not least, part aku paling suka rose water by @blossommyra boleh juga digunakan as hair spray untuk melembutkan rambut! Mana tidaknya bau dia pun dah wangi and again it is multipurpose guys. Banyak kan manfaat dia rugi tak try confirm tak menyesal. 


Pink Clay Cleanser
RM50.00
60 grams


Pink Clay Cleanser mempunyai 3 fungsi dalam satu iaitu sebagai cleanser, scrub dan mask. Korang pernah tak cuba mask yang ala-ala bedak sejuk tapi warna dia pink dan ada bau rose? Kalau tak pernah korang mesti try Pink Clay Cleanser ni. Ia bertindak untuk mengecutkan jerawat dengan cepat, mengimbangkan production of sebum supaya muka skin jadi balance. Mesti ada jenis yang sceptical takut nak guna clay cleanser ni sebab takut breakout. Jangan risau, semua bahan-bahan yang digunakan gentle to the skin. Jangan terkejut kalau kulit muka lambat-laun jadi glowing! I have tried on my skin and it feels super amazing after the first use. 


Made of natural ingredients. 


Ia diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermutu tinggi seperi Kaolin Clay, Chickpea, Flour, French Pink Clay, Glycerine, Apricot Kernel Oil, Rose Geranium and Rose Petals. 


Ia didatangkan sekali dengan spatula. Am I using the correct word? hehe rasanya benda ni nama dia spatula sebab function spatula ni kalau dalam makmal Sains untuk scoop serbuk chemicals. ihiks


The gold printed name looks so classy


Benefits Pink Clay Cleanser: ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

  • Reduce your acne/pimple⠀⠀
  • Remove dead skin cells
  • Help get rid of your stubborn scars⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
  • Promotes new skin cells⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
  • Provide radiant looking skin⠀⠀⠀
  • Moisturizing


Cuba tengok tekstur Pink Clay Cleanser ni. Ketulan bulat-bulat kecil dia seakan bedak sejuk kan. Lembut gila uolls. Senang sangat nak hancurkan dengan menggunakan air. Bezanya ni clay cleanser ni macam bedak sejuk versi moden dengan menggunakan bahan yang telah di upgrade dan berkualiti. Malah paling penting bau rose yang wangi menyegarkan suasana. Untuk kesan yang optimum, gunakan Rose+Aloe Beauty Water sebagai bahan pengaktif clay cleanser. Mix beauty water dengan clay cleanser sebagai mask. Double rose boost helps to soothe the face, redness, and inflammation & minimize your breakout. Selain itu, bertindak juga untuk buang toxins, impurities, make up residues and everyhing inside the skin! Sangat penting untuk scrub kulit sebab kulit mati sebab jika dibiarkan lama-lama akan clog the pores dan akhirnya menyebabkan jerawat senang membiak. 



Pink Clay Cleanser ni bukan macam cleanser biasa. Dia langsung tak ada buih sebab ia kan diperbuat daripada bahan organik so tak perlu nak gosok kuat-kuat pakai cleanser ni. Untuk kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat atau kusam semua sesuai guna. Paling penting kena rasai sendiri perubahan kulit bila menggunakannya especially jenis muka yang breakout. Sangat sesuai untuk heal jerawat korang tu. 


Cara Penggunaan:

Mudah sahaja. Kalau nak gunakan as a cleanser, ambil satu scoop kemudian letak pada tapak tangan. Letak air sikit. Adjust to our preferable consistency. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sapukan dan massage pada keseluruhan muka selama beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Jika nak gunakan as a mask, sapu macam biasa pada kulit muka. Biarkan selama 10-15 minit lepas tu bilas dengan menggunakan air. Jangan risau mask ni dia tak akan buat kulit kita mengering sebaliknya sangat lembut pada kulit. Orang yang ada kulit sensitif pun sesuai guna.


Rasanya aku dah explain in detail dah. Harap ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian sis ni. Aku tahu mesti ada yang cakap perlu ke pakai semua ni. Face wash, toner dan moisturizer tak cukup ke as basic skincare regime. Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk jaga kulit kan. Yes, i know I am a bit too extra when it comes to skincare tapi orang kata kalau nak kulit sihat, bersih dan cantik kenalah rajin-rajinkan diri menggunakan produk yang bagus dan bersesuaian kan. There were times I feel so lazy untuk pakai semua ni tapi sis cuba untuk be more consistent. Usia pun makin lama makin meningkat, dah tak boleh malas-malas dah. hehe



For more info please visit:

Instagram: @blossommyrahq

Thank you for reading my entry
xoxo

09 October, 2018

Set Combo Rose Water, Henna Hair Mask and Lip Scrub from Rose Water Petalz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni aku nak ambil masa untuk update blog kejap. Kalau ikutkan nak update last week tapi boleh pulak terkena dirrhea masa tu. Allah saja yang tahu seksa bila makan pastu muntah and end up tak makan apa-apa the whole day sebab setiap kali makan mesti muntah . I lost a lot of water and minerals in my body and now alhamdulillah dah recover. Sis dah lah turun berat pastu kena pulak dirrhea mesti lagi turun. tsk. tsk. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk tambahkan balik berat badan dan dapat hidup sihat. Amin

Pada siapa yang ikuti perkembangan aku (bajet artis) sangat mesti perasaan or kot-kot ternampak aku ada update di insta story produk dari @rosewaterpetalz. Kebetulan masa tu aku tengah survey rose water dengan inai sebab nak kaler rambut eh eh maka terjumpalah satu instagram ni jual set combo yang sedang aku tercari-cari so apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatanglah. Lagipun aku memang nak cari produk yang organik bebas dari chemicals and I think @rosewaterpetalz is a good choice. 


Rose Water by Petalz

Sebelum ni aku pernah explain kebaikan rose water. Aku suka sangat dengan rose water ni sebab manfaat dia terlalu banyak. Rose water pun ada banyak jenis jugak kan. Make sure pilih yang 100% rose water dan bukannya yang telah diluted. Biasanya aku guna rose water after cuci muka and pakai toner. Sebab after cuci muka kulit kan akan mengering sebab pH dia tinggi. Rose water boleh digunakan as toner untuk tone down kulit kita bagi mengelakkan iritasi dan kulit kering.


Saiz botol rose water by @rosewaterpetalz ni tak besar. Kecil molek je. 
Boleh letak dalam handbag dengan senang hati. Untuk travel pun sesuai dibawa.


Kat bawah ni dah sum up kebaikan rose water. 
sumber: google pinterest 
Selain itu, rose water boleh juga digunakan sebagai makeup remover tau. Korang cuma perlu mix dengan oil macam aku guna ni pure Argan Oil. Olive Oil atau Habbatus Sauda oil pun boleh juga digunakan. Ikut keselesaan korang sebab masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Jom tengok Kak Min demo macam mana nak tanggalkan makeup guna rose water and Argan Oil. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Cotton pad
2) Rose water
3) Argan Oil 


Tujuan Argan Oil digunakan adalah untuk membantu menanggalkan makeup dengan mudah. Argan Oil ni boleh dibeli di kedai makanan sunnah memang banyak dijual. Untuk kesan yang lebih baik, make sure beli yang pure and original. Kak Min beli di booth Mehnaz dalam Dataran Pahlawan.


Aku nak share testimoni sikit. Ni aku calit lipstick dan eyeliner gel pada tangan. Nak tengok kesan makeup ni boleh tanggal atau tak. 


First spray dulu rose water pada cotton pad.


Then tekapkan argan oil guna cotton pad yang sama tadi korang spray rose water. 


After tenyeh-tenyeh pada kesan liptick and eyeliner gel selama beberapa minit, inilah sisanya.


Result: Semua makeup dapat ditanggal termasuklah lip matte aku yang sangat pekat pun hilang dengan menggunakan dua benda ni. Biasanya lip matte agak susah untuk ditanggalkan walaupun menggunakan makeup remover, cuma kalau nak guna rose water dengan argan oil ni kena sabar sikit gosok perlahan-lahan baru dia hilang semua. 


Lip Scrub by Petalz

Sekarang aku nak cerita pasal lip scrub. Once in a while kenalah exfoliate lips kan untuk hilangkan sel-sel kulit mati dengan lip scrub. Aku tak rajin pun nak buat benda alah ni semua tapi inshAllah akan kucuba merajinkan diri.ihiks.  Lip scrub dari @rosewaterpetalz adalah home-made tau. Aku pernah tengok youtube macam mana dorang buat lip scrub menggunakan honey, sugar and lemon. Orang kata brown sugar is the great exfoliator. Honey pula membuatkan kulit jadi lembut manakala lemon digunakan sebagai lightening agent. For those yang malas untuk diy, korang boleh beli lip scrub ni harga pun murah RM5 je satu. 


Antara kelebihan lip scrub dari @rosewaterpetalz adalah:
  • Mengandungi antiokidan
  • Mengandungi vitamin
  • Mengatasi masalah bibir gelap
  • Melembapkan bibir
  • Tiada bahan kimia
  • Selamat, mudah dan jimat


Boleh nampak dia ada honey and lemon consistency. Dia agak watery. I bet maybe sugar dia dah melt anyways uolls boleh add more sugar to make it easier to exfoliates. Remember it's homemade kan :)


Henna Hair Mask by Petalz

Actually dah lama aku tercari-cari inai yang bagus untuk warnakan rambut. Mostly inai yang dijual tak berkesan sebagai pewarna pun. Aku pernah lah try beberapa kali warnakan rambut engan inai konon-konon bolehlah feeling nak rambut merah kan, hehe tapi tak menjadi pun. Dia nampaklah shinny sikit-sikit tu tapi warna dia tak lekat. Boleh je pergi salon warnakan or beli je pewarna rambut yang banyak dijual tapi aku tetap kuatkan pendirian tak akan sesekali gunakan hair dye. Mampu gigit jari jelah tiap kali tengok hair dye yang macam-macam kaler yang menarik tersusun di rak-rak. ihiks
Hati memang meronta nak beli tapi haram tetap haram kan.

Walaupun produk pewarna tidak mengandungi bahan yang mengharamkan, tapi bila dipakai tetap menghalang air. Aku dah baca macam-macam sumber tak kira pakcik goole mahupun ustaz youtube (dengan harapan ada jumpa sedikit kelonggaran ke) tengok masih menaruh hati nak pakai hahaha tapi semua sumber mengatakan tidak boleh melainkan inai sebab ia semulajadi. Yes, hanya inai je yang menyerap ke dalam rambut. Biasa orang yang ada uban pakai inai kejap je rambut jadi merah kan tapi kalau rambut berwarna hitam secara saintifiknya tidak akan menyerap apa-apa warna selain dari warna hitam tu sendiri.

Namun begitu, kepada sesiapa nak cuba Henna Hair Mask dari @rosewaterpetalz amat digalakkan terutama untuk rambut kering pakai Henna Hair Mask ni boleh buat rambut korang jadi sangat lembut. Aku dah try guna and resultnya yes rambut memang jadi lembut dan bersinar. 


Kelebihan Henna Hair Mask 
  • Melembapkan rambut
  • Melembutkan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Rambut bersinar selepas memakai
  • Menyejukkan kulit kepala
  • Pewarna semulajadi


Cara nak pakai henna hair mask perlu ada:

1) Brush (untuk scoop inai pada keseluruhan rambut)
2) Shower cap
3) Plastic Hand Glove (optional)
4) Hair curler (optional)




hair roller curler

Cara Pemakaian:

Pastikan rambut kering terlebih dahulu. Bahagikan belahan rambut kepada dua bahagian. Sapukan inai secara perlahan-lahan menggunakan hair brush/comb. Aku pakai hair roller curler tak nak bagi serabut. After dah lumur inai pada rambut roll perlahan-lahan. 10 roller curler pun dah cukup untuk keseluruhan rambut then bila dah siap pakai shower cap. Tunggu dalam 3 hingga 4 jam kemudian bilas dengan air. Make sure cuci rambut bersih-bersih untuk mengelakkan ada sisa inai yang tertinggal pada permukaan rambut. Seterusnya rasailah kelembutan rambut korang after guna henna hair mask dari @rosewaterpetalz.

Secara kesimpulan, produk dari @rosewaterpetalz sesuai untuk korang yang greeny tidak suka produk yang ada chemicals because it's 100% made from organic ingredients which do not harm your skin.


For more info, please visit
Instagram: @rosewaterpetalz
Whatsapp: 018-3179791

Thank you for reading my entry
xoxo