12 April, 2017

Touch Minerals Fusion Mineral Powder and Foundation Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Siapa kat sini penggemar makeup hari ni aku nak cerita tentang salah satu komponen mekaup yang penting iaitu Powder. Powder ni ada macam-macam jenis tau. Ada two way powder/twin cake, pressed powder, foundation powder, setting powder, finishing powder dan banyak lagi. Kali ni aku nak cerita tentang Loose Powder. Secara jujurnya aku lebih sukakan Loose Powder berbanding powder lain contoh compact powder yang selalu jugak aku pakai. Biasanya compact powder susah nak blend dengan warna kulit walaupun dah pilih shade yang sesuai. Bila buat perbandingan, Loose Powder ni lebih natural, serap minyak, teksturnya lebih ringan, mengecilkan pores dan paling penting tahan dalam jangka masa yang lama berbanding powder lain.


Pilihan aku adalah Loose Powder jenis Minerals dari Touch Minerals. Untuk pengetahuan, Mineral makeup diperbuat daripada galian seperti oksida besi, zink dan titanium. Kebiasaannya makeup kan selalu ada bahan chemicals. Paling popular contoh macam paraben, pewarna sintetik dan wangian tapi Mineral Loose Powder tidak menggunakan bahan-bahan chemicals tu semua. Ia juga tidak mengandungi agen pengikat yang kebiasaannya terdapat dalam compact powder menjadikan mineral makeup non comedogenic bermakna tidak merengsakan kulit dan tidak menyumbat pori-pori. Tahukah anda, kebiasaanya Loose Powder biasa mengandungi Talkum yang boleh membuatkan pori pori tersumbat. Orang yang kulit sensitif macam berjerawat kena berhati hati pilih powder yang sesuai . Jadi mineral makeup adalah pilihan terbaik untuk uolls yang nak kulit sihat dan cantik.


Loose powder atau bedak tabur yang biasa dijual dalam bentuk jar yang agak besar ni mempunyai tekstur yang lembut apabila diaplikasikan. Loose powder kan sangat halus jadi bila guna tu memang akan rasa sangat ringan macam tak pakai apa-apa pun ada. Disebabkan ia mudah berterabur, jadi tak praktikal untuk diusung kesana kemari dalam handbag and penting untuk handle with gentle care ya ladies! hehe. Soalannya kenapa pilihan aku Loose Powder dari Touch Minerals? sebab ia adalah jenama solekan mineral atau mineral makeup yang diformulasi khas dengan kolagen menggunakan teknologi terkini tau. Kolagen yang terkandung dapat membantu kulit mengimbangi lembapan dan keanjalan lantas menampakkan wajah kelihatan cantik, muda dan jelita.


KELEBIHAN UTAMA TOUCH MINERALS LOOSE POWDER & FOUNDATION

1. Membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit muka.
2. Membantu mengurangkan masalah jerawat.
3. Membantu kulit kelihatan anjal dan bebas kedutan.
4. Membantu mengurangkan kemerahan disebabkan oleh alahan pada kulit.
5. Sesuai untuk kulit sensitif.
6. Bebas Talkum dan bahan-bahan yang merengsakan kulit.
7. Solekan tahan lama selama 16 jam
8. Warna solekan yang dalam dan pekat menaikkan seri wajah.
9. Perlindungan UV yang baik (spf25) alternatif pada losyen yang berminyak
10. Selamat dibawa tidur dan lembut pada kulit.


Cara terbaik untuk meratakan Loose Powder pada wajah adalah dengan menggunakan kabuki brush. Kabuki brush adalah brush yang biasa digunakan untuk apply foundation dan powder. Ada pelbagai jenis shape contoh rounded, flat, angles dan dome. Setiap shape digunakan untuk aplikasi yang berbeza. Aku beli satu set brush ni ada 10 kesemuanya dari Lazada. Senang! hehe. The goals of using kabuki brush adalah untuk dapatkan effect soft, airbrushed and poreless looking skin.


Gunakan kabuki brush jenis flat macam ni untuk apply mineral loose powder supaya dapat set kan dengan elok pada permukaan kulit. Mudah pun mudah sebab dia akan evenly distributed. Sila lihat gambarajah dibawah (ayat macam soalan exam) haha untuk tahu cara penggunaaan yang tepat. Aku dah siap print screen untuk korang. Nak bermekap pun nak kena ada teknik jugak kan uolls.

The next part is the shade! Touch Minerals menawarkan lima jenis shades kesemuanya. Jadi bolehlah pilih shades yang sesuai dengan skin tone korang. Nak pilih shades ni bukan senang kalau tak tahu cara. Aku pun sometimes tersilap jugak pilih. Kadang terlebih putih, kadang terlebih gelap. Nak selamat apa yang selalu aku buat ialah dengan memilih satu tone lebih cerah dari warna asal kulit. Ada orang cakap ikut undertone (warna vein pada lengan) ada 3 jenis iaitu cool, neutral and warm undertone tapi aku tak pernah praktis cara tu sebab rasa macam complicated haha so aku request shade no 04 Sunkissed Tint yang dirasakan terbaik dengan warna kulit yang golden brown ni.ceh


Aku listkan shades yang available sekali dengan description kat bawah ni. Sila hadam betul betul.


01: CANDY BLUSH

Add lustre for pale to fair skin. (Tambahkan kilauan dan warna untuk kulit pucat ke cerah)


02: SHIMMERING YELLOW

Compliments Skin Undertone for pale to olive skin (menyempurnakan tona asas untuk kulit cerah ke sawo matang.

03: NATURAL TOUCH

Perfect porcelain mate finish for olive to light brown skin (Lengkapan sempuna bebas cela untuk kulit sawo matang ke perang cerah.)

04 SUNKISSED TINT

Vibrance and radiance for light brown to brown skin (Menyerlah dan menyerikan kulit perang cerah ke perang)

05 DEEP GLOW

Brings out your inner glow for brown to dark brown skin (Menyerlahkan seri dalaman untuk kulit perang ke gelap)


Rasanya tak complete entry ni kalau tak letak testimoni pengguna. Dah ramai tau yang cuba Loose Powder and Foundation dari Touch Minerals ni. Jom kita tengok komen pengguna.

Last but not least mesti ada summary testimoni Cik Yasmin sendiri sebagai pengguna Touch Minerals ni. Aku memang suka dengan produk ni sebab first awal awal lagi memang aku gemar guna loose powder than any other powder lepas pakai foundation/ concealer. Secondly, sebab ianya diperbuat dari minerals. Mica sebagai pengganti talkum contohnya antara bahan utama tidak membuatkan pores tersumbat. Sekarang ni banyak brand yang claim produk 100% bahan organik/minerals pada hakikatnya peratusan kecil je minerals yang terkandung dalam produk mereka. Sebab tu penting untuk baca dengan teliti bahan-bahan yang tertera pada label. Kalau ada nama chemicals pelik-pelik tu silalah jangan percaya ia diperbuat daripada bahan organik walaupun di-claim sedemikian rupa. Insha-Allah Touch Minerals ni diperbuat dari bahan-bahan yang selamat.

Harga Touch Minerals Loose Powder and Foundation

RM39.90

Postage fee:
- Semenanjung Malaysia (RM10)
- Sabah & Sarawak (RM15)
- Brunei, Singapore, Indonesia (RM50)

Untuk keterangan lanjut sila layari 

Facebook: Touch Minerals
Instagram: Touchmineralsmy

Thanks for reading my entry
xoxo