25 June, 2013

10 Perkara perlu ada dalam Handbag

Assalamualaikum


Hari ni tak tahu kenapa terlebih rajin nak post tentang segala isi barang yang kita kaum hawa ni patut ada dalam handbag.Kat sini aku listkan satu persatu apa barang yang biasa aku carry setiap kali keluar rumah especially pergi shopping.Biasalah kita orang perempuan banyak benda yang diperlukan so boleh tahan berat handbag nak isi segala bagai benda kan.Aku ni dah la jenis yang tak suka bawa barang banyak tapi lately baru aku perasan betapa susahnya setiap kali keluar apa yang diperlukan takde dalam handbag.



1.Purse/Dompet
Yang ni mestilah satu kewajipan kan.Kalau tak bawa pendek kata macam mana nak mulakan perjalanan.Sebelum berangkat awal awal dah kena pulang.Nak nak kalau tertinggal ondaway ke kuliah.Kalau kat bustop boleh tercungap cungap kau balik bilik semata mata nak ambil purse.

2.Telekung Travel
Disebabkan aku tak sanggup bergilir telekung orang lain setiap kali solat kat surau shopping atau fakulti kerana baunya yang semerbak mewangi maka aku beli telekung ni.Ia sangat ringan kerana dikhaskan untuk travel dan harganya pun murah.Aku beli secara online kat sini

3.Novel Islami
Aku tak baca novel selain daripada Novel Tarbiah Rohani.Bukan nak bagak baik tapi novel sebegini mampu mendidik jiwa aku yang sentiasa dahagakan pengertian cinta menurut istilah yg betul supaya aku dapat luruskan hati dan betulkan niat ini dalam usaha membina baitul muslim yang mampu mencipta syurga dunia sebelum meraih syurga akhirat.Ecewah ayat sastera sangat.Anyway sebenarnya motif aku nak cakap sekurang kurangnya kita dapat mengisi masa time dalam kereta kalau traffic jam ke or whatsoever so takdelah boring kan

4.Tablet/Ipad/Galaxy Tab
Disebabkan aku tak mampu untuk memiliki Ipad cuma sekadar ada Tablet PC je so aku biasa guna untuk main game waktu tunggu bas walaupun aku ni jenis yang tak suka game tapi kalau dah boring tahap gaban aku selongkar je semua game dan apa yang ada dalam tablet tu menghilangkan kebosanan.

5.Armani Lotion
Semestinya setiap orang tak suka pada bau busuk dan kurang menyenangkan jadi kita patut ada lotion atau perfume dalam handbag agar tiada siapa yang kurang berasa senang dengan kehadiran kita bahkan dapat menerbitkan aura yang fresh tanpa memukau hati sesiapa dengan perfume yg berlebihan.haha.

6.Dry Tissue
Wajib ada bagi aku dan boleh dikatakan hampir semua wanita ada dalam handbag masing masing.Kalau takde memang pelik sangat.Ni bukan aku yang cakap tapi orang lelaki yang kata.Bijak sungguh wahai kaum Adam dah tahu sikap kaum perempuan ni.hik3.

7.Wet Tissue
Pada aku wet tissue pun penting juga.Biasanya wet tissue ni terbahagi pada dua iaitu with fragrant or without fragrant.Aku ada kedua duanya sebab yang with fragrant aku guna time muka berpeluh so bila nak menyegarkan muka aku lap menggunakan wet tissue with fragrant.Untuk wet tissue without fragrant biasanya digunakan bagi siapa yang ada baby dan boleh juga digunakan bagi menggantikan tuala basah terutama bagi sesiapa yang suka makan nasi lemak pakai tangan.haha.itu contoh yang aku terlintas laa/

8.Chocolates
Siapa kat sini penggemar tegar chocolates kita satu geng!!Biasanya chocolate kegemaran aku ialah kit kat atau Crispy tapi kalau kau bagi aku chocolates apa apa pun aku tetap akan habiskannya.hee.At least kena ada makanan yang boleh isi perut dalam handbag in case terlewat ke majlis,kelas,atau kerja so bolehlah alas perut dengan chocolates atau roti dulu.

9.Dokumen dan Buku Nota
No 9 ni agak motif sikit sebab dalam ni aku isi buku nota dan biasanya aku letak sekali kad klinik atau hospital atau buku bank dan juga apa apa dokumen yang patut.

10.Makeup bag
Haruslah ada makeup bag kalau nak kemana mana.Pernah banyak kali juga aku tertinggal dan sengaja tak bawa sebab berat akibatnya rasa muka ni takde aura.Jangan salah faham makeup bukan bererti untuk menarik perhatian tapi bagi aku hanya makeup tipis sekadar untuk tampak segar dan bermaya.Muka kalau tak bermaya mestilah tak nampak ceria kan.

That's all from me till then

xoxo

22 June, 2013

Tips Pemilihan Masker muka

Assalamualaikum

Hari ni aku just nak sharing dengan uolls mengenai masker muka yang biasa aku pakai.Pada aku yang best bila pakai mask ni sebab dia beri effect refreshing dan lembap pada muka.Biasanya aku beli masker dari farmasi Guardian atau Watsons.Sekarang pun dah berlambak mask yang jual online so kalau tak beli tu saja je kan.haha.Saja kasi korang tergoda untuk pakai mask bila buat entry ni.Pada aku penting sangat untuk pakai mask especially bila dah cecah 20 an ni sebab kulit muka kita perlukan penjagaan yang rapi.Tak macam remaja dulu pakai safi pun dah cukup kulit tak kan buat masalah.


Antara Mask fevret aku radiant and moisturising.Boleh dapat kat Watson Rm5.90 je satu.

Biasanya student waktu exam mulahlah tumbuh jerawat stress dan aku pun tak terkecuali.Biasanya lepas je habis exam aku akan belai kulit wajah aku dengan masker dan nose sucker untuk buang segala white head bagai.Seelok eloknya 2 3 kali seminggu kita kena pakai kalau nak kesan yang maksima tapi orang yang pemalas macam aku ni kadang kadang buat sebulan sekali je.haha



Selain tu aku ada juga guna produk Etude House .Harga mask yang macam gambar kat bawah tu RM6.90 satu sheet.Aku suka mask dari etude house ni sebab product dia dari Korea.Aku ada pakai jugak mask dari Daiso.Harga RM5 per packet dan dalam packet tu ada 2 atau 3 sheet.Murah gila kan so hari ni mohon semua keluar pergi cari masker ni kat shopping beli stock sampai sebulan pakai setiap hari lama lama kalah Song Hye Kyo lantaran kulit kau jauh lebih cantik daripadanya.haha


Sebenarnya korang boleh dapat pelbagai jenis mask antaranya yang aku pernah guna macam collagen face mask,hyaluronic acid mask dan pure moisture mask.Masing masing ada manfaat yang tersendiri.Sebagai contoh kalau kulit korang jenis kulit yang kering aku syorkan guna hyaluronic acid sebab ia bertindak untuk menghydrasi dan melembapkan kulit.


Kalau rasa kat muka tu dah mula muncul kedutan kedutan terutama pada area mata maka gunalah collagen face mask sebab collagen merupakan sejenis protein yang terbina dari rangkaian asid amino tertentu seperti glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Ia terbina dari Hidrogen, Karbon dan Oksigen. Kira-kira 30% protein dalam badan manusia adalah kolagen.Untuk pengetahuan semua aku pernah terbaca di pamplet bahawa semakin usia kita meningkat maka collagen dalam badan kita semakin berkurangan disebabkan kekurangan collagen atau dalam erti kata lain kekurangan collagen akan meningkatkan kedutan wajah dan menampakkan kulit kita semakin tua.


Untuk pengetahuan korang juga aku ada belajar dalam badan manusia ni ada essential amino acid dan non essential amino acid.Essential amino acid adalah amino acid yang tidak terdapat dalam badan manusia dan perlu ambil a source of nutrients from outside for example methionine.Kita just boleh dapat melalui pengambilan pemakanan dan produk yang betul.Kalau non essential tu badan kita dah produce sendiri amino acid tu macam Tyrosine.Mesti korang pelik kenapa aku boleh ingat nama nama amino acid tu sebab kitaorang kena hafal kot 20 nama amino acid tu pasal keluar exam Biochem.haha

Aku nak share lagi mask yang paling aku suka ialah dari Guardian macam kat bawah ni.Dia ada function 2 dalam 1.First sekali kita pakai dulu serum dia untuk treatment.Ratakan pada sekeliling kulit kemudian baru pakai mask.Bila pakai rasa macam tak pakai mask pun ada sebab nipis sangat and of course menyerap pantas pada kulit so aku suggest sangat korang pakai mask ni.Lagipun ingredients ada campuran 12 Korean Herbal tau.Waktu aku beli ada promotion beli dua RM13.90 je.



Masker lain seperti pearl extract sesuai untuk memutihkan kulit.Jangan risau kalau nak beli tanya je pekedai mask jenis apa yang sesuai untuk kulit korang and I am sure you know yourself better right.

Ok tu je yang aku nak share untuk hari ni..

till then







So many self captured photos dah macam obses dengan diri sendiri pulak.haha
till then
bye