13 January, 2019

Glam Face Primer by Moss Mayra

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Hi semua. Selamat berhujung minggu. Kepada sesiapa tak tahu nak buat apa weekend ni apa kata singgah kejap blog ni. Aku cuba untuk sajikan korang sedikit sebanyak apa-apa info yang aku tahu. Ya, aku sedar zaman sekarang orang lebih suka search info di youtube berbanding membaca blog tapi membaca itu tetap amalan yang mulia, hehe. Sekarang ni ramai sangat orang share tutorial makeup kan lagi lagi di instagram. Setiap hari ada je newsfeed makeup keluar dekat ig. Aku of course lah akan tengok. You guys know how much I love makeup. Kalau korang perasan kebanyakan MUA share teknik makeup tapi jarang sangat orang share tentang tips penjagaan muka sedangkan untuk menghasilkan makeup yang cantik dan meletop bermula dengan cara kita apply skincare dengan cara yang betul before makeup. Kalau korang follow Syedewa di youtube dia ada cakap ramai kata pakai serum dah cukup untuk buat makeup lawa but it's a big no no. Katanya prep kulit dengan cara yang betul sangatlah penting dan itulah yang membuatkan makeup tahan lama dan glowing sepanjang hari. 


Dulu masa noob aku tak buat ni semua terus tepek foundation patutlah makeup tak cantik, haha. Aku nak tekankan sangat penting untuk korang pakai moisturizer before makeup untuk elak kulit dari cepat rosak. Bawah ni aku listkan antara step-step wajib buat sebelum apply makeup.

1) Buat skincare routine terlebih dahulu. (Mula dari cuci muka, apply toner, pakai moisturizer, serum dan sunblock. Sebolehnya jangan skip sunblock kerana apalah makna pakai skincare kalau tak dapat lindungi kulit kita daripada pancaran sinar UV kan).
2) Prep kulit dengan makeup base. Biasanya makeup base adalah face primer.

Terdapat banyak jenis makeup base di pasaran yang biasa kita panggil sebagai primer. Sebelum tu kita kena tahu dulu apa kepentingan primer ni yang orang duk pakai. Kiranya ini asas makeup lah sebelum pakai foundation. Rasanya di zaman sekarang semua orang dah tahu fungsi primer. Buat newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan makeup, primer ni penting untuk pastikan makeup tahan lama, buat kulit nampak flawless gitu. Primer ni juga berfungsi untuk menutup liang-liang pori di kulit muka kita. Aku guna Glam Face Primer dari @mossmayracosmetic sebagai makeup base. Aku tak guna yang specific untuk eye, cukup jadikan concealer as eye primer tapi for face primer I highly suggest to use this primer sebab dia tak oily dan bila pakai rasa macam tak pakai apa-apa.

Glam face Primer by Moss Mayra 
RM59.90 SM
RM64.90 SS 


Description: 
A moisturizing makeup base enriched with honey & plant extra 4s that leaves the skin bright, light texture and makes foundation fit closer to even skin tone. Enriched with moisturizing ingredients, keep skin moisture throughout the day and improves skin texture. Prevent dark spots and open pores with SPF 30 PA++


Primer dia didatangkan dalam botol pump macam ni dan berwarna pink yang berfungsi tiga dalam satu iaitu sebagai pelembap, primer dan sunblock sebab dia claim ada spf 30 tapi untuk lebih melindungi kulit aku suggest korang pakai juga sunblock sebelum apply makeup base okey. hehe


Tekstur dia tak cair atau pekat. Senang nak blend into the skin. Make sure ratakan dengan betul sebab warna dia sangat light macam foundation.


Glam Face Primer juga mempunyai tekstur yang ringan, bila blend dia akan bagi natural look finishing. Paling penting dia tak melekit senang menyerap ke dalam kulit. Untuk pengetahuan, Moss Mayra keluarkan dua jenis primer iaitu warna nude dan pink. Kalau macam pink primer yang aku review ni fungsi dia more to brighten, bagi effect luminious pada skin manakala code nude dia lebih berperanan macam concealer untuk tutup cela dan lebam bawah mata macam dekat bawah ni. 

Image result for moss myra glam face primer

Oh ya sebelum aku lupa Glam Face Primer diperbuat daripada active ingredients seperti Aloe Vera dan Trigona Honey. Trigona Honey atau dikenali sebagai kelulut honey popular di negara kita ni. Salah satu kebaikan dia adalah kerana mempunyai anti-bacterial. anti-oxdidant and anti-aging properties.


Setelah hampir 3 jam menggunakan Glam Face Primer ternyata makeup masih lagi stay tak bercapuk or berminyak. Nampak glowing weh serius tak tipu aku dah memang guna primer ni dan test sendiri pada kulit.


Untuk maklumat lanjut sila visit page Moss Mayra

Facebook: mossmyra
Instagram: @mossmayracosmetic

Thanks for reading my entry
xoxo