19 August, 2017

Secret Skin White Kawaii Collagen Review (Latest Version)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi, tengok tajuk dan gambar pun dah tahu kan aku nak cerita tentang supplement Secret Skin White Kawaii Collagen. Uolls tau tak 3 tahun lepas aku dah pernah review produk ni. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Bila baca balik review tu rasa macam kelakar pun ada sebab masa tu tak biasa lagi buat review. Baru nak bermula lah katakan tapi bila aku tengok viewers macam tak percaya boleh tahan ramai jugak yang baca 10,000++. Mesti ramai wanita kat luar sana yang curious dan berusaha untuk cari produk supplement yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan betul tak? Takpe, untuk entry kali ini which is updated version aku akan share as much information yang aku tahu tentang SSWKC dan bercerita dari pengalaman aku sendiri as consumer of this product. Awas, post kali ni super duper panjang! Bersiap sedia untuk membacanya tau, janganlah baca sambil lompat-lompat :p



DISCLAIMER

Seiring teknologi yang berkembang pesat maklumat tersebar sepantas kilat, semua boleh tahu dengan hujung jari je. Baru-baru ni hangat diperkatakan tentang isu ada supplement yang excessively claim kebaikannya dari sudut kesihatan. Group of doctors siap mention brand apa lagi uolls. The debates and arguments went so controversial. Seronok aku duk baca statement dan komen-komen golongan pro mahupun anti supplement ni sambil angguk-angguk geleng-geleng. In that case, I'm natural, aku tak bias pada mana-mana pihak. Setiap orang ada pendapat berbeza, jadi marilah kita meraikan pendapat masing-masing tanpa cuba menjatuhkan mana-mana pihak. Okey, peace no war!

KENAPA PILIH SUPPLEMENT?

Untuk siapa yang kenal dan ikuti perkembangan tahulah aku suka makan supplement. Selalu jugaklah aku share supplement-supplement yang pernah aku consume. Aku tak main beli sebarangan produk. Of courselah kena buat research dulu kan. Ada dua sebab utama kenapa seseorang mencari makanan tambahan untuk memenuhi keperluan asas untuk hidup termasuklah aku. Pertama untuk kecantikan, kedua untuk kesihatan. Aku taklah rajin mana, tapi bila dah rasa diri ni makin berusia, kesedaran itu timbul. Ada yang tanya aku consume sepanjang masa ke? Let me be honest here, aku tak consume all the time! Kalau rasa ada duit lebih sikit aku beli. Kalau rasa macam pokai aku stop. Aku bukan datin okey yang kaya raya boleh beli semua benda dia nak, haha, ayat tak puas hati sokmo.

Aku pilih untuk consume supplement sebabnya aku ni manusia yang jenis mudah letih, cepat penat kalau buat sesuatu kerja. Kadang bukan sebab penat fizikal je tapi lebih utama penat mental. Bila dah penat mulalah rasa nak demam. Dalam setahun tak terkira berapa kali demam sebab boleh dikatakan every months mesti akan demam. Orang kata kalau jaga pemakanan dengan baik inshAllah susah nak sakit demam semua tu. Namun apakan daya, tak semua orang mempunyai sistem imunisasi yang kuat. Tak semua orang ada daya tahan badan yang tinggi walaupun dah cuba untuk jaga pemakanan.

Sekarang semua benda nak cepat kan. Kalau lambat ketinggalan lah jawabnya, ngehe sebab tu munculnya banyak instant. Bukan setakat instant shawl je, instant food pun ada. Yes, orang kata makan jelah buah sebab buah adalah semulajadi dan kaya dengan antioxidant. Tapi rajin ke kau nak makan buah hari-hari? Sehari sekurangnya sebiji, rasanya tak semua orang ada masa termasuklah aku, hihi Jadi, cara terbaik adalah consume supplement. Mungkin orang kata cara sebegini adalah shortcut tapi kalau ia memberi kebaikan yang sama why not kan?

APA YANG ANDA PERLU TAHU


Tak nak lah beli suplement mahal-mahal tapi tak menjadi. Itu membazir namanya. Kalau boleh kita nak ia bagi kesan yang positif. Aku nak pesan ni, nak cantik dan kekalkan nikmat sihat ni bukan sekadar makan supplement je tau. Kenalah jugak exercise, jaga pemakanan semua tu. Macam aku allahuakbar tak payah cakap lah betapa pemalasnya nak exercise, tapi alhamdulillah adalah jugak improvement lately buat yoga. Sekali buat, pastu stop pastu buat balik. Tak berapa nak istiqamah, hihi tapi usaha itu adalah jugak kan.

Nak cantik tak semestinya perlu keluarkan duit ribu-riban. Contoh nak muka lawa, paling senang bacalah doa masa tengok cermin dalam hati niat "Ya Allah engkau cantikkan lah wajahku ini sebagaimana engkau memperindahkan akhlakku." InshAllah muka tak berapa nak lawa sejuk je hati orang tengok.Nak muka berseri perbanyakkanlah amalan solat sunat tahajud itu semua adalah sumber terbaik wahai kawan-kawan tapi yang sedih nya tak ramai yang buat kan. Last sekali, bergantunglah pada Allah, kita ikhtiar cari supplement terbaik tapi yang memberi keberkesanan bukan supplement tapi Allah! Maaflah agak lari topik tapi aku kena jugak sentuh perkara ini sebagai peringatan termasuklah orang yang sedang menaip ni.

KELEBIHAN SSWKC

Dalam entry terdahulu aku ada cerita bahawa SSWKC diperkaya dengan superfruits. Dalam satu jar ni banyak sangat ingredients dari extract buah-buahan. Kenapa superfruits? Sebab buah kaya dengan antioxidant yang penting untuk melawan radikal bebas. Kalau nak tahu hubungkait antioxidant dan radikal bebas boleh tekan sini sebab aku dah explain detail. Aku tak akan repeat benda yang sama sebab banyak lagi benda yang aku nak explain pada post ni. Ni pun dah panjang berjela-jela. Maaflah, aku tak pandai nak singkat perkataan. Masalah aku dari dulu, kini dan selamanya.hiks

SIAPA YANG SESUAI MAKAN SSWKC?

Mesti ada yang tertanya 'Sis, saya umur 18 sesuai tak saya ambil dalam usia yang muda ni? Ada pula yang mungkin akan tanya untuk pregnant lady boleh minum tak? Atau kalau tengah menyusukan baby boleh tak? Baiklah kat bawah ni dah disenaraikan siapa yang sesuai consume SSWKC ni. Sebenarnya semua peringkat boleh. Perempuan yang tengah period pun boleh tapi kalau pregnant, sebolehnya elak ambil time first trimester. Yelah time tu kan kandungan masih fragile lagi, takut ada alahan. Selain dari tu, semua boleh. Aku suggest terutamanya yang nak kawen kan, jom pakat consume SSWKC ni meh instead of guna kaedah vitamin C injection yang berbahaya tu, KKM pun tak luluskan cara suntikan Vitamin C injection tau jadi uolls jangan nak memandai suntik sana sini semata-mata nak putih aku gigit karang, hihi.

✔Lelaki dan Wanita
✔Anak dara yang belum berkahwin,
✔Wanita yang sudah berkahwin,
✔Wanita yang sedang menyusukan anak,
✔Wanita hamil 4 bulan keatas
✔Wanita yang masih dalam pantang bersalin
✔Wanita yang sudah menopause.
✔Golongan berusia 12 tahun hingga 80 tahun.

KELEBIHAN SSWKC

Sebenarnya banyak kelebihan consume SSWKC ni. Aku cuma highlight 10 yang paling utama sahaja sebab banyak sangat nak list satu-satu.
✔Jerawat semakin mengecut
✔Parut jerawat makin pudar
✔Tiada lagi masalah kulit berminyak
✔Tona kulit lebih cerah & berseri
✔Sangat berkesan menutup Pori-pori terbuka
✔Memberi kecergasan badan
✔Bagus untuk dalaman wanita
✔Kulit kelihatan lebih muda dan anjal
✔Mengembalikan kelembapan kulit 
✔Kulit semakin putih dan glowing

BAHAN-BAHAN UTAMA DAN KEBAIKAN


Wild Blueberry Stem Cell, Blueberry Stem Cell, Raspberry Stem Cell, Green Apple Stem Cell, Apple Stem Cell, Snow Lotus Stem Cell, Green Tea Stem Cell, Tomato Stem Cell, Swiss Red Grape Stem Cell, Grape Stem Cell, Argan Fruit Stem Cell, Rosella Stem Cell, Cranberry Stem Cell, Blackberry Stem Cell:

Plant stem cell extract promotes regeneration of skin and hair and delays the appearance of skin aging signs. Reference Journal: Stimulation of Stem Cells for Real Rejuvenation

Trehalose: 
Digunakan dalam cosmetic/supplement sebagai bahan perisa.

Pure L-glutathione: 
Kebaikan antioxidant of glutathione adalah luarbiasa tau. Ia digelar sebagai 'Master Antioxidant'.
Glutathione membantu membersihkan badan dari toksik, radikal bebas, heavy metals.

Phyto Hyaluronic Acid:
Hyaluronic acid dikatakan memiliki kapasiti yang besar untuk mempertahankan kelembaban, Hal inilah membuatkan hyaluronic acid dianggap sebagai bahan yang penting untuk anti-aging kerana keremajaan kulit sangat berkaitan dengan kadar kelembaban kulit. 

Pitera Extract:
Berupaya memutihkan dan menghaluskan kulit.

Biotin:
Manfaat Vitamin B7 atau biotin berfungsi untuk meningkatkan metobolisme badan. Vitamin B7  juga membantu fungsi organ vital serta membantu menjaga kadar gula darah.

Acaiberry:
Sebagai bahan antioxidant. Content antioxidant dalam acaiberry ni lagi tinggi dari cranberry, strawberries and blueberries. Banyak sangat manfaatnya. Tak larat eden nak list satu-satu uolls boleh google ye.

Pamogranate:
Pamogranate has anti-oxidant, anti-viral and anti-tumor properties and are said to be a good source of vitamins, especially vitamin A, vitamin C, and vitamin E, as well as folic acid. This amazing fruit consists of three times as many antioxidants as both wine or green tea.

Co-Enzyme Q10:
It is a substance similar to a vitamin. It is found in every cell of the body and our cells use it to produce energy your body needs for cell growth and maintenance. It also functions as an antioxidant, which protects the body from damage caused by harmful molecules.

Astaxanthin:
Astaxanthin has incredible UV-blocking properties, which helps to assist the skin in protecting itself against sun-related damage. Astaxanthin can neutralize multiple free radicals at once, protecting your skin and body from oxidation, damage, and inflammation.

Hydrolyzed Peptide Tilapia Collagen:
Since fish collagen is a type I collagen and type I collagen is what our skin consists of, it’s not surprising that it can benefit the skin. 

Possible skin benefits of consuming this collagen include improved smoothness, better moisture retention, increased suppleness and prevention of deep wrinkle formation.

P/S: Banyak lagi bahan-bahan lain dalam SSWKC uolls boleh google tau sebab terlalu banyak untuk dinyatakan satu persatu.



Sebenarnya SSWKC ni ada banyak set tau. Dulu ada satu je sekarang dah makin bertambah. Contoh ada Set Jihan Muse, Set Dr Halina, Set Stacy dan terbaru Set Dr Shahril dan Dr Azura. Contoh diatas adalah set Jihan Muse yang didatangkan dengan dua jar dalam satu set ini untuk hasil yang terbaik. KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih) dicipta utk menambah fungsi keberkesanan SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau), Justeru dua jar ini wajib diminum serentak kerana ia melengkapi antara satu sama lain


Kawaii Collagen White Maxx Extra ni dirumus khas untuk yang ada whitening properties. Perisa dia lebih kurang sama dengan SSWKC biasa yang jar hijau cuma rasa dia lebih kurang manis. If whithening is your main concern, this jar is for you. Mungkin ada yang pening tak tahu nak pilih set mana kan boleh consult terus hq/dealer mesti mereka lagi arif nak suggest yang mana sesuai dengan keperluan and skin condition uolls. Dalam satu jar ni ada 35 sachets.


Mula-mula tu aku curiga jugak sebelum ni SSWKC set hijau punya packaging ni berbeza. Aku ingat diorang dah tukar gambar buah-buahan yang comel tu. Rupanya tak, yang ni adalah upgraded version sebab tu dia ada tulis perkataan Premium pada label. SSWKC Premium ni ada pertambahan dari segi ingredients which is L-Cystein, Eruca Sativa, Pearl Tomato dan Dandelion.


Apakah fungsi bahan-bahan tersebut? Adakah uolls jenis suka tahu detail sesuatu produk terutamanya ingredients yang terkandung? Kalau tak suka pun kena ambil tahu jugak sebab mana tahu tanpa sedar ada produk yang letak chemicals yang berbahaya tapi kita tak tahu pun kewujudan chemicals tu. Aku nasihatkan kalau boleh baca lah journal untuk tahu manfaat/keburukan sesuatu chemicals/ingredients yang kita kurang pasti fungsinya because journal has proven scientifically. Jangan main terima je apa-apa info yang kita dapat. Kalau tak faham mungkin boleh rujuk orang yang lebih pakar.

Statement orang boleh reka sesuka hati, the information can be deceptive/misleading tapi journal based on research/experiment and they have undergone many clinical trials before it were publish.  Hatta blog aku ni pun jangan main percaya membabi buta je apa aku tulis, hihi.  Jangan malas ambil effort untuk filter sebarang informasi yang kita dengar/ditulis dengan menggunakan sumber dan saluran yang betul. Please don't say I am not Science people so it's not my job to know the how the bloody hell structures/chemicals/functions/how molecule works and interacts abcdsjhdjdtaikkucen aku lempang kau karang.haha, memanglah tak payah tau semua tu, at least tahu basic sudahlah.

Tengok, kan dah panjang aku membebel. Aduh, anyway don't worry guys InshAllah aku akan bagi info yang tulus. Guys, bear in mind segala info yang aku dapat adalah aku buat research sikit-sikit bukannya solely copy and paste anything I  found.

Berikut kelebihan ingredients tersebut:

L-cystein:
L-cystein bertindak mempertahankan kulit dan melawan kerosakan kulit akibat sinaran UV matahari, L-cystein juga membantu memperbaharui sel-sel kulit seterusnya memperlambatkan penuaan. Selain itu, ia juga bertindak untuk membantu penyerapan nutrien. Kadang-kadang usus kita tak serap kesemua nutrien yang dimakan sebab adanya banyak toksik dalam badan dan akan dibuang bersama air besar which is a big lost, oleh itu L-Cystein sedikit sebanyak membantu untuk detox. Membantu mempertingkatkan sistem imun, 

Eruca Sativa:
Eruca sativa ialah ejen melawan kanser (Cancer Fighting Powerfood). ia juga tinggi antioxidant dan juga diperkaya dengan vitamin A,K,C, folate, dan beberapa bahan mineral lain yang bagus untuk kesihatan.

Pearl Tomato:
Pearl Tomato berfungsi untuk mengawal pigmentasi dan menghalang pembentukan melanin in order to brighten, lighten and whiten the complexion. 

Dandelion:
Dandelion mencegah penuaan dengan mengurangi munculnya garis-garis halus, jeragat, dan kedutan di sekitar mata dan bibir. Selain sangat kaya dengan vitamin A, C, calcium dan iron, dandelion berupaya menegangkan kulit kendur dan merawat kulit yang tidak seimbang seperti kulit sensitif, kekeringan, kulit yang hilang daya elastik dan jerawat.

Ceramide:
Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa ceramide adalah ejen yang mempertahankan sel-sel kulit bersama-sama untuk membentuk lapisan pelindung yang menganjalkan kulit dan mempertahankan kelembaban kulit daripada hilang akibat aktiviti seharian yg terdedah dengan bahan kimia. Ia juga boleh menghilangkan ketidakselesaan keadaan kulit yang kronik seperti psoriasis, eczema dan kulit kronik yang lain.






CARA PEMAKANAN YANG BETUL



a) Minggu pertama – Kena ambil 2 sachet sehari untuk hasil yang optimum. Ambil satu sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau) bancuh dengan 200 ml air sejuk dan diminum sebelum sarapan . Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sarapan yer:). Waktu malam pula sebelum tidur, bancuh 1 sachet lagi KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih) dengan 200 ml air sejuk dan diminum. 
b) Minggu kedua dan seterusnya – Ambil 1 sachet sehari. Selang selikan. Contoh, hari ini ambil 1 sachet KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih), esok ambil  1 sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau).
c) Penting untuk minum air sekurang-kurangnya 2 Liters setiap hari dan elak diambil bersama kafien. Macam aku ni hantu Nescafee terpaksalah berpantang. 


SKSWC diformulasi menggunakan teknologi Bioteknologi dari France dan Japan. Tengok ingredients kat bahagian belakang label ni banyak kan extract dari buah-buahan.


PERISA DAN TESTIMONI SENDIRI SSWKC




Aku suka bancuh dengan shaker. Lagi best minum time sejuk-sejuk rasa Raspberry and Strawberry sedap sangat. Tak manis pun, rasa masam-masam. Ada yang suka kemam serbuk je kan, mana-mana pun sama je ikut citarasa masing-masing.



Sebagai pengguna SSWKC, aku boleh lihat keberkesanan produk ni setelah cuba dan rasai sendiri. Kulit rasa lebih glowing dan berseri. Baru beberapa hari cuba dah rasa perbezaannya. Pagi-pagi bangun kulit rasa lembap je, jerawat yang naik sebiji dua pun makin mengecut.


Mesti ada yang akan cakap, alah, takpelah pakai gambar edit semua nampak elok je. Baiklah, jom kita buat experiment sikit. Gambar diatas memang aku edit pakai makeup pun tebal kan apa kata tengok pula gambar dibawah which is langsung tanpa diedit.


Gambar tanpa edit. Makeup time ni pun tipis sangat.
Both gambar diambil setelah beberapa hari menggunakan SSWKC.
My skin feel so healthy and radiant.

SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN adalah produk yang selamat untuk digunakan kerana kandungannya 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Bahkan pengambilan secara berterusan sangat digalakkan kerana kesan manfaatnya untuk kesihatan dalam jangka panjang.




  • HALAL
  • LULUS KKM
  • 100% kilang muslim halalan toyyiban

Sekarang makin banyak produk tiruan. Untuk langkah berjaga-jaga sila pastikan anda beli SSWKC yang ori tau. Berikut adalah cara-cara untuk mengenalpasti yang original.



Untuk sebarang info dan maklumat lanjut sila layari


Thanks for reading my entry

toodles !

2 comments:

Sanu said...

I need secret skin white kawaii collagen...plz help me to get it.

Sanu said...

I need secret skin white kawaii collagen...plz help me to get it.