13 August, 2017

Lipstick trend masa kini: Review Kamelia Cosmetics

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Dah setel review lipstick pada entry lepas, entry kali ni pun nak review lipstick lagi. hihi, uolls kena tarik nafas dalam-dalam untuk baca setiap post aku ni sebab aku tak nak ada orang rasa mengantuk. Inhale, exhale and then repeat sampai 5 kali. Baiklah, kalau boleh aku tak nak lah setiap post cerita semua benda yang lebih kurang sama je kan. InshaAllah, aku akan cari kelainan dan bersikap adil untuk setiap produk yang aku review. It's all about my honest opinion. Walaupun aku review benda yang sama tapi ia adalah dari brand yang berlainan. Aku percaya setiap produk ada kebaikannya yang tersendiri. Jom, tanpa melengahkan masa kita ke topik perbincangan iaitu lipstick!


Macam yang aku pernah cakap, setiap orang ada cara tersendiri nak pilih lipstick jenis yang macam mana. Sekarang pun dah banyak sangat brand kan kadang pening dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana hihi. Long story short, matte lipstick adalah pilihan utama wanita masa kini termasuklah aku. Lipstick dari Kamelia Cosmetics menawarkan pelbagai pilihan wara liquid lipstick tau. Rambang mata tengok warna dia sebab semua cantik-cantik.

KAMELIA MERMAID MATTE LIP CREME


Benda paling utama, semestinyalah packaging. Pada aku packaging mempunyai the main power to attract the buyers and the theme itself must be unique supaya orang boleh ingat sesuatu produk tu. Bentuk seashell pada packaging ni is so lovely. Siap ada note comel lagi, hihi sejuk hati customer bila baca. Yang tengah moody mesti tiba-tiba boleh jadi bersemangat bila receive parcel dari Kamelia Cosmetics nih. Untuk pengetahuan, Kamelia menawarkan 14 pilihan warna Mermaid Matte Lip Creme termasuk 5 warna baru yang baru diperkenalkan. Kiranya sebelum ni mereka ada 9 tapi sekarang dah ada 5 pilihan jadi total ada 14 warna yang available. Lipstick ini diperbuat daripada bahan yang yang bagus sebagai contoh Argan oil, Vitamin E dan Shea Butter. Okey, Memandangkan Kamelia baru launched their new colors, so here I will be reviewing their new shades. Cop, sebelum tu buat yang nak tahu Kamelia bukan sahaja menawarkan liquid lipstick malah ada juga DD Cushion dan terbaru Kamelia has launched their Miracle Satin Lipstick. Kalau nak tahu produk lain dari Kamelia boleh visit page mereka nanti ya.


Note seashell yang comel with their contact number and page.


Taraa, inilah warna terbaru Kamelia Mermaid Matte Lip Creme. Aku nak cerita tekstur dulu. Tengok botolnya terus mengingatkan aku pada packaging colourpop sebab aku juga merupakan pengguna colorpop tapi Kamelia mempunyai bau sweet vanilla which is so nice. Memandangkan ia adalah lip cream, bila apply tak terus mengering, lebih kurang sama macam NYX. Walaupun tak highly matte but they are long lasting jadi lebih mudah untuk tanggal. Dah namanya pun soft lip matte kan. Kalau kebanyakan liquid lipstick matte pakai tissue jangan haraplah nak tanggal semudah kacang kan tapi jangan risau in case dah kehabisan makeup remover lipstick ni senang je tanggal pakai tisu, hehe tapi janganlah selalu diamalkan sebab tak elok untuk bibir korang. Time emergency bolehlah. hihi. 
cakap macam pernah buat je kan.


Code Azalea

Perasan tak sekarang ni trend lipstick warna nude brownish camni. Aku perasan Neelofa suka pakai warna ni dan semakin ramai wanita berpusu-pusu nak cuba gaya Neelofa. Yelah, dia kan Successful Business Celebrity yang menjadi icon fashion masa kini. Semua benda dia buat dari cara berpakaian hatta cara makeup pun jadi perhatian. Aku suka makeup dia jelah kadang tu acah-acah buat gaya Neelofa tapi rasanya ramai orang cakap aku lebih mirip Kim Kardashian.lolz sila jangan kecam sis ya :p


Code Isabelle

Aku rasa warna ni more to light pink. I don't think this color suit my skin tone. Tak tahulah maybe sebab kulit aku hitam manis kot rasa macam pale semacam. Aku percaya orang kulit putih mulus pakai code ni mesti lawa. 


To be honest, aku suka Azalea more. Isabelle pun cantik tapi Azalea lagi menambat hati aku.

   
PRO
  • Harga yang berpatutan
  • Mempunyai banyak pilihan warna yang menarik
  • Tahan lama
  • Mudah ditanggal
  • Cruelty free
  • Packaging menarik
  • Highly pigmented
CONS
  • Agak melekit pada bibir (Tips: Tekapkan bibir pada tisu kemudian baru rasa lightweight macam tak pakai apa-apa, warna tetap retain)
  • Agak susah nak sekatakan warna pada bibir. Maksudnya kena pandai pakai betul-betul supaya tak melebihi line bibir (I hope you get what I mean hihi)



Mak aku marah kot pakai code warna yang acah-acah Neelofa ni. Katanya membuatkan muka aku yang sedia maklum hitam manis ni bertambah hitam. Aku senyap je mak aku cakap macam tu padahal dalam hati rabak haha tapi aku wat lek wat peace je. Dia kata nak ikut trend semasa kena tengok juga dengan kesesuaian pemakai.  Aku tengok lawa je bila aku pakai warna ni. 
Uolls rasa? kehkeh anyway 
'"Beauty Lies in the Eyes of Beholder"
betul tak?


Sekali tengok lawa pulak warna ISABELLE yang aku pakai ni,haha

For more info please visit

Facebook: kameliacosmeticsmy
Instagram: @kameliacosmtics
Whatsapp: 019-2996848

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: