07 May, 2017

Palladio Botanical & Vitamin Infused Cosmetics Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni excited sangat nak share koleksi makeup dari brand Palladio. Pernah tak dengar brand ni? Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah dengar, haha. Harap je suka barang mekap tapi banyak jugak brand popular yang masih lagi tak kenal, hiks! Jadi aku studylah sikit tentang Palladio. Rupanya Palladio ni dah lebih 25 tahun berada di pasaran yang merupakan jenama makeup Antarabangsa founded in Florida, US. Pada September 2016, Palladio boleh didapati at selected store di Guardian. Kesemua ada 37 counters Palladio di seluruh Malaysia dan counter Palladio akan terus dibuka dari masa ke semasa. Jadi senang lah nak purchase lepas ni kan.


Intipati penulisan pada kali ni aku nak bercerita product terbaru dari Palladio which is Palladio Velvet Matte Metallic Cream Lip Colour, Palladio Matte Blush dan product popular iaitu Palladio Rice Paper. For your information, Palladio enriched with herbs and vitamins. Kebanyakan ingredients yang digunakan seperti Ginseng, Green Tea, Gingko Biloba, Vitamin E, Aloe Vera dan Chemomile. Palladio adalah high end beauty product yang telah dijual di lebih 40 buah negara. Hebat kan. Jadi jenama ni bukan calang calang uolls.


Palladio Velvelt Matte Metallic Cream Lip 

Price: RM35.90/pcs

Tak tahu macam mana nak describe betapa happynya memiliki lipstick ni. MashaAllah warna dia so trendy and fashioned for all skin type. Dari segi packaging memang bagus sebab dia tak besar. Kecil molek je nak sumbat dalam handbag pun senang. Tekstur dia agak pekat dan ada effect shinny macam lipgloss sikit tapi bila pakai dia nampak matte. Faham tak hehe. Lagi satu, lipstick ni memang tahan lama kalau nak tanggal kena rub dengan cotton pad makeup remover a lil harsh sikit sebab dia sangat melekat pada bibir. Tapi tak kisah la kan as long as dia tahan lama so dah tak payah susah susah tiap kali makan pening fikir nak kena touch up balik sebab lipstick semua dah hilang hehe! Ada lima shades yang available kesemuanya. Jom kita tengok one by one ya.


Cantik kan warna dia bila swatches. Tak tahu nak cakap warna apa yang paling aku suka sebab semuanya cantik. Serius tak tipu. Kalau rasa pening tak tahu nak pilih yang mana, beli je kesemuanya.hehe

Description : Drench your lips with this supple, creamy formula enhanced with green tea and vitamin E. Designed with long wear metallic pigments and a velvetly matte texture, the new VELVET MATTE will make you rock the ultimate lip trend.

LV 16 RITZY


Warna merah terang mak ngah atau aku suka panggil warna Paola Bracho. Eh siapa pulak dia? Kalau pernah tengok cerita La Usurpadora tahun 2000 @ ntv7 dulu pasti kenal dia ni heroin dalam cerita mexico tu. Ya Allah cantik gila okey. Dia selalu pakai warna ni and nampak sangat hot. Aku still tak boleh move on dengan cerita tu walaupun dah almost 20 years bila tengok semula. Sampai wallpaper letak gambar dia kau dah kenapa kan. Warna merah terang macam ni sesuai digayakan pada event waktu malam. Percayalah warna sebegini pasti akan menyerlah.



LV 17 OPPULENT

Aku pernah pakai warna ni waktu wedding party. Warna ni adalah warna maroon but in a darker shade. Nak pakai warna ni kena berani. Apapun kalau nak cuba kena tahu sesuaikan dengan occasion.



LV 13 LAVISH 

Warna ni adalah true maroon dan menjadi antara warna kegemaran aku.  I don't know why I just like it so much! Maybe sebab trend 2017 dah jadi macam color of the year pulak.


LV 14 BRILLIANT 

Code ini adalah warna brown. Bila pakai nampak exotic and more metallic than three red lipstick yang kat atas jadi ia nampak lebih berkilat pada bibir. Kepada sesiapa yang inginkan kelainan boleh cuba warna ni sebab warna dia nampak rare.



LV 15 GILDED

Code light brown. Bila pakai nampak sopan. Sesuai untuk mereka yang ingin tampil secara sederhana tapi tetap menawan gituu. Amboi pandai Mek Min bagi penerangan dah boleh jadi perunding kecantikan kalau camni kan.haha, gurau je. Eh, tak kuasa lah nak jadi perunding kecantikan, persolekan, ke apa sebab sedar diri talent tak sampai tapi hasrat nak jadi makeup artis tu ada.haha




Dah habis part lipstick. Next, kita move on pada blusher pulak ye. Blusher ni pun semuanya koleksi terbaru dari Palladio jugak tau. Gambar di atas diambil menggunakan blusher dari Palladio ni. I love it so much since dia nampak matte tapi dalam masa yang sama dia bagaikan highlight sekali.
Double like!



Palladio Matte Blush

Price: RM26.90/pcs

Palladio Matte Blush ni diformulasi daripada kernel Apricot, ektrak akar ginseng, Aloe Vera, ektrak Chamomile untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Koalin clay dan zink oxide dapat memberi effect flawless dan velvetly coverage. Ada empat pilihan warna kesemuanya. Warna dia more to natural colour and very pigmented.

Description: An enhancing blush brushes onto cheeks smoothly for a soft matte look and even finish. Satin finish flatters the face and helps hide the appearance of line and wrinkles shimmer blushes may enhance.

BM 08 VELVETINE


Code velvetine warna dia more to purplish raspberry colour sesuai untuk medium colour skin. "Look for a light raspberry for a flush that looks like you've been in the snow. It's vibrant but natural."

BM06 TIPSY


Code Tipsy warna dia nampak warm more to Orengy Peach. Lebih sesuai untuk kulit olive skin/ dark skin tone to get a fresh and dewy effect.

BM 07 POISED



This code warna dia soft rose more to beige. Untuk nampak effect totally natural I highly suggest this color. 

As for blusher, semua warna aku suka but if you ask me to pick one I will choose Poised sebab dia nampak soft je. Sejuk je mata memandang tak terlalu flattering. Yes, it's not easy kan to choose the best blush suits our skin tone. Pada aku senang je, as long as I like it, semua jalan.haha



Palladio Rice Paper (BESTSELLER)
Price: RM20.90/pcs 

Siapa tahu apa kegunaan rice paper ni? Oil absorbing blotting tissues ni macam familiar kan dia punya packaging? Memang old school sangat sebab seingat aku, orang dulu dulu selalu pakai rice powder ni. Bekas dia dalam bentuk petak betul tak uolls? Rice paper ni lagi best tau sebab dia menyerap lebihan minyak terutama pada sekitar area T zone dan dahi. Bagi sesiapa yang mempunyai combination to oily skin this is for you! Geram kan bila pakai mekap selalu jadi at the end of the day tengok berminyak sekitar hidung dan dahi. Jangan risau, tekap mana-mana bahagian rice paper ni, satu bahagian lain mengandungi rice powder untuk bagi kesan matte. Kita akan rasa dia menyerap lebihan minyak sepantas kilat trust me.hehe. Rice Paper pun ada shades jugak tau which they come in 3 different shades boleh pilih ikut skin colour.

Description: These very unique tissues made from natural rice and provide the same, great oil absorbing functions as our Rice Powder-in a more compact form. Packaged in a handy component, these tissues will fit inside even in the smallest purse or pocket, so you'll never have to leave home without them!


WARM BEIGE (CODE GELAP)




NATURAL (CODE MEDIUM)




TRANSLUCENT (CODE CERAH)




For more info, please visit

Website:https://www.palladiobeauty.com/
Facebook:https://www.facebook.com/PalladioMY/
Instagram: https://www.instagram.com/palladiomy/

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: