06 November, 2016

London Haul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan, dah tiga minggu aku balik dari London tapi nak jugak buat London Haul kan walaupun dah lama balik Mesia,hihi. Masa pergi London dulu bawa satu je luggage tapi bila balik bawa dua luggage. Biasalah sindrom orang travel mesti nak kena shopping kan. Che Min pun tak terkecuali tapi takdelah beli barang banyak gila and branded macam vlogger Aisyah masa dia pergi London baru-baru ni. Terngaga aku tengok London haul dia yang terlalu banyak itu. Aku tulis entry ni pun sebab terpengaruh dengan youtubers memandangkan lately aku suka tengok video haul. Bezanya entry aku versi sendu kalau nak dibandingkan dengan vlogger yang lain. Entahkan ada orang berminat nak baca kan. Kalau takde maka krik krik jelah :p

Disclaimer: 

1. Sila jangan judge because I have no intention to show off apa aku beli.
2. Ada barang aku dapat hadiah dari keluarga.
3. Post ini langsung tidak disponsor oleh sesiapa.
4. Sesetengah barang tidak diambil gambar kerana malas. (semua gambar disnap yang ada depan mata je) HAHA!

Awal-awal lagi aku dah plan nak beli skincare dengan mekap di Superdrug store/Boots. Macam Malaysia kita ada Watson dengan Guardian, di sana ada Superdrug/Boots. Serious rambang mata nak pilih mekap semua. Orang perempuan ni kalau boleh satu kedai dia nak borong bila tengok alat mekap. Sebelum balik Malaysia aku beli sikit-sikit dulu jadi duit takdelah terasa melayang sangat.


1. Makeup Revolution eyeshadow pallete

Aku bukanlah seorang penggemar eyeshadow, tapi bila tengok ramai youtubers promote pallete ni terus rasa nak beli. Lagipun harga murah plus ramai cakap keluaran dia versi naked dengan harga mampu milik.

2. MUA contour pallete

MUA adalah antara jenama paling murah di superdrug dan kualiti dia pun bagus. Aku belum cuba lagi contour ni. Tengoklah kalau ada event/raya/dinner aku nak try cuba contour.

3. Garnier Skin Active Micellar Cleansing Water

Sekarang ni micellar water makin femes kan. Aku tengok dah banyak brands keluarkan produk line micellar water ni. Difahamkan ianya berganda-ganda lagi best daripada mekap remover sebab  tak oily dan bertindak sebagai toner sekali. Aku bagi 5 stars! Kalau korang tak pernah cuba silah beli sebab bila buang mekap tu rasa bersih dah tak payah basuh muka dah.

4. Loreal Skin Perfection Exfoliator

Loreal adalah antara jenama fevret aku. Memandangkan aku tak pernah ada exfoliator sebab dah ada pobling tapi rasa macam tertarik nak beli exfoliator to remove totally dead cells walaupun nampak macam mustahil je nak hilang, at least harapan tu ada bukannnya harapan, harapan menjadi layuuuu. Jangan ingat guna facial wash semata boleh bersihkan muka sebersihnya. Kadang-kadang sisa kotoran mekap tak hilang walaupun dah cuci banyak kali sebab tu pentingnya exfoliator ni untuk renew kita punya skin cells.

5. Garnier Sun Block Spray

Aku tak tahu kenapa malas gila nak pakai sunblock padahal dalam banyak-banyak skincare sunblock lah yang paling penting. Alasannya mostly brand yang aku pernah cuba oily and greasy. Muka aku dah lah jenis oily, kalau pakai lagilah berminyak. Tapi aku cuba kikis habit ni dan cuba untuk konsisten with sun block. Aku tak suka jenis yang creamy jadi aku beli jenis yang spray. SPF haruslah tinggi ye. Cuaca panas di negara kita ni paling kurang kena pakai SPF 50. Jenuh merata aku cari sunblock jenis spray tapi tak jumpa brand yang sesuai then aku terjumpa brand Garnier ni so I purchased it agipun ianya dermatology tested.

6. Loreal Age Perfect Refreshing toner

Toner ni best sebab ada cooling effect. Biasa aku guna setiap malam sebelum pakai night cream.Tu pun kalau aku rajinlah pakai night cream tapi toner aku jarang skip :P

7. Body Mist H&M

Masa keluar Oxford Street auntie aku suggest beli body mist ni. Aku beli je sebab wangi okey! Aku bercadang nak hadiahkan adik aku dengan body mist ni mesti dia suka.

8. MUA blusher

Blusher paling best aku pernah guna. First sebab pigmented second sebab kecik molek hence tak makan space third warna lawa tak terlalu shinny.

9. Matte Loreal Compact Powder

Tahan lama dan very fine powder.Aku sukaaa!

10. MUA Mascara, 11 MUA eyeliner pensil

Mascara ni biasa-biasa je, tak lengthening or volume sangat. Sesuai dengan harganya yang murah.

12. Lipstick MUA dan Makeup Revolution

Aku beli empat kesemuanya. 3 MUA warna putih dan satu dari Makeup Revolution tapi aku bagi BFF aku satu sebab terbeli kaler sama. Eh, ni pun nak mention ke.lolz


Set Gift Perfumes

Gucci untuk mama
Body shop voyage collection untuk adik
Jimmy Choo, Body Shop Musk Libertine dan Lady Million Pocco Rabbane untuk aku

No 18 sesat kejap, aku beli wooden bunga tulip ni masa di Netherlands untuk mama memandangkan mama dah pesan dia nak decorations. Fridge magnet pon aku beli. Buat penuh stock collections mama kat peti.ngehe



The Souvenirs


Oh ya, masa pergi Netherlands aku beli maps ni sebab dah lama tercari-cari maps besar yang boleh tampal di dinding. Aku dah tak kesah bahasa Dutch janji dapat maps ni. Agaga, harga pon murah RM20 je. Kasut tu aku beli di Primark, Memang gila shopping sana. Semua barang murah murah. kalau tak fikir berat luggage dah lama aku borong 3,4 pasang kasut nih. Mostly hadiah untuk family aku beli kat sana.


Cotton pad, travel kit, beauty blender semua ni terbeli. Walaupun boleh je dapat kat Malaysia. Entahlah, susah nak padam nafsu membeli walaupun dah beribu kali azam lebih-lebih lagi kalau tengok harga murah,keke. Planner 2017 aku dah beli siap-siap. Tapi rasanya aku akan cari lagi. Satu mana cukup. Aku tak boleh tengok planner, addicted je manjang macam addicted korang layan running man lah. Lampu ni aku beli sebab nak design bilik bila pindah rumah baru nanti. Nak buat effect yang sekarang tengah trending dioarang guna fairy light background dengan sheer curtain. Curtain pon dah beli. Tinggal nak jahit tepi je. 


And last but not least. Dengar cerita simple cleansing facial wipes ni bagus. Aku tengok banyak positive reviews dari blogger so I think why not give it a try. Aku fikir senang nak pergi mana-mana tanggal mekap instead of bawa makeup remover yang jenis dalam botol tu.

Tu jelah kot London Haul aku yang tak berapa nak haul sangat ni. Sorry kalau entry ini membosankan hidup anda.

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: