22 November, 2016

Cara makan supplement dengan betul supaya berkesan #detox #ephyracollagen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Ramai tanya ephyra ni bagus ke? Menjadi ke kalau consume? Di sini aku buat rumusan ada dua persoalan yang penting yang perlu diberi keutamaan.

1. Berkesan ataupun tidak? 
2. Boleh atau tidak consume tapi tidak scara tidak konsisten?

Pada aku soalan pertama ni berbentuk subjektif. Korang perlu ingat setiap badan manusia mempunyai tindak balas berbeza dan cara penyerapan nutrien yang berbeza. Mestilah setiap orang mengharapkan bila minum minuman tambahan terus boleh cantik dan sihat macam magic tak kurang juga yang complaint kenapalah dah bermacam jenis supplement dah aku cuba, bermacam jenis pil aku dah try tapi tak jugak jugak berkesan. Mesti ada yang kategori kes sebegini kan. Jadi jawapan kepada soalan pertama adalah kenalpasti tahap toxicity badan. Hipotesisnya mudah. Kalau badan highly toxic, kadar penyerapan nutrient akan terganggu. Kesimpulannya, tak kira supplement apa yang dimakan tak akan berkesan. Diulangi tak akan berkesan! Mesti ada yang cakap, habis tu aku makan selama ni nutrient tak menyeraplah dalam badan? dan kat mana pula peranan hati atau buah pinggang? Tak kan tak berperanan untuk menyahtinjakan toksik?  Relax relax sis belum habis cerita lagi.hihi.

Apakah itu toxin?

Toxin adalah bahan buangan beracun dan kekotoran yang boleh membahayakan sistem tubuh badan manusia yang berpunca dari pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, pewarna dan sebagainya.-sumber google

Cuba bayangkan, cara hidup kita pada masa kini banyak terdedah pada udara yang tidak sihat, tabiat pemakanan yang tak seimbang (contoh makan fast food/process food ↦ akulah tu.lolz), sayur dan buah dicemari dengan bahan kimia ditambah lagi dengan GMO. Kesemua faktor ni penyumbang pada pengumpulan toksik dalam badan. Kesannya sistem imunisasi terganggu dan keupayaan untuk melawan penyakit terjejas. Gaya aku menulis ni dah macam buat karangan SPM pun ada kan. Tak pelah,yang penting dapat menerbitkan kesedaran dalam kalangan pembaca. Tudiaa. *Ayat bombastik dah keluaq*! 😄


Detox dan kepentingannya.

Detoxification berlaku melalui banyak cara. Antaranya melalui sistem perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Allah dah ciptak mekanisme badan kita bekerja secara involuntary action maka bersyukurlah. Usus, buah pinggang dan hati adalah organ yang berperanan penting untuk proses detox. Penyerapan nutrient berlaku di usus jadi vitamin/mineral yang kita ambil akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita. Sebagai contoh, salah satu cara melalui proses detox ni akan menyucikan usus daripada kekotoran yang melekat di sekitar dinding dan akan melancarkan proses penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Aku harap korang faham lah aku explain ni ye.

Kelebihan Detox
  • Meningkatkan keupayaan tenaga dan fokus
  • Berat badan bertambah baik
  • Kulit bermaya dan nampak lebih segar
  • Meningkatkan kestabilan emosi emosi
  • Kesihatan bertambah baik
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan

Tanda-tanda badan perlu Detox

  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Letih dan tiada tenaga
  • Perut kembung dan bergas
  • Nafas berbau
  • Kurang selera makan
  • Kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
  • Bahagian keliling mata, celah peha, bawah lengan menjadi gelap.
  • Selalu sakit disebabkan sistem imunisasi yang lemah
  • Peredarah darah yang tidak stabil (rasa tidak bermaya)

Cara untuk detox

Setahu aku tiada formula khusus untuk detox. Cara paling murah tapi ramai orang malas buat. Yes, jawapanya perbanyakkan minum air. Selalu dengar kan kalau makan supplement kena banyak minum air. Kalau tak susah nak berkesan atau lebih teruk kesan berlaku sebaliknya macam jerawat bukan makin kecut tapi makin timbul. Semua orang tahu kuasa air.
Buah pinggang is the best filter. Bayangkan kalau filter kat rumah kita selalu tukar air dia akan jadi makin bersih, macam tu jugak dengan buah pinggang kita. Makin banyak kita minum air makin lancar dia bekerja dan tak accumulated dengan bahan toksik yang akan membebankan fungsinya. Kalau tak banyak minum air, buah pinggang akan jadi kurang cekap dan menjejaskan fungsi hati. Buah pinggang dan hati ni saling berkait antara satu sama lain sebab hati berperanan mengawal metabolisme. Bayangkan kalau metabolisme rendah, lemak mudah terkumpul dan menyebabkan kegemukan. Sebab tu orang kata nak kurus dan cantik, minum je air bebanyak ok.


Aku ni kadang-kadang sembang je tapi malas buat Pernah dengar tak detox buah. Sekarang makin popular kan. Biasanya potong buah contoh macam lemon dengan kulit sekali or tak kesahlah apa saja buah, biarkan semalaman. Orang kata cara ni berkesan untuk kurus jugak. Selain tu puasa adalah cara terbaik untuk detox. Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap nak dapatkan kulit yang cantik dan menakjubkan dia amalkan puasa buah selama 3 hari berturut-turut. Maknanya dia tak makan apa-apa pun dalam masa tiga hari tu cuma makan buah je. Cara ni aku belum cuba. Terfikir jugak nak cuba. Bekam pun salah satu kaedah yang paling terbaik tapi dipinggirkan untuk buang toksik ni.



Baru nak jawab soalan kedua selepas huraian soalan pertama.hihi 😝, okey kalau nak cantik of courselah kena konsisten kan. Kalau tak consistent macam mana badan nak retain? Pada aku masa 30 hari adalah cukup untuk tindak balas yang maksimum. Walaupun harga dia agak pricey, tapi tak salah kan kita melabur duit untuk nikmat kesihatan dan kecantikan yang tiada galang gantinya.eceh 😄😄😄


Panjang lebar aku cerita especially kepentingan detox yang tidak boleh dipandang enteng (lagi ayat karangan SPM), then barulah boleh amalkan ephyra collagen drink untuk manfaat kesihatan dalaman dan luaran. Ramai lagi ke yang tak tahu kebaikan ephyra ni? Kalau belum tahu boleh baca info di bawah ni.



Promosi ephyra premium dan ephyra trial pack masih lagi berjalan. Jom dapatkan dengan harga RM175 sahaja! Tepat 1 Disember 2016 harga akan kembali seperti sediakala. Jangan lepaskan peluang. Sila baca sini dan sini untuk tahu lebih details berkaitan produk ephyra.

Untuk order terus whatsapp nombor berikut.


That's all from me,
Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: