02 August, 2015

Neesya Hydrating Serum Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

This is my last entry talking about Neesya Skincare so untuk kali ni aku nak review tentang Neesya Hydrating Serum. Pada aku pemakaian serum perlu diberi perhatian serius sebab ia merupakan salah satu sistem untuk melambatkan aging proses yang akan dilalui oleh semua orang.Aku tak la cakap tak nak langsung hadapi faktor penuaan tu tapi kalau boleh biarlah aging gracefully gitchew kan.Cakap macam nenek nenek sangat kan aku ni.haha takpelah at least kita kena bersedia untuk menghadapi the nature proses of the skin ni secara berhemah dan bijaksana.

Neesya Hydrating Serum (30 ml)
RM125

  
Kebanyakan diantara wanita akan menghadapi masalah penuaan kulit bermula pada awal usia 30-an (Harian Metro 26/5/2011) maka ramai yang ambil jalan pintas untuk suntuk kolagen la vitamin C la dan suntikan yang kita sendiri tak pasti risikonya so daripada nak ambil risiko yang mungkin akan membahayakan nyawa better guna jelah serum cuma perlu disapu pada bahagian luaran je.Setahu aku serum ni mempunyai molekul yang jauh lebih kecik berbanding cream atau moisturizer so memang pantas diserap kedalam kulit berbanding suntikan biasanya akan masuk kedalam saluran darah dan kemungkinan memberi kesan pada organ dalaman.


Neesya Hydrating Serum ni mempunyai tekstur yang lebih kurang sama dengan Illuminating Essence cumanya lebih cair sikit.Bahan utamanya ialah Aquacell yang penting untuk memberi kelembapan kulit dengan lebih sempurna.Bila aku swatch sekejap je dah kering dan dia punya soothing effect tu sama macam pakai Illuminating Essence jugak.Bila aku surf mostly kandungan bahan pun sama sebab tu lepas pakai je Neesya Illuminating Essence aku akan sapu Neesya Hyrating Serum sebelum tidur bagi menggandakan kuasa penyerapan kedalam kulit.


5 saat kemudian nah tengok bahagian yang aku bulatkan especially bahagian kanan cepat kan meresap.Mesti ada yang tertanya tanya apa beza Neesya Illuminating Essence dan Neesya Hydrating Serum walaupun ia mempunyai bahan actif yang sama? yang mana lagi penting kena ke pakai dua dua? Boleh tak kalau pakai salah satu je? Ceh macam tau tau je apa persoalan korang kan.


Kalau diikutkan Neesya Hydrating Serum ni mempunyai fungsi Intensive Hydation bagi sesiapa jenis yang mempunyai kulit kering aku sangat syorkan guna Hydarting Serum tapi macam aku walaupun kulit jenis combination skin+ oily still jugak guna both of those products kerana dengan pemakaian serum secara konsisten insyaAllah dapat juga mengurangkan kulit kusam dan tona kulit yang gelap sekaligus menghilangkan bintik bintik hitam.It is an added value if we purchase both.hehe

Tak semestinya kulit yang jenis oily tak tidak sesuai digunakan bahkan lagi elok sebab biasanya kulit jenis berminyak ni kalau bangun pagi pagi mesti rasa macam tak selesa kan tapi once malam hari pamper kulit dengan serum ni keesokan pagi tu bila bangun kulit kau akan rasa lembap semulajadi bukannya lembap minyak masak tu ye.

Nampak tak pelekat halogram silver pada penutup kat atas tu? Senang je kalau nak tahu sesuatu produk tu original dan selamat make sure dia ada pelekat ya.Walaupun Neesya Hydrating Serum ni cuma memiliki volume 30 ml tapi sangat sangat jimat tau sebab dah hampir dua bulan aku guna belum lagi sampai suku hokayy nak bawa kemana mana pun senang tak berat pun.


Untuk cara penggunaan biasanya aku letak 3 titik satu didahi, 2 dipipi dan urut kulit dari bawah menghala ke atas bukannya dari atas menghala ke bawah tak kiralah apa pun produk yang digunakan memang macam tu teknik dia.Aku pun baru tahu selama ni main tenyeh je kat muka.haha patut la orang lawa lawa dan awet muda ni teknik sapuan pun dorang ambil concern kan.

Neesya Hydrating Serum akan menunjukkan 35 % hasil kelembapan biasanya dalam masa dua mingu. Aku beri satu analogi kenapa pentingnya untuk kulit retain the moisture katakan kita ambil kertas dan soak kedalam bekas berisi air bila kertas berisi air tu dikeluarkan dan dibiarkan kering pada permukaan meja agak agak ada kesan kering tak pada kertas tu? mestilah ada kan macam tu jugalah fungsi pada manusia kertas tu ibarat kulit kita bila kita sentiasa balance dengan air dia akan regain the moisture tapi bila tidak mendapat air yang mencukupi maka ia akan menghasilkan kesan dan kesan tu adalah kedutan.Faham kan


Sebarang maklumat sila layari


Thanks for reading
xoxo

No comments: