15 August, 2015

5 Tips D.I.Y

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Aku merupakan seorang penggemar barangan D.I.Y sebab aku mempunyai jiwa yang sukakan kretiviti walaupun diri ini tiadalah sekreatif mana pun.Kedai fevret aku ialah Mr. DIY sebab ianya murah dan mempunyai pelbagai pilihan tak kira dari barangan hardware,barangan computer,pinggan mangguk mahupun alat tulis.Tiap kali melangkah ke kedai mahu kau berjam terperuk kat sana.Aku memang tak boleh tengok barang comel lagi murah geram tahu.


Aku tak tahu apa motif gambar chop stick ni makanya yang penting harganya cuma lima posen je giler kau tak murah.Lepas ni kalau tak reti makan pakai chop stick tak tahulah nak cakap apa.Terlari tajuk pulak cakap pasal chop stick kau dah kenapa.

#1. Compartment/Organizer


Baiklah back to the topic pada aku sangat penting untuk ada organizer untuk setiap barang keperluan macam kat atas ni adalah  ubat ubatan semuanya aku sumbat dalam satu bekas senang nak cari dan paling penting nampak kemas dan tersusun.handsock,makeup dan stationery juga aku sediakan organizers.Tolonglah jangan cakap korang suka letak barang bersepah aku sekeh baru tahu.


Segala alatan stationery aku letakkan dalam satu bekas.Sedap je mata memandang bila barang barang kecik macam ni tersusun.Bekas ni pun dibeli di kedai Mr.DIY tak cecah RM3 pun.

#2 Kotak/Bekas Terpakai



Aluminium box ni macam baru dibeli kan padahal aku main rembat dalam kabinet mak aku buat simpan segala khazanah washi tapes.Mak aku seorang yang sangat menghargai pemberian orang kadang tu kotak barang hadiah yang dah lama orang bagi mak aku boleh simpan sampai bertahun tahun.Aku selalu pelik kenapa mak suka simpan barang lama tapi akhirnya aku juga yang terkedek mencari kehulu dan kehilir apabila ingin menggunakannya.hahaha!


Yang ni pulak bekas kaca adik aku beli masa birthday aku bulan lepas so aku letak semua daily skincare dalam ni.Katanya dia tahu aku sukakan something yang simple dan lain daripada yang lain cenggini.Bijak betul adik aku dah tahu citarasa hakak dia yang penting wujud unsur pink disitu.keh

#3. Cara susunan


Percaya tak susunun memainkan peranan yang penting dan ianya sangat mempengaruhi mood aku. Bila tengok tempat bersepah rasa nak mencarut pada diri sendiri pasal apa malas sangat nak kemas hence aku akan make sure dressing table ni sentiasa kemas walaupun kedudukannya sentiasa bertukar selang seminggu akibat kerajinan yang melampaui batas.


Contoh aku letakkan satu bahagian nails department la konon tak bercampur dengan part yang lain dalam satu almari.

#4.Kreativiti

Aku hias kotak terpakai ni guna wallpaper sticker ye kawan kawan.Aku ternampak ada lebihan wallpapar dan kotak yang terpakai dalam drawer maka aku transformkan lalu menjadi kotak bagi menyimpan sticky notes yang bertimbun.Guys, it is all about a matter of creativity!



#5.Rajin


Sebenarnya kalau nak buat D.I.Y ni petuanya kenalah rajin kan nama lagi tujuan utamanya bagi menjimatkan kos.Banyak sangat video D.I.Y di youtube jadi silalah  merajinkan diri mencari idea yang bernas untuk menghasilkan pekerjaan D.I.Y yang ohsem ini.


Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: