27 June, 2015

Neesya Skincare Review: Intro

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi semua! cepatnya masa berlalu hari ni dah masuk 10 hari kita berpuasa.Mudah mudahan amalan ibadah kita diterima oleh Allah.amin! sebenarnya last week lagi aku excited nak update blog tapi I was not feeling well but Alhamdulillah today getting better I'm super excited nak share satu produk yang makin dikenali sekarang iaitu Neesya! Kalau korang perasan kan kat tv sekarang dah ada iklan Neesya. Aku terjumpa produk ni dah lama sebenarnya masa jalan jalan dekat The Mines shopping Centre nampak Neesya outlet kat tengah tengah mall tu siap ada consultation lagi tapi time tu tak terfikir lagi nak try dalam hati aku cakap macam ni:

"Em, produk ni nampak mewahlah mampu ke aku nak beli?" haha padahal belum tengok lagi harga dia lalu je pun. *biasalah ayat student* heh

Tapi lama kelamaan bila tengok Neesya ni makin popular teringin pulak nak cuba sebabnya aku fikir namanya pun dah Melayu so product ni mesti made in Malaysia.Paling penting ianya mestilah halal, GMP certified dan ada kelulusan KKM so aku approved untuk try pada diri sendiri.hehe.Sebelum tu video kat bawah nilah iklan kat TV yang aku maksudkan tu.


Kalau korang browse website atau facebook Neesya banyak sangat jenis produk yang boleh didapati.Aku dah printscreen siap siap dah kat bawah ni memang rambang mata sangat nak pilih yang mana kan tapi jangan risau sebab Neesya ada beberapa consultation outlets seperti di Subang Parade,SACC Mall Shah Alam,The Mines Seri Kembangan,Plaza Metro Kajang dan Sunway Putra Mall KL so uolls boleh dapatkan khidmat consultation bila bila masa okey.


Untuk pengenalan ni kira macam sneak peak dulu just tulis mainly what is Neesya takut ada lagi yang belum tahu tentang produk ni then for the next entry baru aku akan start review 4 produk Neesya iaitu Iluminating Essence, Hydrating Serum,Brightening Eye Contour Gel, Eye & Lip Makeup Remover.Sekarang ni baru je seminggu aku cuba tak sabar nak tengok effect dia macam mana dan kongsi dengan korang so far I can feel the positives effects treating me.yeahh!


Asyik dok potpet potpet belum cerita lagi Neesya punya definition dan trademarks haha. Okey Neesya merupakan skin radiance specialist brand yang pertama menggunakan konsep LumiScience°® Technology seumpama di Malaysia.Selain itu Neesya menggunakan pendekatan 360° bagi membantu mengembalikan keserian kulit wajah.ceh! Teknologi yang digunakan ini penting bagi menghalang proses carbonylation: is a type of protein oxidation that can be promoted by reactive oxygen species.-NCBI Apa yang aku faham carbonylation ni terjadi disebabkan faktor kulit yang terdedah pada cahaya UV secara berlebihan, faktor persekitaran yang tak bersih dan stress juga turut menyumbang ya.

Tak lama lagi kan dah nak raya so mesti nak kulit berseri seri kan.Aku suggest try for Neesya sebabnya dia halal, mesra pengguna,sesuai dengan semua jenis kulit dan produk ni setanding dengan antarabangsa tau.Aku suka dia punya tagline:

Neesya skincare is about enriching lives with effective, scientific beauty care, made affordable to everyone.



Untuk maklumat lanjut sila ke:


Thanks for reading dan Selamat Menjalani ibadah puasa
xoxo

P:/s:Wait for my next entry for Neesya Review!

No comments: