13 October, 2018

Rose+Aloe Beauty Water and Pink Clay Cleanser by Blossommyra

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Lama sangat aku ambil masa untuk review. Lebih dari sebulan rasanya. Rasa bersalah sangat postpone lama-lama. Salah satu sebabnya laptop rosak pastu tunggu beli pc baru. Alhamdulillah sekarang dah setup pc baru. Senang lah nak menulis tapi maybe after this aku dah tak aktif lagi. Sekarang pun rasa tak aktif. Macam chipsmore kan, haha tapi minat menulis tu memang ada. Lagipun sekarang aku busy dengan bisnes. InshaAllah kalau ada masa terluang aku akan menulis cuma tak sekerap dulu. Baiklah, hari ni nak review satu produk dari @blossommyra. Asalnya aku seorang yang sangat sukakan facial spray. Dah banyak kali aku cakap benda ni. Tak tahulah rasa macam addicted. Kalau tak guna macam ada sesuatu yang tak lengkap.hehe


Mesti ramai yang fikir susah nak cari produk local yang berkualiti macam produk antarabangsa kan. Buang stigma tu jauh-jauh. Kalau korang rajin research sebenarnya banyak je produk local yang menawarkan kualiti tiptop contoh produk @blossommyra ni. First impression aku bila tengok instagram dia dah mula tertarik. Bila baca description produk dia lagi membuatkan rasa nak try sendiri. As you can see from the picture. Dalam satu box ni ada:

1) Rose+Aloe Beauty Water
2) Pink Clay Cleanser

Actually korang boleh pilih nak purchase set combo macam ni atau loose item tapi of course lah harga set combo dia lagi murah berbanding loose item. Lagipun ada sebab kenapa dua produk ni digandingkan sebab dua benda ni macam pelengkap antara satu sama lain which is based from 100% pure rose water and pure rose petals. 


Dia bagi sekali manual description siap-siap dalam box ni. 


First let me explain kepentingan Rose+Aloe Beauty Water dan Pink Clay Cleanser. Untuk Pink Clay Cleanser, function dia sama macam scrub. Untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu perlu scrub kulit supaya kulit lebih cerah dan tak dull. kalau tak cuci muka elok-elok macam mana segala bagai cream nak serap dengan kadar maksimum ke dalam kulit. Betul tak? Manakalah Rose+Aloe Beauty Water pula membantu untuk jadikan kulit dewy, glowing dan radiant. For those jenis kulit kusam sesuai guna bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah. 


Rose+Aloe Beauty Water (Multi-purpose)
100 ml
RM40.00

Now let be more specific about the Rose+Aloe Beauty Water. Masa tengok description label dia terus mengingatkan aku pada Mario Badescu Rose Aloe Water. Bau dia mashaAllah tak payah cakaplah sangat wangi okey sampaikan abang aku tanya masa kat dapur siapa pakai perfume ni. Aku cakap aku spray dekat muka wei apasal wangi semacam ke? haha. Rose+Aloe Beauty Water diperbuat daripada Rose Damascena water, Aloe Burbadensis, Leaf Extract dan Glycerine dan semestinya bebas daripada bahan terlarang seperti mercury, paraben, atau folmaldehyde. Lebih menakjubkan ia tidak mengandungi perfume. Bau wangi adalah daripada Rosa Damascena Water yang sememangnya mempunyai fragrance properties. Aku dah baca sedikit sebanyak info tentang Rosa Damascena Water di website National Center for Biotechnology Information. Boleh click sini kalau korang rajin baca. 


Functions of ingredients: 
Pure rosewater: 
Anti-inflammatory properties. Great cleanser and aids in removing oils and dirt accumulated in clogged pores.

Aloe vera extract: 
Super moisturizing, repair damaged skin, treats dark spots and acne scars.
Glycerine: 
vegetable glycerine considered humectant. Minimizing the water loss due to evaporation in oily skin & helps in keeping the skin hydrates always.


Memandangkan Rose+Aloe Beauty Water adalah multi-purpose water, ia bukan sekadar berfungsi untuk melembapkan kulit wajah, tapi lebih daripada tu. Selain mampu mencegah jerawat dan menyegarkan kulit, ia juga boleh digunakan as primer and fixing spray. How wonderful is it? Sebelum dan selepas makeup, spray rose water ni inshaAllah akan bantu foundation untuk tahan lama disamping merawat kulit wajah. Remember rose water mengandungi anti-inflammatory which is good to prevent skin redness and inflammation. Last but not least, part aku paling suka rose water by @blossommyra boleh juga digunakan as hair spray untuk melembutkan rambut! Mana tidaknya bau dia pun dah wangi and again it is multipurpose guys. Banyak kan manfaat dia rugi tak try confirm tak menyesal. 


Pink Clay Cleanser
RM50.00
60 grams


Pink Clay Cleanser mempunyai 3 fungsi dalam satu iaitu sebagai cleanser, scrub dan mask. Korang pernah tak cuba mask yang ala-ala bedak sejuk tapi warna dia pink dan ada bau rose? Kalau tak pernah korang mesti try Pink Clay Cleanser ni. Ia bertindak untuk mengecutkan jerawat dengan cepat, mengimbangkan production of sebum supaya muka skin jadi balance. Mesti ada jenis yang sceptical takut nak guna clay cleanser ni sebab takut breakout. Jangan risau, semua bahan-bahan yang digunakan gentle to the skin. Jangan terkejut kalau kulit muka lambat-laun jadi glowing! I have tried on my skin and it feels super amazing after the first use. 


Made of natural ingredients. 


Ia diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermutu tinggi seperi Kaolin Clay, Chickpea, Flour, French Pink Clay, Glycerine, Apricot Kernel Oil, Rose Geranium and Rose Petals. 


Ia didatangkan sekali dengan spatula. Am I using the correct word? hehe rasanya benda ni nama dia spatula sebab function spatula ni kalau dalam makmal Sains untuk scoop serbuk chemicals. ihiks


The gold printed name looks so classy


Benefits Pink Clay Cleanser: ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

  • Reduce your acne/pimple⠀⠀
  • Remove dead skin cells
  • Help get rid of your stubborn scars⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
  • Promotes new skin cells⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
  • Provide radiant looking skin⠀⠀⠀
  • Moisturizing


Cuba tengok tekstur Pink Clay Cleanser ni. Ketulan bulat-bulat kecil dia seakan bedak sejuk kan. Lembut gila uolls. Senang sangat nak hancurkan dengan menggunakan air. Bezanya ni clay cleanser ni macam bedak sejuk versi moden dengan menggunakan bahan yang telah di upgrade dan berkualiti. Malah paling penting bau rose yang wangi menyegarkan suasana. Untuk kesan yang optimum, gunakan Rose+Aloe Beauty Water sebagai bahan pengaktif clay cleanser. Mix beauty water dengan clay cleanser sebagai mask. Double rose boost helps to soothe the face, redness, and inflammation & minimize your breakout. Selain itu, bertindak juga untuk buang toxins, impurities, make up residues and everyhing inside the skin! Sangat penting untuk scrub kulit sebab kulit mati sebab jika dibiarkan lama-lama akan clog the pores dan akhirnya menyebabkan jerawat senang membiak. 



Pink Clay Cleanser ni bukan macam cleanser biasa. Dia langsung tak ada buih sebab ia kan diperbuat daripada bahan organik so tak perlu nak gosok kuat-kuat pakai cleanser ni. Untuk kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat atau kusam semua sesuai guna. Paling penting kena rasai sendiri perubahan kulit bila menggunakannya especially jenis muka yang breakout. Sangat sesuai untuk heal jerawat korang tu. 


Cara Penggunaan:

Mudah sahaja. Kalau nak gunakan as a cleanser, ambil satu scoop kemudian letak pada tapak tangan. Letak air sikit. Adjust to our preferable consistency. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sapukan dan massage pada keseluruhan muka selama beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Jika nak gunakan as a mask, sapu macam biasa pada kulit muka. Biarkan selama 10-15 minit lepas tu bilas dengan menggunakan air. Jangan risau mask ni dia tak akan buat kulit kita mengering sebaliknya sangat lembut pada kulit. Orang yang ada kulit sensitif pun sesuai guna.


Rasanya aku dah explain in detail dah. Harap ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian sis ni. Aku tahu mesti ada yang cakap perlu ke pakai semua ni. Face wash, toner dan moisturizer tak cukup ke as basic skincare regime. Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk jaga kulit kan. Yes, i know I am a bit too extra when it comes to skincare tapi orang kata kalau nak kulit sihat, bersih dan cantik kenalah rajin-rajinkan diri menggunakan produk yang bagus dan bersesuaian kan. There were times I feel so lazy untuk pakai semua ni tapi sis cuba untuk be more consistent. Usia pun makin lama makin meningkat, dah tak boleh malas-malas dah. hehe



For more info please visit:

Instagram: @blossommyrahq

Thank you for reading my entry
xoxo

No comments: