22 April, 2018

Suspa Beauty Serum

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi Lovelies, hari ni nak buat review lagi. Masaklah korang yang buka blog ni penuh dengan PR, haha. Setiap orang suka spend duit untuk lain-lain perkara kan. Ada orang suka spend untuk makanan, ada suka spend untuk dress-up. Aku pulak suka habiskan duit mostly untuk skincare. Kalau keluar shopping especially ke Jusco tempat pertama aku tuju adalah Watson selain Baker's Cottage dan Daiso. kalau dah masuk dalam Watson tu mahu berjam jugak masa spend untuk cari barang. Namun skincare di drugstore pada aku agak limited.I need more option please! Jadi mahu tak mahu selalu jugaklah aku survey skincare thru online especially kat instagram. Biasalah orang perempuan kalau tak layan makeup atau skincare tak sah kan. Hari ni aku nak review serum dari Suspa Beauty. Aku suka serum ni sebab ia diperbuat daripada buah peach. Packaging dia sumpah attractive. Jarang aku dengar serum diperbuat daripada buah buahan so why not if we give it a try kan. 


SUSPA BEAUTY WHITENING SPECIALIST SERUM (30 ml)

Antara kebaikan serum dari Suspa Beauty ini adalah ia diperkaya dengan gabungan pati buah peach dan oxygen yang mengandungi vitamin C dan vitamin E. For those yang ada masalah jerawat pun boleh guna serum ni. Tak usah ragu-ragu, Suspa Beauty serum telah mendapat kelulusan KKM an GMP certfied jadi ia selamat digunakan. Secara jujurnya, aku antara manusia yang paling malas nak pakai serum padahal dah tahu tahu kebaikan dia. Kesedaran tu ada cuma susah nak amal. Seminggu sekali rajinlah aku pakai but now no no usia pun dah makin meningkat maka penjagaan kulit haruslah upgrade jugak. Jadi nak tak nak kenalah merajinkan diri pakai serum. Aku dah explain banyak sangat kebaikan serum dalam post-post sebelum ni which is dalam banyak-banyak skincare, serum ibarat mother. Paling powerful untuk boast our skin complexity. Kalau moisturizer function dia untuk menghidarat, manakala serum pula function untuk boast our skin up to a maxmimum level. 



Botol dia sama macam botol serum biasa yang mengandungi 30 ml. Kalau malas nak pakai siang pakai malam pun boleh at least sekali sehari sila pakai serum ye.


Kelebihan: 
Membuang parut degil
Menghapuskan jerawat
Melembutkan kulit
Mengecilkan pori
Mengurangkan minyak pada wajah
 Memcerahkan dan seratakan warna kulit
Anti-penuaan
Menegangkan kulit wajah


Baiklah, nak cerita sikit. Mungkin ada yang tertanya-tanya kulit aku dah elok tak ada jerawat or cela patut ke nak beli serum. Mesti ada yang contempleting nak spend duit for serum kan. Anggap je serum ni added step for those who want to go to extra mile. Tak perlulah beli kalau rasa kulit dah okey tak bermasalah. It's a simple math. The less problems you have to cover, the less makeup you have to use. Biasanya kalau kulit kita dah okey tak perlu pun pakai makeup tebal-tebal betul tak. Maka, haruslah dimulakan dengan penjagaan skincare yang betul dulu. Thus, you can use serum for fresher, younger and healthier appearance then bila pakai makeup sikit je dah cantik.


Senang untuk keluarkan serum ni dari droper dia and yes I love the smell. Bau buah peach dia sangat menyegarkan. 


Try test pada kulit it is not watery neither viscous. Aku tak gemar sangat serum yang pekat  rasa tingling pada kulit tak selesa but Suspa Beauty Serum pakai dia je rasa nipis. Apply after moisturizer tau. Tak perlu pakai banyak. Titik tiga drop pada dahi dan kedua pipi dah cukup. Kau tahu lah kan harga serum ni bukannya murah so kena pandai berjimat k. hehe. 


Texture dia ringan, lembut dan senang menyerap. Bila pakai malam and bangun keesokan hari kulit rasa soft je. Last but not least, this serum claimed has a whitening effect. InshaAllah bila rajin pakai korang akan nampak perbezaan kulit semakin cerah, parut jerawat pun hilang dan paling penting kulit rasa lembap je sepanjang masa.


Harga:
RM55 SM/ RM65 SS

Untuk matlumat lanjut sila layari:

Facebook: suspabeauty
Instagram: @suspabeauty_hq
Email: suspabeauty@gmail.com
Whatsapp: +09-7678616 / 011-26090491 / 014-5059616

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: