17 November, 2017

Palladio Malaysia launched their new products

Assalamualaikum

Hi, tahun ni aku pernah review beberapa produk dari Palladio. Antaranya seperti lipstick, blusher, eyeliner dan beberapa lagi produk yang lain. Ya Allah, aku enjoy sakan pakai produk dari brand Palladio ni. Entah, rasa kena dengan jiwa. Memang susah nak stick pada satu brand cosmetic tapi dengan Palladio tidak. Korang akan rasa nak repurchase lagi dan lagi bila dah mula jatuh cinta. Percayalah brand ni tak akan mengecewakan terutama dia punya lipstick sangat tip top. Hampir 80% cosmetic yang aku pakai adalah dari brand Palladio. For those yang belum baca lagi review yang aku pernah tulis dulu korang boleh baca sini dan sini.


Aku just recap balik, Palladio adalah brand dari jenama antarabangsa berasal dari Florida, US. Pada aku produk ni setanding dengan top brand yang lain sebab Palladio establish dah lebih 25 tahun dan telah memasarkan produknya ke 40 buah negara. Paling penting adalah kualiti yang ditawarkan pada harga yang berpatutan. Palladio adalah high end product tau bukan product yang biasa-biasa yang tak berkualiti. Mungkin ada yang rasa janggal tak pernah dengar brand ni. Palladio baru je bertapak di Malaysia pada bulan September 2016 dan sekarang semakin mengembangkan sayapnya di seluruh negeri di Malaysia. 


Sekarang Palladio Cosmetic ada lauch their new products. Aku excited sangat nak cuba produk dari Palladio ni terutamanya their new lipsticks. Let me explain one by one ok. Kita mulakan dulu dengan lipstick.


Palladio Herbal Matte Lipstick
RM25.90

Description:
A matte lip color that wears like a dream. Full of moisture and pigment. This is luxurious, electrifying formula comes in a variety of shades.




Palladio menawarkan 9 jenis warna Herbal Matte Lipstick kemudian ditambah pula dengan 3 warna terbaru iaitu code 09 Regal Cafe, code 11 Magnificent Magenta dan code 12 Refined Chianti. Sebelum ini aku pernah review Velvet Matte Metallic which I love it so much. Kali ini, Herbal Matte Lipstick ni agak berbeza dengan lipstick yang lain. Walaupun namanya matte, tapi texture dia macam satin finish somewhere between matte and cream. Dia tak glossy as cream finish and at the same time tak flat as matte finish. For those who doesn't want to go to extra mile, this lipstick is totally your style!


Aku punya style senang je. Apa sahaja dalam hidup ni semuanya perlu ikut mood ye. termasuklah tatacara berpakaian atau tatarias mekap. Contoh kalau mood aku gloomy that day, aku akan pakai lipstick warna pudar atau nude. Kalau aku tengah happy mood pun ceria je memanjang, then I will go for striking colour macam warna bright red/maroon. Ha, senang kan nak tahu mood orang perempuan ni kau tengok lipstick apa dia pakai. This advantage for those yang tahu ilmu Psychology perempuan, haha. Nak belajar kat mana? yang tu jangan tanya aku. lala~


Jadi apa kelebihan satin lipstick over any other lipstick? Macam aku, to be honest I prefer matte lipstick over cream/satin/glossy finish tapi ternyata Herbal Matte Lipstick ni ada kelebihannya yang tersendiri buat aku rasa best pulak pakai lipstick ni. First, kalau jenis yang bibir selalu dry macam aku bila pakai lipstick ni dia akan moisturized kan bibir kita. Dah tak perlu guna lip balm. Pakai lipstick ni pun dah cukup, bibir tak akan merekah. Berlainan dengan matte lipstick, kena apply dulu lipbalm sebab matte lipstick has a drying properties to make it stay longer. Second, dia tak buat bibir nampak shining atau glossy. In fact, just look nice with the buttery texture.

Buat pengetahun,kesemua bahan yang digunakan dalam penghasilan produk dari Palladio berasaskan organik. Sebab tu tagline dia dah sebut awal-awal Botanical & Vitamin Infused Cosmetics. Contoh, dalam herbal matte lipstick mempunyai extrak aloe vera dan safflower oil untuk memberi kelembapan pada bibir dan vitamin C dan E untuk melindungi bibir daripada radikal bebas. Selain itu, coconut and palm leaf help create a smooth, rich application.


The swatches. Korang boleh tengok dia tak highly pigmented macam matte kan. Memandangkan dia tak high coverage, we need to them reapply on regular basis.



Code Regal Cafe warna dia nude. Simple sweet je so light and natural.
Pada aku, warna ni sesuai untuk beginner ataupun yang jenis shy-shy cat nak pakai lipstick tak nak bold. Nak nampak biasa je tapi tetap menawan gitu.




Code Refined Chianti warna dia deep brownish maroon color. Almost similar dengan code Opulent Velvet Matte Metallic. Warna dia agak matte not too silky macam Regal Cafe. This is my favorite color. I rate this shade as color of the year. Orang yang pasif macam aku ni sesuailah kot pakai warna agresif macam ni. Dia kena kontra baru mengancam.haha



This code quite too pinkish. I don't know why aku selalu rasa warna real pink sesuai dengan orang kulit putih. Anyway, siapa nak cuba warna lain dari kebiasaan should go for this color ok.



Next, kita beralih pula pada luminizer.

Palladio I'm Glowing Creamy Stick Luminizer
RM40
Description:
Master the strobing technique and highlight your best features with this silky cream formula. Sheer, soft focus color blends beautifully to create a natural glow.


Pada awalnya aku confuse apakah itu luminizer? Adakah sama dengan highlighter dan apakah pula itu bronze? Bermacam andaian yang aku tafsir yang pastinya mempunyai kegunaan yang berbeza sedangkan nama pun tak sama kan. Tak apa, pakcik google kan ada. Jadi kita google je. Mengikut hasil pencarian barulah aku tahu sebenarnya luminizer ni digunakan untuk jadikan kulit kita nampak glowing dan cerah. Luminizer boleh mix after pakai moisturizer dan foundation biasanya dia dalam bentuk liquid foam manakala highlighter pula dia memberi effect shinning yang digunakan as finish touching untuk raised part macam cheekbone, brow bone area , inner corner of the eyes and the tip of the chin. Biasanya highlighter dalam bentuk powder form macam blusher kan dia memberi effect shimmering untuk highlight certain part pada wajah kita.


Aku selalu bukak channel youtube tengok vlogger makeup. Tiap kali makeup diorang nih mesti pakai highlighter kebanyakannya dalam bentuk pallete tapi belum pernah lagi aku tengok orang pakai luminizer. I assumed stick luminizer adalah antara teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri makeup. Kiranya bertuah lah aku dapat cuba luminizer yang boleh jadikan kulit lebih cerah dan berseri-seri. Ingat, luminizer ni bukan highligher tau. Sebab highlighter ada more mica yang reflect cahaya yang hanya boleh di apply certain part pada muka. Berlainan dengan luminizer, kita boleh mix dengan moisturizer dan foundation sekali. That is the fundamental. Kena tahulah kan kalau tak tahu orang kata jakun pula, hehe


Palladio I'm Glowing Stick Luminizer ni ada 3 code. Aku guna code 01 Limelight dan code 02 VIP.

Code 01 Limelight
Code 02 VIP
Code 03 Stunner


Code 01: Limelight

Warna ni gold color. Aku suka consistency dia very light eventho nampak sparkling masa swatch tapi bila blend dengan brush it stay natural and glow.


Code 02 VIP

Warna pinkish. I can't choose. Both colors are beautiful in their own way. Boleh sesuaikan ikut theme bila mekap nanti.


p/s: This look was achieved by using all the products from Palladio Cosmetic.

Palladio Brow Obsessed Mousse with Fibers
RM35.90

Desription: Your perfect brows revealed! Fibers in a lightweight musse texture builds sparse brows and fills in any gaps. Brows look naturally full and healthy thanks to tapered brush for blending and precision tip for shaping. 



Apa yang aku suka tentang Palladio, most of their products especially yang baru launch semuanya invented lain dari yang lain. Macam Palladio Obsessed Mousse With Fibers ni lah. Namanya pun dah canggih kan. Kualiti mestilah ohsem jugak. Ada dua code yang available iaitu 01 Light/Medium dan 02 Medium/Dark. Macam dalam gambar yang kau tengok aku pakai adalah code 02.


Nak kening nampak natural macam orang korea? Kena cuba Palladio Obsessed Mousse With Fibers ni. Senang gila blend dengan brush mascara dia. Tak perlu nak guna brush lagi, dia dah design dengan brush sekali. Sebiji macam mascara tapi kegunaannya macam brow pencil. Tak sakit hati lukis kening memandangkan Palladio Obsessed Mousse With Fibers ni mudah sangat nak guna. Tak renyah langsung. Dia buatkan garisan kening precise dan ikut line seperti yang kau harapkan. Budak tadika pun pandai lukis percayalah. Tak perlukan kemahiran asas makeup artist untuk blend professionally. Nak cepat pergi kerja tak sampai 10 saat dah siap dengan hasil yang sungguh cantik lagi bermakna ini.


Code 01 Light/Medium


Code 02 Medium/ Dark


Mana nak dapatkan Palladio Cosmetic ni?
Boleh dapatkan di selected Guardian di seluruh Malaysia.
Nak mudah beli je online. Aku listkan semua link uolls boleh la pegi jenguk eh.


Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: