12 July, 2016

Raya 2016

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Sementara aku masih ada mood update blog better aku menulis kalau tak nanti malas dah takde idea nak tulis apa. Aku, mama and adik as usual tiap tahun akan balik beraya ke kampung halaman kami di negeri Kelantan. Tiap tahun mesti excited nak balik kampung sebab dapat jumpa datuk, nenek,sedara and family belah mak semua so sekurang kurangnya terubatlah rindu kat dorang al maklumlah kitaorang balik setahun sekali je. Kadang tu aku peliks kenapalah ayah pindah jauh sampai ke Melaka padahal kampung dan rumah di Kelantan tapi apa pun Melaka tetap aku suka sebab lifestyle sangat berbeza berbanding tinggal di kampung dulu.


Memandangkan aku telahpun habis belajar, perasaan excited raya tahun ni lain macam sikit sebab dapat raya dengan sebebas bebasnya. Kalau raya sebelum ni takde maknanya nak buat kuih raya bagai tapi tahun ni rajin terlebih pegi buat tart nenas, almond london dan beberapa kuih lain alamatnya bukan hidang kat orang tapi kesemuanya dimakan oleh aku :p



Meet my cousins. Cousins belah mak memang ramai sangat tapi yang ni je ada time kumpul ramai ramai masa first day raya.haha, masing masing dah besar comel comel belaka and dah ada yang dah kawin pun.Turn aku lambat lagi kot.jangan risau.keke


Orang perempuan ni bila cerita soal baju raya memang topik fevret la kan. Biasanya tiap tahun ayah akan sponsor untuk baju raya tapi bila dia rasa macam aku ada duit kena pakai duit sendirilah, haha tapi aku tak kesah pun. Tahun ni kononya plan siap-siap nak ada tema of the year by panthone rose quartz dan serenity tapi susahlah pulak nak jumpa warna rare camtu jadi beli jelah apa apa kaler yang available di butik. Hijau pucuk pisang ni pun ok tak sangka pulak boleh match dengan background rumput kan.hihi


Tangan ni jenis spesis tak masuk dapur basuh pinggan eh? haha, bila lagi nak kilat kilat kuku camni kan.Aku suka sangat peel off nail ni. Mudah ditanggal dan paling penting wudu' friendly.


My everything. 
Mama dengan aku kali ni matching sedondon tapi adik lari tema alah macam la sebelum ni pernah ada tema.haha


Me and Jonah,. Adik aku sorang ni macam-macam gelaran aku panggil dia.zaitun, eton, mak enon, hahaha, pengerat silatulrahim la katakan. First day raya dia demam jangkit dengan aku. Tulah sape suruh peluk sana sini kalau tak mengenyeh tak sah budak sorang ni.


Yang ni pulak sepupu aku. Dah besar panjang dah. Jangan tanya kenapa muka aku takde pipi cengkung camtu.Aku hilang 3 kg ok sepanjang puasa. Orang lain siap boleh tambah berat badan tapi kalau aku mengigau jelah.


Suka kan letak gambau jenis tak berpekdah camni. Tiba tiba mati akal tak tahu nak pegi jalan raya rumah sape dulu, yang penting bodyguard kat sebelah tu setia menemani aku sepanjang masa.



Pelbagai aneka gaya geng jemah ni semua ya.




No comments: