25 June, 2013

10 Perkara perlu ada dalam Handbag

Assalamualaikum


Hari ni tak tahu kenapa terlebih rajin nak post tentang segala isi barang yang kita kaum hawa ni patut ada dalam handbag.Kat sini aku listkan satu persatu apa barang yang biasa aku carry setiap kali keluar rumah especially pergi shopping.Biasalah kita orang perempuan banyak benda yang diperlukan so boleh tahan berat handbag nak isi segala bagai benda kan.Aku ni dah la jenis yang tak suka bawa barang banyak tapi lately baru aku perasan betapa susahnya setiap kali keluar apa yang diperlukan takde dalam handbag.



1.Purse/Dompet
Yang ni mestilah satu kewajipan kan.Kalau tak bawa pendek kata macam mana nak mulakan perjalanan.Sebelum berangkat awal awal dah kena pulang.Nak nak kalau tertinggal ondaway ke kuliah.Kalau kat bustop boleh tercungap cungap kau balik bilik semata mata nak ambil purse.

2.Telekung Travel
Disebabkan aku tak sanggup bergilir telekung orang lain setiap kali solat kat surau shopping atau fakulti kerana baunya yang semerbak mewangi maka aku beli telekung ni.Ia sangat ringan kerana dikhaskan untuk travel dan harganya pun murah.Aku beli secara online kat sini

3.Novel Islami
Aku tak baca novel selain daripada Novel Tarbiah Rohani.Bukan nak bagak baik tapi novel sebegini mampu mendidik jiwa aku yang sentiasa dahagakan pengertian cinta menurut istilah yg betul supaya aku dapat luruskan hati dan betulkan niat ini dalam usaha membina baitul muslim yang mampu mencipta syurga dunia sebelum meraih syurga akhirat.Ecewah ayat sastera sangat.Anyway sebenarnya motif aku nak cakap sekurang kurangnya kita dapat mengisi masa time dalam kereta kalau traffic jam ke or whatsoever so takdelah boring kan

4.Tablet/Ipad/Galaxy Tab
Disebabkan aku tak mampu untuk memiliki Ipad cuma sekadar ada Tablet PC je so aku biasa guna untuk main game waktu tunggu bas walaupun aku ni jenis yang tak suka game tapi kalau dah boring tahap gaban aku selongkar je semua game dan apa yang ada dalam tablet tu menghilangkan kebosanan.

5.Armani Lotion
Semestinya setiap orang tak suka pada bau busuk dan kurang menyenangkan jadi kita patut ada lotion atau perfume dalam handbag agar tiada siapa yang kurang berasa senang dengan kehadiran kita bahkan dapat menerbitkan aura yang fresh tanpa memukau hati sesiapa dengan perfume yg berlebihan.haha.

6.Dry Tissue
Wajib ada bagi aku dan boleh dikatakan hampir semua wanita ada dalam handbag masing masing.Kalau takde memang pelik sangat.Ni bukan aku yang cakap tapi orang lelaki yang kata.Bijak sungguh wahai kaum Adam dah tahu sikap kaum perempuan ni.hik3.

7.Wet Tissue
Pada aku wet tissue pun penting juga.Biasanya wet tissue ni terbahagi pada dua iaitu with fragrant or without fragrant.Aku ada kedua duanya sebab yang with fragrant aku guna time muka berpeluh so bila nak menyegarkan muka aku lap menggunakan wet tissue with fragrant.Untuk wet tissue without fragrant biasanya digunakan bagi siapa yang ada baby dan boleh juga digunakan bagi menggantikan tuala basah terutama bagi sesiapa yang suka makan nasi lemak pakai tangan.haha.itu contoh yang aku terlintas laa/

8.Chocolates
Siapa kat sini penggemar tegar chocolates kita satu geng!!Biasanya chocolate kegemaran aku ialah kit kat atau Crispy tapi kalau kau bagi aku chocolates apa apa pun aku tetap akan habiskannya.hee.At least kena ada makanan yang boleh isi perut dalam handbag in case terlewat ke majlis,kelas,atau kerja so bolehlah alas perut dengan chocolates atau roti dulu.

9.Dokumen dan Buku Nota
No 9 ni agak motif sikit sebab dalam ni aku isi buku nota dan biasanya aku letak sekali kad klinik atau hospital atau buku bank dan juga apa apa dokumen yang patut.

10.Makeup bag
Haruslah ada makeup bag kalau nak kemana mana.Pernah banyak kali juga aku tertinggal dan sengaja tak bawa sebab berat akibatnya rasa muka ni takde aura.Jangan salah faham makeup bukan bererti untuk menarik perhatian tapi bagi aku hanya makeup tipis sekadar untuk tampak segar dan bermaya.Muka kalau tak bermaya mestilah tak nampak ceria kan.

That's all from me till then

xoxo