13 December, 2017

Peek-a-box Unboxing December box 2017

 Assalamualaikum

Hi semua, selamat bertemu kembali. Hari ni aku nak share tentang Peek-a-box. So ya what is Peek-a-box? Siapa yang follow aku di instagram mungkin dah tengok video sneak peak Peek-a-box yang aku post. Harap-harap video berdurasi satu minit itu mampu memberi info sedikit sebanyak mengenai Peek-a-box. Untuk pengetahuan, Peek-a-box adalah exclusive suprise beauty box dimana kita boleh langgan setiap bulan. Mereka akan selectively put the beauty products and send to you in front of the door. Jadi apa yang kita dapat tu adalah randomized items and that's why we call it suprise beauty box! Beauty junkie mesti suka sebab uolls boleh discover new brands and products. Kebanyakan produk terdiri dari dalam dan luar negara. Dalam box ini ada at least 4 atau 5 item dan harganya cuma RM59 je uolls. Terperanjat makcik ha *sambil letak tangan atas bahu*. Sebab kalau totalkan semua harga barang yang kita dapat mesti mahal dan lebih dari RM59.


For your information, negara Mat Salleh macam UK dan US dorang dah lama perkenalkan konsep beauty box ni tau, sekarang baru idea ni muncul in our home grown country dan dari semasa ke semasa rakyat kita dah mula expose dengan subscription box sebegini. Beauty is too general to disclose kan so mesti ada yang tertanya beauty produk apa yang ada dalalam box ni kan. Produk yang ada termasuklah kosmetik, penjagaan rambut, minyak wangi dan skincare. Menarik kan terutama korang yang jenis suka suprise. Bila buka box mesti akan rasa excited sangat nak tahu produk apa yang available each month. Korang boleh pilih nak langgan pelan apa. Ada 4 jenis pelan langganan kesemuanya. Boleh pilih nak one off plan, 3 months plan, 6 months plan sampailah 12 months plan. Harga tidak termasuk caj postage.


Dalam box ni juga akan diberi mini-like sampling beauty magazine. Mereka akan feature selebriti yang berbeza untuk setiap bulan. Dekat bahagian belakang sample (dalam gambar bawah boleh refer gambar sebelah kanan) ada info berkaitan list setiap produk yang diberi berserta harga dan description. Setiap bulan juga mereka create theme yang berbeza. Untuk Disember box, theme yang diberi adalah 'Raikan diri ala-ala Peek-a-box'. Biasanya theme dorang sesuai dengan isu semasa contoh macam Disember box biasa ada banyak majlis kahwin, event dan preparation untuk sambutan tahun baru.




Cantik dan exclusive sangat Peek-a-box yang dibaluti gold foiling ni. Kotak dia keras nampak high berkualiti. Since it was designed nicely, bolehlah reuse untuk letak barang buat macam mini drawer.


Siap ada holder senang nak buka/tutup


Zoom in dengan lebih dekat. Wah, berkilauan warna dia seindah kilauan emas yang mampu memukau setiap mata yang memandang. Ok, dah tak payah nak hiperbola sangat :p

Nadeera Beauty Advance Serum
15 ml / RM39 SM, RM43 SS

Aku mulakan dengan first item iaitu Nadeera Beauty Advance Serum. First, aku suka packaging dia yang kecil molek. Tak pernah tengok serum diperbuat daripada warna pink. Aku melting tengok biasalah peminat pink kan pantang nampak warna pink mata tu membulat je. Semua mesti dah aware dengan boasting power of serum untuk provide extra hydration, extra nourishment and extra moisture. Serum ni bukan sahaja untuk nampak segar dan berseri malah mampu merawat sel kulit rosak dari dalam, mengawal kulit kering dan berminyak, mengecilkan liang pori, menegangkan kulit wajah, anti-penuaan, awet muda, menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Nadeera Beauty Serum diformulasi dengan campuran pelbagai vitamin, minyak argan, lidah buaya, emas 24k, minyak kelapa dan antibacteria chamomile. For more info boleh visit page mereka.

Instagram: @nadeerabeautyhq
Facebook: nadeerabeautyHQ





Serum ni dia tak cair macam kebanyakan serum lain. Texture dia likat macam moisturizer dan paling penting langsung non greasy atau oily. 


Sapukan pada permukaan tangan and after a few second terus meresap. Tak payah nak tenyeh lama-lama. Boleh refer gambar bawah.


Macam tak pakai apa-apa. Boleh rasa dia highly absorb ke dalam kulit and not just lock on the surface of the skin. Sis bagi 5 bintang!

Anna Lucia Castor Oil Hair Mist
100 ml / RM40

Aku dah lama aim nak beli hair mist disebabkan aku suka benda yang spray-spray. haha, kadang tu rasa lah mengada sebab semua benda nak spray. Face mist tu memang wajib ada, sun block pun nak kena jenis yang spray jugak. Kalau pergi kedai selalu bagitahu siap-siap 'saya tak nak sunblock jenis cream, saya nak jenis spray dan SPF kena lebih dari 30'. Orang kat kedai pun pening layan karenah aku yang the very particular haha. Baiklah, Anna Lucia hair mist ini diperbuat 100% daripada bahan asli tau. Ia mampu merawat masalah kulit kepala agar rambut tumbuh lebih sihat dan tebal. Untuk wanita bertudung pun sesuai guna hair mist. Biasalah dah nama bertudung, kalau rambut dibalut seharian, kadang buat rambut tu susah nak bernafas, guna hair mist ni akan buat rambut jadi segar tak berkepam atau berbau. Nak tahu detail boleh visit page mereka di:

Promotion code: ALPAB17



Infomation, direction and ingredients dah stated siap-siap dekat belakang botol dia.


Kenapa aku suka spray mist ni salah satu sebabnya adalah senang dah praktikal terutamanya untuk orang jenis semua benda nak senang macam aku ni. Spray-spray k dah siap! Hair mist ni bau dia wangi je tak puas rasa nak spray je banyak-banyak.

Hoopoe Rejuvenate Toner
100 ml / RM64

Peek-a-box ni macam tahu-tahu je aku sedang mencari toner juga dalam bentuk spray mist, haha. Kan aku dah kata aku obses dengan mist. lolz. Baru baru ni aku ada terfikir nak beli. Ada beberapa kali duk usha dekat website mencari toner yang best tup tup sekali Peek-a-box bagi kita suprise mist toner! Kau faham tak perasaan dia macam mana? Happy okey! Kira macam kau dah ada hajat dalam hati, tak siapa tahu hajat kau tengok-tengok kau dapat apa yang kau impikan tu. 

Hoopoe Rejuvenate toner adalah pilihan kegemaran Peek-a-box. Toner ni diperbuat dari bahan utamanya adalah rose water. Rasanya ramai yang dah aware kebaikan rose water untuk kesegaran, anti-bacterial, anti-aging dan bermacam lagilah kebaikannya. Madu juga adalah antara bahan yang digunakan dalam toner ini yang berkesan untuk mengecilkan liang pori muka, melembapkan kulit wajah, anti-radang, anti-penuaan, membantu warna kulit menjadi lebih sekata dan banyak lagi manfaat lain. Produk dari Hoopoe menggunakan 99% bahan asli yang mendapat kelulusan GMP.

Instagram: @hoopoe.360
Facebook : hoopoe.360


Aluminium coated packaging.



Hoopoe Calming Mask 
RM16

At least seminggu sekali kena pakai mask. Biasa mask agak mahal jadi kalau rasa ada duit lebih aku beli lah mask. Sebelum ni aku pernah buat entry tentang cara-cara pemilihan mask kan. Pada aku penting untuk tengok ingredients dia. Kadang kita tak tahu bahan apa yang dia letak dalam mask. Macam Hoopoe Calming Mask selamat untuk semua jenis kulit kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi yang tinggi iaitu 96.48%. Antara bahannya adalah seperti ekstrak madu, beta glucan, hydrolysed silk protein dan  portulaca.


The Sister Bean Tooth Polish 
50 g / RM39

Ramai yang tak sedar asyik fikir nak cantikkan kulit sehingga lupa perkara yang juga sangat penting iaitu penjagaan gigi. Aku ni jarang gila nak scalling. Seingat aku sekali seumur hidup pernah scalling which is masa bukak braces last year. This year after dah settle  3 kali rawatan akar di klinik gigi, kalau ikutkan doktor suruh datang semula ke klinik untuk buat scalling tapi aku malas, haha. Selalu postpone. InshaAllah azam tahun baru aku akan lebih istiqamah nak jaga gigi supaya nampak putih je kan tak kekuningan gitu. Bila Peek-a-box send item ni aku rasa wow menariknya nak try. 

Instagram: @thesisterbean
Dapatkan discount 20% dengan menggunakan code promo: PAXTP100 untuk setiap pembelian di instagram @thesisterbean




Bahan yang digunakan adalah pinang hence ia selamat digunakan. Kanak-kanak pun sesuai. Jangan risau, masa guna ni memula gigi akan nampak hitam macam arang. Lepas dah polish, tengoklah perbezaan sebelum dan selepas.


Yay, my teeth whiten. Sorry the picture not that clear. Tapi boleh tengok kan sebelum agak kekuningan haha and selepas dah putih! Tergoda jap cik abam enkorang bila tengok gigi uolls dah putih kan.



Berita gembira untuk uolls semua jom dapatkan December edition Peek-a-box di laman web peek-a-box untuk dapatkan 10% Discount dengan menggunakan my promotion code as per below:

Coupon code:  YASMINYUSUFFXPEEK 

Discount sah sehingga

31 December 2017!!

Sila jangan lepaskan peluang ini wahai saudaraku sekalian.

To be part of their unboxing campaign use #unboxingcampaign to be feature on their instagram. Jom Raikan Diri Ala Peek-A-Box this December! #peekabox #beautybox #decemberpeekabox

Website: http://peek-a-box.com/
Instagram: @peekabox_beautybox
Facebook: peekaboxbeautybox

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: