Assalamualaikum
Hi semua. Hari ni aku nak share entry special dengan semua. Siapa suka beauty products and suka explore produk apa yang best di pasaran macam aku you guys should read this till the end. Setiap kali nak pilih atau beli sesuatu produk, perkara pertama yang aku akan beri perhatian adalah packaging and review. Pada aku dua perkara ni paling penting. Sebab tu sekarang semua peniaga belajar skill untuk upgrade ilmu Marketing sebab kuasanya sangatlah besar dalam mempengaruhi pengguna. If you have the best products in town but nobody wants to buy your products tak guna juga bak kata Vivy Yusuf dalam satu temu bual di youtube. Aku suka tengok interview successful entrepreneurs di youtube. Rasa inspiring sangat dengan kejayaan diorang. Kita tengok kehidupan orang yang berjaya ni best je tapi tak tahu perit lelah yang dihadapi untuk capai apa yang mereka ada sekarang kan terutama yang berbisneslah. Sebab tu aku kagum sangat dengan orang yang ada bisnes dan berjaya dalam bisnes diorang.
Produk yang aku nak review pada kali ini adalah dari Sila Naturelle. Aku dah lama dah follow instagram Sila Naturelle ni. Aku tertarik dengan cosmetic yang dijual sebab packaging dia nampak so cantik dan theme dia ala-ala traveller gitu. Kira macam kenalah dengan style aku. hehe. Kalau uolls tengok dekat gambar di bawah, ini adalah antara produk yang dijual. Contoh, Rose Water face mist, lipstick, facial bar and powder. Disebabkan aku terlebih rajin, maka aku akan split the content mengikut produk yang aku review. Kali ini aku akan explain dulu berkenaan Rose Water Fresh Face Mist from Sila Naturelle.
I tell you. Packaging dia cantik sangat!
Unboxing the packaging. Ada total 5 produk kesemuanya and I will be writing a separate entry for all the products.
Fresh Face Mist Rose Water
110 ml RM30 excluding postage
Kalau uolls aware Rose Water sekarang ni dah jadi macam trending. Ramai dah orang share kebaikan rose water. Orang zaman dulu diorang sanggup kunyah makan bunga mawar untuk cantikkan kulit malah rose water telah diamalkan sejak ribuan tahun lalu untuk kegunaan kecantikan sehinggakan Cleopatra, the most lagendary queen of beauty pun sangat tergilakan dengan rose water ni dan dikatakan rahsia kecantikkannya adalah kerana rose water yang sentiasa diamalkan. Buat kulit jadi pinkish pinkish gitu dan banyaklah manfaatnya. Sekarang ni zaman moden tak ramai yang ada masa nak pegi cari bunga mawar lepas tu nak telan satu hal, haha. Tak kuasa lah kan sebab tu sekarang dah ada rose mist, senang spray spray je. Jom kita tengok apa kebaikan rose water ni.
- Membantu mengimbangkan kadar pH pada kulit. Rosewater bagus untuk mereka yang mempunyai kulit muka berminyak (oily skin types) kerana ia dapat mengurangkan minyak membuatkan muka kelihatan lebih matte dan flawless!
- Boleh digunakan sebagai toner yang mengurangkan kedutan di wajah dan buat kulit jadi lebih glowing dan awet muda.
- Membantu mengecutkan jerawat.
- Membantu mengurangkan iritasi kulit, eczema (bersifat anti radang).
- Bertindak sebagai Antibakteria. Boleh membantu menyembuhkan parut.
- Antioxidant yang terdapat dalam rose water mampu dapat merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
- Menaikkan seri wajah dan mencerahkan wajah.
- Hydrate, Revitalise and Moisturise! Rosewater bagus untuk melembabkan kulit dan membuatkan wajah kelihatan lebih fresh!
- Penawar masalah eyebag eye puff, area mata yg hitam (menyegarkan mata).
- Membantu mengecilkan liang-liang pori.
- Bersifat anti stress dan anti depressant kerana baunya yang wangi boleh memberikan rasa tenang.
- Boleh digunakan sebagai setting spray selepas menggunakan makeup untuk pastikan makeup tahan lebih lama.
Banyak kan kebaikan rose water. Biasa kalau ikut my skincare regime, lepas cuci muka aku akan pakai toner and moisturizer. After step pakai moisturizer baru spray-spray guna face mist. Tips untuk orang yang ada eyebag semangkuk macam aku, rose water boleh digunakan untuk mengurangkan mata panda. Caranya adalah masukkan rose water dalam fridge lebih kurang setengah jam and then apply pada cotton pad lepas tu perlahan-lahan dab pada bahagian bawah mata, inshaAllah boleh mengurangkan sembab mata dan jadi lebih fresh.
Information about the benefits of Sila Naturelle Rose Water.
Cara penggunaanya, make surelah tutup mata pastu spray dengan jarak 30 cm dari muka dan biarkan kering dengan sendiri. Nak ukur jarak pakai pembaris pon boleh :p (buat orang yang ada OCD macam aku ni sesuailah agaknya pakai pembaris kan sebab nak pasti jarak tu mesti tepat. lolz. Macam aku cakap tadi, aku biasa guna as addition after pakai moisturizer sebab aku dah guna toner sebelum tu tapi kalau uolls tiada toner, boleh jadikan rose water as a toner before apply moisturizer. Faham kan.
Baiklah, dah settle review Sila Naturelle Rose Water Fresh Face Mist, nanti next entry aku nak cerita bab moisturizer pulak. Nak tahu kena tunggu! Hari sabtu atau isnin depan aku update inshaAllah.
Kalau ada yang interesting nak dapatkan rose water, boleh beli dari aku. Aku bagi harga special untuk korang. Boleh email atau whatsapp aku. Nak beli dekat HQ pun boleh. Founder dia namanya Kak Puteri dah la cantik, baik pulak tu. Senang sangat berurusan dengan dia.
Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com
For more info please visit.
Instagram: silaminerals_cosmetics
Facebook: SilanaturelleHQ
Thanks for reading my entry
xoxo
No comments:
Post a Comment