28 December, 2017

2018 planner & amp ; New Year Resolutions

Assalamualaikum

Hi. Lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. Uolls semua dah bersedia ke? Alhamdulillah aku dah bersedia nak menjejakkan langkah pada tahun baru 2018. Ya Allah, rasa macam tak percaya dah nak masuk 25 tahun. Mid twenties dah pun. Harapnya bila usia semakin bertambah, maka makin bertambahlah amalan kerana makin hampir mendekati kematian. Tiap kali masuk tahun baru tak sah kalau tak pasang azam kan termasuklah aku. Walaupun azam tiap-tiap tahun tu sama je (disebabkan tak tercapai untuk tahun-tahun sebelumnya, maka dibawa ke tahun berikutnya, haha) but at least ada lah juga something yang achievable dari takde langsung:p, sebab tu penting untuk list your plan tau.

Betapa besarnya power the law of attraction. Bak kata Neelofa dalam satu interview ( btw, aku tak pernah miss follow perkembangan dia, hehe), katanya dia dah list out semua plan nak dicapai bermula dari dulu sampailah usia dia 35 tahun. Siap print out list tu, and dia cakap boleh dikatakan almost apa yang ditulis dia dah capai. See, how our vision shapes us into reality. Pernah tak dengar quote ni dari Albert Einstein. 'Imagination is the preview of life coming attraction.' Betapa pentingnya imagination atau dalam erti kata lain maksudnya perancanganlah. Tapi jangan duk merancang saja namun tak bertindak. Siapa tu? Aku lah salah satu orangnya kot :p

Rasa semangat untuk memulakan tahun 2018 lain macam sikit. Entah, aku dapat merasakan tahun 2018 bakal membawa cahaya baru dalam hidup. 2017 banyak mengajar aku pelbagai perkara, walau tahun 2017 yang aku lalui agak sukar dan mencabar serta sedikit sebanyak bercelaru dari sudut emosi, tapi at least aku belajar untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri disamping berusaha untuk mencari potensi sebenar. Ye, aku masih lagi cuba untuk mengasah skill dalam diri.  Harapnya masih belum terlambat untuk kenalpasti kebolehan dan minat sebenar masing-masing supaya kita pun boleh berjaya macam orang yang hebat-hebat juga. 

Bila masuk tahun baru antara perkara yang paling excited semestinya planner! Aku dah merangka plan untuk tahun 2018 dan semestinya harus update dari masa ke semasa.  Dah listkan siap-siap new year resolutions dan kali ni lebih spesifik dari tahun-tahun sebelum ni. Because I have always believe, the more clearer and specific your goals, the more it trigger your psychomotor to achieve it.  Kenapa aku suka sangat plan sebab planner buat hidup jadi lebih teratur dan terurus. Sebelum ni jujur cakap aku tak suka pun plan and end up rasa macam manusia yang caca marba tak ada matlamat hidup. Sama macam quote popular Professor Hamka. 'Jika hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, jika kerja sekadar bekerja kera juga bekerja.' Cukup untuk memberi tamparan pada diri sendiri ini.

Aku memilih untuk membeli planner dari @plannermuslimah. Aku tertarik dengan planner yang dijual disebabkan ciri-ciri islamik. Nama pun Becoming A Better Muslim. Yes, I wanted to be a better muslim! Apa yang aku suka tentang planner ni juga sebab ada divider quote yang best-best. Aku suka sangat quote quote yang boleh lift kita punya semangat. Maklumlah, bukan mudah nak stay on track and motivated setiap masa. Perlu ada extrinsic and intrinsic motivation. This is one of the ways to keep myself positive!

Planner Becoming A Better Muslim ini juga ada ibadah checklist, quran checklist, fitness checklist, bill checklist, saving checklist, monthly expense tracker, and Ramadan checklist. List-list semua penting untuk aku kerana aku adalah manusia yang mudah pelupa jadi aku perlu siapkan list hampir untuk semua perkara yang perlu lakukan dalam hidup. Yes, I am a list person. Pelik pulak bunyinya but list do really make me progress into action. 

Aku suka tengok inspiring youtuber yag kreatif dan selalu update meaningful content. Antara fevret youtuber aku Aileen. Dia kata every year mesti dia ada tema tahun baru. Aku pun dah terikut-ikut dengan cara dia, haha. Gedik pulak rasa nak ada tema-tema bagai ni but at least it shows you how you value your life kan. So why not benda baik kita practice tak rugi pun. Jadi tak jadi belakang kira. So my 2018 theme is: 

A : Alive
B : Bold
C : Confident
D: Development (career)
E : Explore
F :  Focus


My 2018 Planner
'Becmong A Better Muslim'



Planner Accessories
Dah jadi satu kewajipan pula untuk memiliki planner accessories. Macam biasa, aku suka hias planner dengan stickers and washi tapes. Kedai fevret aku untuk beli barang-barang ni semua of course Mr DIY sebab harga sangat murah. Hari tu masa masuk DIY, lepas satu-satu dia ambil masuk bangkul, then cakap kat diri sendiri. "Tak boleh jadi ni Yasmin, please lah stop beli banyak-banyak". Tak boleh geram lah tengok sticker comel-comel. Macam budak-budak je. Sabar jelah diknon.


Isi washi tapes dalam satu bekas. Senang nak capai.


My collections!

Mesti ada orang tanya apa perlunya tape-tape ni semua?
Planner addicted person tahulah betapa berertinya benda-benda ni semua pada kami.
Lagi satu, rasanya perempuan je yang suka menghias planner.  Kami kan makhluk paling aneh di dunia ni jadi tolonglah fahami sikap golongan seperti kami ini :p




The stickers




Untuk tahun 2018 nanti mungkin ada yang azam nak tamatkan zaman bujang, nak bertunang, nak sambung belajar, nak beli kereta nak beli rumah atau pergi tunai Umrah. Apa-apa sahaja hajat korang semua aku doakan yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan kita, diberikan keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. Jangan berputus asa walau menghadapi kesusahan atau kegagalan. Remember your life is blessing from Allah, treasure every moment of it.

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: