Assalamualaikum
Hi, dah sampai pun last part update dari Sila Naturelle dan dalam banyak-banyak part bab lipsticklah yang paling aku suka. Uolls tahu kan betapa obsesnya aku dengan lipstick. Alhamdulillah semakin banyak dah collection lipstick yang aku kumpul saban bulan 😂. Dah jadi macam hobi pulak mengumpul lipstick. Haha. Orang perempuan ni kan walau banyak mana koleksi makeup yang dia ada, masih lagi rasa tak cukup. Hipotesis dia senang je. Semakin banyak makeup yang kita ada, semakin rasa nak lagi nak lagi dan lagi. Haha. Bak kata adik aku: 'Kak, kau himpun lipstick banyak-banyak ni bukannya boleh makan pun. Kalau kenyang takpelah jugak'. Me be like: 'Ada aku kesah? Dah aku suka nak buat macam mana.' Dia obses dengan Korea tak kan aku nak obses dengan makeup tak boleh?Adil kan.Ahaks
Review kali ni adalah liquid lipstick dari Sila Naturelle. Sekali tengok lipstick ni terus terpikat. First sebab packaging box dia lawa gila okey. Tengok ni, macam chocolate Toblerone kan. Rasa nak makan pun ada :p Aku penggemar matte lipstick jadi bila Sila Naturelle came out with their lipstick collections maka haruslah aku memilikinya. Ada 5 shades yang available kesemuanya. Nama-nama shades so cool inspired from travelling series macam hot air ballon, luggage, polaroid, passport, jet setter . Eh, fefeeling travel sangat. Ah, rindunya nak travel! Harap 2018 adalah rezeki untuk travel abroad lagi.
Seal A Kiss Travel Series Exclusive Matte Liquid Lipstick
RM38/ pcs excluding postage
Ada 3 warna kesemuanya yang aku akan review pada kali ini iaitu polaroid, luggage dan passport. Aku suka ketiga-tiga warna ni. Texture dia creamy senang nak apply tak crumple or dry. Kalau yang jenis bibir dry atau chapped nak pakai lipstick ni tak ada masalah. Susah ah nak cari kelemahan lipstick ni. Biasanya tiap kali review mesti aku akan cari kekurangan produk tu (lumrah blogger review hehe) kena tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu produk tu dan kena bercakap secara jujur tapi serius aku kata matte liquid lipstick Sila Naturelle ni antara yang paling best aku pernah cuba. Jarang ada yang aku tak suka melainkan kalau dia smudge bila pakai, or transferable. Don't worry lipstick ni sangat pigmented. Pakai satu layer pun dah cukup tak perlu calit berlapis-lapis.
Dalam ketiga-tiga warna ni, paling aku suka luggage. Warna dia earth tone red brownish. Sesuai dengan kulit aku dan aku sentiasa perasaan semua warna kena dengan kulit aku haha sebab tu aku tak kisah pakai lipstick warna apa-apa pun. (Mohon tegur kalau mek min pakai lipstick tak kena dengan warna kulit dia, haha).
Polaroid: Nude peachy color
Luggage: Earthy browniish with a dash of red. Warm and natural
Passport: High tone purple reddish color
Palaroid
Dalam ketiga-tiga warna ni aku paling berkenan code passport. Second luggage and least preferable polaroid. Well, macam biasa aku penggemar color yang menyerlah which look bold and vibrant so passport menjadi pilihan hati aku. Nampak confident gitu walaupun diri ni tak lah confident sangat orangnya. Luggage pulak sumpah cantik warna dia soft je. Aku perasan color nude/peachy macam polaroid buat bibir aku nampak obvious. You know what I mean right. I have full lips lagi lagi bila pakai braces memang Angelina Jolie pun boleh kalah dengan aku. haha. Anyway, maybe this color suit orang yang berbibir kecil and kulit cerah. Aku yakin pasti sesuai.
kalau korang ada soalan nak tanya atau nak order produk dari Sila Naturelle boleh je whatsapp or email. Kalau nak email di bahagian sidebar blog ni dah ada email box. Uolls boleh contact aku bila-bila masa inshaAllah I will reply shortly.
Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com
For more info please visit.
Instagram: silaminerals_cosmetics
Facebook: SilanaturelleHQ
Thanks for reading my entry
xoxo
No comments:
Post a Comment