20 December, 2017

Sila Minerals Bedak Benang Sila Premium

Assalamualaikum

Hi selamat bertemu kembali. As promised, nak sambung balik review produk dari Sila Naturelle. Review kali ini adalah sejenis bedak benang sila. Siapa kat sini pernah dengar bedak benang sila? Mesti ramai yang tak familiar kan tapi kalau aku sebut bedak sejuk? Ok dah ramai yang mengangguk tu. Apa aku boleh simpulkan bedak benang sila ni mempunyai persamaan dengan bedak sejuk. Dulu masa kecik-kecik selalu tengok nenek tepek-tepek bedak sejuk pada muka lepas tu mulalah aku main  sekali letak air sikit pastu tap tap dekat muka. Bedak sejuk biasanya dalam bentuk tablet kan tapi bedak benang sila ni dalam bentuk blok.

Mula-mula aku ingat bedak Sila Mineral ni face powder yang biasa je rupanya tidakkk. Bedak ni bukan calang-calang bedak tau. Itulah kelainan produk yang ditampilkan oleh Sila Naturelle. Untuk pengetahuan, Sila Minerals adalah bedak batu benang sila yang terkenal sejak zaman berzaman. Bedak batu benang sila ini merupakan produk warisan keluarga Hajah Zaliha yang telah diusahakan semenjak tahun 1940-an di Bidor Perak. Bedak ni rupanya telah diformulasi semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Ianya diperbuat daripada sejenis batu asli yang biasanya terdapat di dasar laut. Ia adalah sejenis mineral semulajadi yang mempunyai pelbagai kebaikan. 


Sila Minerals Bedak Benang Sila Premium

RM30 / 30 gram


Memandangkan bedak benang sila telah digunakan semenjak zaman berzaman secara maka ciri-ciri tradisional bedak ini masih dikekalkan. Yang menariknya bedak ini telah melalui beberapa siri ujikaji. Hasilnya sila minerals telah terbukti secara klinik mempunyai kadar nisbah UVA 0.88. Mungkin ada yang pening lalat tak tahu apa itu UVA. Biasa kan dengar orang sebut UVA, UVB dan UVC. Meh aku cerita sikit berdasarkan hasil research dari pakcik google. Tengok, rajin kan aku google semata-mata nak explain supaya orang faham.

UV stands for ultraviolet radiation adalah tenaga radiasi yang datang dari sistem suria terbahagi kepada tiga jenis iaitu UVA, UVB dan UVC. Apa berbezaan setiap UV? Setiap UV ni mempunyai  kadar kepanjangan wavelength yang berbeza. Wavelength tu apa? Kang aku cerita topik wavelength dah masuk subjek Fizik pulak.:p Aku ni zaman sekolah dah la tak suka Fizik. haha, selalu memaksa diri untuk belajar Fizik dengan harapan tak fail lolz. Masuk zaman Asasi je aku mulai suka subjek Fizik. Aku jenis tak masuk otak kalau orang asyik nak soal macam cikgu Fizik zaman sekolah dulu suka benau tanya budak dalam kelas. Turn aku kena soal ternganga tak tahu jawapan haha tapi yang hairannya lecturer zaman Asasi dulu mengajar suara dia berbisik ya Allah pijak semut pun tak mati eh boleh pulak aku fokus semangat je. haha

Berbalik kepada UV tadi. Kena sambung sebab dah explain. Hanya UVA dan UVB sahaja boleh penetrate ke lapisan ozon sehingga menembusi atmosfera bumi manakalah UVC dihalangi oleh lapisan ozon. Sekarang ni yang penting kena tahu UVA dan UVB ni bahaya sebab bila kena kulit boleh menyebabkan aging, skin cancer, cataract and sunburn.

UVB lagi bahaya dari UVA walaupun wavelength UVA lagi panjang daripada wavelength UVB. UVA mampu menembusi hingga ke lapisan kulit paling dalam dan UVB hanya mengenai lapisan kulit pada bahagian outer layer. Meskipun begitu, antara penyebab skin cancer and sunburn adalah berpunca dari UVB. Faham kan. Uolls kena tahu kulit kita mempunyai tiga lapisan ye. Lapisan pertama dipanggil epidermis, lapisan kedua dermis dan lapisan ketiga hypodermis. 

Memandangkan UVA mampu menembusi hingga ke lapisan kulit paling dalam, jadi senang buat kulit aging. Salah satu punca penuaan adalah kerana sinaran UVA. Kebanyakan produk sunscreen atau sunblock di pasaran hanya mampu menghindari sinaran UVB berdasarkan SPF, jarang yang ada full UVA protection sedangkan kadar UVA dalam sinaran matahari adalah 500x ganda berbanding UVB, jadi penting untuk cari produk yang mampu menghalang sinaran UVA dari menembusi hingga ke dasar laut lapisan kulit. 

To sum up, dengan penggunaan bedak benang sila secara berterusan, inshaAllah mampu mengelakkan kedutan disebabkan oleh sinaran UVA dan bedak ini telah diakui selamat untuk digunakan oleh SIRIM.

Kebaikan Bedak Benang Sila
  • Melindungi kulit daripada kesan bahaya sinaran UV seperti pigmentasi dan kedutan
  • Menghilangkan kesan parut jerawat dan ruam
  • Mengurangkan gatal-gatal pada kulit
  • Memelihara kulit muka supaya halus dan licin
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Bebas bahan kimia, tanpa pewarna, pengawet dan pewangi tiruan
  • Halal dan boleh digunakan tanpa was-was


Cara penggunaan 

Bedak benang sila ni sama macam bedak talkum. Aku lebih suka pakai after skincare. Tak perlu nak letak air. Pakai je macam bedak biasa. Sesuai dipakai pada bila-bila masa. Aku lebih selesa pakai masa kat rumah. Lepas mandi and pakai skincare semua dap dap bedak benang sila ni macam tepek bedak baby. Al hasilnya skin rasa soft je. Rasa dia menyerap lebihan minyak pada kulit. Biasa kalau pakai skincare dalam rumah aku memang dah tak pakai bedak dah sebab nak cream betul-betul bertindak dengan optimum. Kadang nampak kulit jadi berminyak dengan lapisan cream tapi after apply bedak ni kulit jadi lebih matte dah tak berminyak.





See, bedak ni sama macam bedak talkum tapi dia tak berselerak ye bila dap dengan span. Tak perlu risau berterabur lagi dah. Untuk yang kulit sensitif pun tak ada masalah kalau nak cuba bedak ni and kalau yang ada large pores inshaAllah tak akan menyumbat liang-liang pori sebab kita tahu biasa macam bedak talkum senang buat pores tersumbat kan tapi tidak dengan bedak benang sila ni.

Itu je update kali ni. Tunggu next update pula ye.

Kalau nak tahu kat mana uolls boleh dapatkan semua produk-produk yang best dari Sila Naturelle boleh contact aku pada nombor yang tertera atau email je. InshaAllah aku reply sepantas kilat.

Whatsapp: 013-3563205
Email: yasminyusuf1993@gmail.com

For more info please visit.

Facebook: SilanaturelleHQ

Thanks for reading my entry
xoxo

No comments: