بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Selamat bertemu kembali. Ada ke orang yang ternanti-nanti sambungan penulisan blog Yasmin Yusuf tentang tips bercuti ke Beijing ni? hehe, rasa macam tak layak je nak tulis tips bagai, sebab aku bukannya avid traveller macam traveller lain. Travel once in a while je tapi aku akan cuba sebaik mungkin sampaikan apa yang aku tahu sepanjang percutian yang lepas. Harap uolls bersiap-sedia untuk membaca karangan panjang lebarku ini, so ya entry kali ni berkisar tentang? Yes! The Great Wall of China!
Bila sebut je tentang Beijing, mesti uolls semua dah tahu mercu tanda mereka yang paling popular semestinya The Great Wall of China. Pernah dengar tak slogan Melawat Melaka berberti melawat Malaysia? dekat sini pula jika melawat Great Wall of China bererti melawat China! hihi Amboi, memandai je reka slogan. Rasanya semua orang yang datang ke China teringin nak merasai keajaiban one of the seven wonders in the world ni kan yang merupakan dinding terpanjang dunia and the biggest ancient architecture. Sebelum bagi tips, nak bagitahu dulu fakta. Make sure study dulu Sejarah Great Wall ni baru ada feel untuk pergi and selami sendiri dengan jiwa raga kan, hihi.Tak tahulah kut celah mana datang semangat rajin aku ni pergi download journal Great Wall lepas tu print out dah macam buat rujukan thesis pulak. ades! Semangat terlebih ni.
The Great Wall of China dibina pada zaman dinasti Ming dengan kepanjangan jarak lebih kurang 8,851 km. Banyak percanggahan pendapat tentang jarak yang tepat sebenarnya, yang berusia lebih 2300. Tahukah anda apakah tujuan sebenar The Great Wall of China dibina? Tujuannya adalah untuk melindungi empayar Maharaja China dari diserang oleh bangsa Monggolia. Walaupun dah beribu tahun lalu, tapi binaanya sangat menakjubkan kerana tak ada bangsa yang boleh bina tembok sekukuh tembok besar China ni. Fakta journal mengatakan, menurut cacatan Ripley's Believe It or Not Pada kurun ke 17, Maharaja Shih Huang Ti telah menggunakan hampir 1 million tulang tulang rakyat yang telah mati semasa membuat tembok besar demi mengukuhkan binaan. Maharaja dulu sanggup kerah tenaga rakyat mejadi hamba untuk menyiapkan tembok China ni.
Tips 1: Suhu dan Cuaca
Perkara utama bagi seorang pelancong sebelum decide untuk travel mesti kena check dulu cuaca dan suhu. Kepada sesiapa yang tak tahu, negara China adalah antara negara yang mempunyai tahap pollution yang tinggi tau terutamanya pada bulan 6,7,8 jadi try to avoid untuk travel dalam bulan ni. Kalau ingatkan aku nak travel bulan 7 atau 8 sebab flight ticket time tu sangat murah tapi aku cancel disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk dan suhu musim summer yang terlalu panas. Ada orang tak suka travel musim panas kan lebih-lebih lagi kalau melancong ke negara 4 musim. Kita orang Malaysia rasanya memang ramai yang sengaja suka melancong time winter sebab nak experience snow,hihi tapi aku dah plan awal-awal nak pergi musim fall/spring sebab aku tak suka cuaca yang terlalu sejuk, jadi kali ni aku memilih untuk travel musim fall sebab tak pollute and suhunya cool which is 25-28 degree celcius pada waktu siang dan malam menurun sehingga 17 degree celcius.
Tips 2: Pilih section entrance yang terbaik
Aku bukanlah orang yang tepat untuk bercerita soal bagaimana cara nak datang ke sini disebabkan kami semua menaiki kereta sewa untuk ke Great Wall. Tak naik public transport. Kami pilih untuk pergi dengan kereta disebabkan jaraknya yang agak jauh iaitu hampir dua jam dari rumah/bandar, jadi no proper access public transport yang available melainkan kena naik turun lompat bas or subway. Tapi iolls boleh cadangkan route terbaik untuk ke Great Wall. Buat pengetahuan, ada empat main section utama iaitu Badaling, Mutianyu, Jinshanling and Juyonguan. Sebenarnya banyak lagi section lain tapi ini antara section yang popular. Dalam banyak-banyak section, Badaling paling famous disebabkan pemandangannya paling cantik. Route ni paling ramai tourist malah travel agency pun suka bawa pelancong guna section Badaling. Kalau peak season akan sesak dengan lautan manusia yang membanjiri kawasan ni so try to avoid using this section. Kalau pemandangan cantik tapi sesak pun tak best jugak kan. Mesti akan rasa tak selesa dan tak boleh nak feel keindahan tembok besar.
Min Min rasa macam VIP naik kereta Volkswagen ada driver yang tolong buka pintu :p
Jadi pilihlah Mutianyu, which is the most magnificent fully restored Great Wall Section. Apa yang best Mutianyu ni juga mempunyai pemandangan yang cantik, ada watch tower dan dan yang paling penting tak ramai tourist macam di Badaling. Untuk fakta dan kelebihan section Mutianyu, sila baca sini (China Travel Guide)
Main entrance Mutianyu.
Kawasan beli ticket sebelum masuk ke kawasan pergunungan dan tembok.
Pay attention to this part ya. Untuk access ke tembok besar which is far away on the mountain, uolls kena panjat lebih beratus anak tangga. Probably about 1 hour baru sampai atas. Tapi sebelum tu kena naik bas dulu untuk ke kawasan pergunungan. Beli ticket di kaunter. First ticket bas and second ticket sightseeing kemudian baru fikir naik cable car/tangga. Faham tak? Alright, maybe ada dari kalangan kita yang tak semua ada kudrat untuk panjat tangga macam orang tua atau kanak-kanak, don't worry kita boleh naik menggunakan cable car which is 5 minit dah sampai. Disebabkan harga cable car agak mahal tak payahlah naik dan turun guna cable car. Jadi rentetannya begini, aku cadangkan naik tembok guna cable car, turun menggunakan tangga bukannya panjat guna tangga, turun naik cable car (macam kami buat lolz). Kau tau tak betapa semputnya aku masa panjat tembok tu? Hampir 10 kali kami berhenti disebabkan aku terlalu penat. haha, Aku ni dahlah jenis manusia yang tak lasak, bekas pesakit asma pulak tu jadi enery tak banyak macam orang lain. ngehe! siap hari bulan boleh pengsan tapi nasib baiklah aku tak pengsan masa panjat tangga tu kalau tak naya orang sekeliling kena angkat.
Bus ticket: CNY15
Sightseeing: CNY45
Cable car: CNY100 (optional)
Inilah bas station untuk ke kawasan pergunungan.
Antara deretan tangga yang perlu dipanjat untuk sampai ke puncak.
MashaAllah the scenery is so magnificent. The view on top of the mountain.
Secantik-cantik ciptaan manusia, cantik lagi ciptaanmu Ya Allah.
*bukan ayat pickup line* ehehe
Cantik sangat seni bina dia.
Ya Allah, thank you for the opportunity you given me. Terasa diri ini terlalu kerdil melihat kehebatan kekuasaanmu. Maka jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatmu.
“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan setelah dibangkitkan.” (Surah Al-Mulk | Ayat: 15).
Dalam watchtower
Tips 3: Makan secukupnya dan bawa bekal
Sila jangan abaikan makan ye walau rancak berjalan. Make sure pagi-pagi sebelum gerak nak datang sini makan dulu heavy breakfast. My mom's friend dah siapkan mee sup daging tau untuk breakfast. Banyak gila aku makan. Jarang aku makan heavy breakfast melainkan kalau makanan tu sedap atau nak berjalan jauh. Memandangkan kawasan atas tembok ni tiada kedai makan, kedai makanan halal apatah lagi jadi sila tapau siap-siap makanan dari rumah. Ingat last entry day 1 aku cerita kami beli makanan sebagai bekal lunch masa Great Wall. Alhamdulillah tak lapar sepanjang perjalanan. Hepi je memanjang. Kalau perut berbunyi mood pun boleh spoil kan.
Sabar jelah orang kaki selfie memang macam ni. Video banyak je buat acah-acah vlogger gitu tapi aku amatlah KO bab-bab nak mengedit video ni. Video blog review insta sampai sekarang postpone sebab tak tahu nak edit pakai apps apa. Rasanya dah 10 apps aku install tapi semuanya tak penuhi citarasa aku. Ada je yang kena di mata ni rasa macam tak secantik orang lain yang reti buat video.
"Lihatlah gunung yang tinggi, subhanallah itu Allah yang punya."
tiada yang engkau punya,
semuanya Allah punya,
dari itu janganlah sombong,
janganlah riak serta iri hati,
dunia ini hanyalah pinjaman sementara,
akhirat nanti kembali padanya.
Nah, lirik dari bait lagu Pak Iwan.
Tips 4: Pakai pakaian yang selesa dan kasut sukan
Part ni sudah terang lagi bersuluh cuma nak extra remind je. Buat yang datang musim summer atau fall seperti sekarang ni silalah pakai pakaian yang selesa. Aku memang sengaja pakai baju ringan macam ni sebab panas sangat time ni even the weather is cool. Cuaca di temperate country macam china ni sangat dry tak sama macam Malaysia high humidity. Yang bestnya walaupun kau sedang memanjat beratus anak tangga, susah sangat nak berpeluh kalau kat Malaysia dah lama lencun.
Masa nak balik kawan tanya nak turun guna cable car atau patah balik turun guna tangga sebab dia dan mak dia pada mulanya nak guna tangga. Malulah aku kalau cakap nak naik cable car sebab mak dia yang umur 60 tahun rilex je panjat tangga, haha sedangkan aku yang muda ni jugaklah yang semput. Aku cakap je mana-mana pun boleh padahal dalam hati meronta-ronta nak naik cable car.kah Lepas tu dia kata tak apalah kita naik cable car sebab dia kesian tengok keadaan aku yang ntah apa-apa tadi masa memanjat tadi.lolz. Time tu nak peluk je dia, tau-tau je hasrat hati aku ni.
Masa kitorang tengah suka suka bergambar, ada sorang tourist ni nak bergambar dengan aku and aku masa tu rasa tak percaya like wait what? Iolls rasa macam artis.
hahaha
Tips 5: Rancang Perjalanan
Tips ni more to general tapi kena juga emphasis sebab penting. Sebelum apa-apa rancanglah dulu perjalanan. Nak datang sini wajib datang awal pagi. Kami gerak lebih kurang 9.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu dah ramai orang yang dah nak balik. Ingatkan kami antara yang terawal sampai, haha. Biasalah, kalau tengah hari agak panas. Panas ceng ceng bak kata kata orang Kelantan. Yang tak suka panas tu silalah datang awal-awal pagi. Btw, kat sini banyak jual souvenirs jadi boleh usha kalau nak beli tapi aku tak jengok pun sebab dah tahu mesti mahal. Souvenirs di Beijing mostly semua mahal apatah lagi kalau tempat tu tourist attraction. Rasanya tu je kot tips ke Beijing. Kalau ada apa-apa kekurangan atau penambahan korang boleh email aku. InshaAllah yang mana aku boleh jawab, aku akan jawab.
Thanks for reading my entry
xoxo
No comments:
Post a Comment