بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Mungkin ada yang dah tahu baru-baru ini aku ke Beijing pada 15/09/2017-25/09/2017 iaitu lebih kurang selama 10 hari. Sebenarnya trip ke Beijing ni dah lama dirancang lebih kurang 3 tahun lepas namun baru sekarang terlaksana, ihiks! Okeylah tu daripada tak tercapai langsung angan-angan tu kan :p First and foremost mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memilih negara Republik of China sebagai destinasi pilihan untuk melancong pada kali ini kan. Kenapa bukan Korea atau Jepun ke. Bagus soalan itu wahai kawan-kawan. Sebenarnya, aku ada seorang kenalan yang tinggal di sana. Dialah yang selalu ajak aku pergi Beijing. Tiap bulan mesti akan whatsapp tanya bila datang Beijing, katanya tak sabar nak terima kedatangan aku ke rumahnya. Macam biasalah aku bila orang berjalan tak pernah kata tidak, maka setelah cukup simpanan bermulalah episod travel aku ke sana. Di bawah aku senaraikan sebab-sebab kenapa aku ingin ke Beijing selain dapat melawat kawan aku.
1.) Terdapat banyak peninggalan Sejarah which is good sebab aku suka Sejarah lebih lebih lagi jika melibatkan architecture.
2.) Mudah untuk mencari makanan halal.
3.) Tempat tinggal percuma (credit to my friend) yang bagi aku tinggal di rumahnya.
4.) Mata wang tidak mahal RM1.00=CNY1.56 (nilai rate semasa).
5.) Harga public transport terutamanya subway murah dan laju. Paling lama pun tunggu 5-7 min je.
Alhamdulillah segala urusan ke sana dipermudahkan Allah walaupun aku pergi sorang je. Trip kali ni lebih kepada solo traveller bukan backpacker ye. Aku tak suka backpack! sebab aku ni manusia yang tak boleh hidup kalau tak selesa, plus kalau boleh nak melawa sepanjang masa macam Che Ta travel haha jadi memang aku tak pernah teringin nak jadi backpacker buat selamanya. Memandangkan aku pergi sorang, jadi segala preparation aku urus sendiri. Tak pakai agency pun. Persiapan visa pun settle sendiri kat KL. Jadi nak tak nak dua bulan sebelum travel banyak juga aku research. Duk study blog orang travel, baca buku Sejarah Islam China, skodeng facebook BBM and suft sana sini. Untuk memudahkan diri, aku dah prepare and print out siap-siap itinerary ke Beijing sebelum berangkat ke sana. Refer yang tu je sepanjang travel. Senang!
Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ayuh kita telurusi dahulu peta negara China ini. Dikatakan populasi di Beijing mencecah sehingga 21.4 juta manakala keseluruhan jumlah penduduk di negara China kira-kira 1.4 billion. Percaya atau tidak kira-kira 200,000 juta penganut di China adalah beragama Islam. Hebat kan sebab kerana Islam terlebih dahulu disebar ke China sewaktu zaman Rasululllah iaitu lebih kurang 1400 tahun yang lalu.
Beijing adalah bandar kedua terbesar yang terletak di utara negara China selepas Shanghai yang dahulu kalanya dikenali sebagai Peking. Sila bawa bersabar ye sebab aku sentuh serba sedikit tentang Sejarah. Aku ni dulu zaman sekolah minat Sejarah sama macam minat baca Novel seronok je membacanya. Lepas sehelai demi sehelai tup tup habis senaskah lol redundant sangat haha. I don't know why maybe I love facts disaat ramai orang mengatakan Sejarah itu bosan pada aku Sejarah itu menyeronokkan.hehe
Kawan aku tu dia tinggal di Chaoyang Changying Minzu Community, Chaoyang adalah antara daerah yang utama di Beijing berhampiran dengan Beijing International Airport. Malaysian Embassy pun terletak di Chaoyang. Korang sebelum travel take note siap-siap emergency number & Malaysian Embassy number dalam notebook senang kalau ada apa-apa masalah boleh terus ke kedutaan lebih-lebih lagi kalau jenis yang travel sorang macam aku ni dan paling best di sana iaitu kawasan perumahan majoriti populasinya adalah muslim! Tak silap katanya lebih kurang 90% penduduk di situ tu adalah beragama Islam. Ini terbukti dengan mata aku sendiri sebab ada beberapa masjid berhampiran kawasan manakala makanan non-halal diharamkan. Kawan aku cakap kalau ada orang di kawasan kejiranan yang masak non-halal serta merta mereka akan lapor kepada polis siap boleh masuk lokap. Bagus kan undang-undang Non-Halal Restriction Area yang diamalkan mereka. Sekurangnya rasa secure lah sikit kita sebagai muslim ni.
Jarak antara Choyang ke rumah kawan aku mengambil masa kira-kira 25 minit. Tak jauh pun. Aku tiba di Beijing International Airport Terminal 2 pukul 5.40 pagi. Ada banyak public transport termasuk bas, minivan, uber, dan teksi. Aku pilih naik teksi sebab selamat. Lagipun kawan aku dah pesan naik teksi je. Kat sana banyak scam tau and ada certain public transport yang illegal so please be careful. Aku telah dihampiri scammer perempuan dia suruh aku naik minivan dia masa aku tengah mencari teksi. Maybe dia nampak aku tercengang-cengang mencari sesuatu macam orang kehilangan arah agaknya haha, so dia approach untuk naik minivan dia. Nak tahu berapa dia caj? CNY180 bersamaan RM115. Mahal gila kan, aku taklah bodoh sangat sampai nak percaya. haha
-
Btw, kat China ramai tak boleh berbahasa English even kat Airport kau tanya Security hai hai bye bye lah jawabnya. Nasib aku telah ditarbiah oleh rakanku supaya memanfaatkan telefon pintar dan kalkulator. Aku padam angka yang ditaip makcik itu pada skrin handphonenya dan menaip angka CNY50.00 aku tunjuk kat dia serta merta kena reject,haha Padahal saja je nak tengok reaksi dia bila aku cuba tawar harga murah. Tanpa melengahkan masa, terus ke Teksi Terminal, aku tunjuk alamat rumah yang telah diterjemah ke bahasa China yang tertera pada handphone. Aku tunjuk guard. Dia tolong masukkan luggage dalam bonet, tolong pasangkan GPS untuk driver seterusnya mempersila untuk naik. Sette!! Harga teksi dari Airport ke Changying Minzu CNY80.00/RM51.30.
Aku sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi. Petang tu kawan ajak jalan-jalan sekitar kawasan rumah dia sambil beli makan di gerai lepas tu dia ajak aku ke masjid.
-
View of Changying Minzu Mosque
Kehadiran masjid di tengah kesibukan bandar Chaoyang. Kalau perhatikan, kebanyakan masjid di China mempunyai ciri-ciri senibina traditional kerana dibina pada zaman lampau ada mencecah ratusan malah ribuan tahu namun yang menariknya rekabentuk kekal terpelihara hingga ke hari ini.
Tak sangka rupanya di China ni ramai sangat Muslim. Yelah populasi masyarakat Islam teramai di dunia kan di China so no wonder la kan. Disebabkan baru sampai Beijing, malas nak OOTD cantik-cantik. Pakai traitsuit je, sila jangan kecam sis ye.hiks
Membeli Makanan Halal di Gerai Muslim
Mesti dah ramai yang tahu kan untuk mencari makanan halal di Beijing tak susah macam negara non-muslim yang lain sebab penduduknya ramai beragama Islam. Tengok pada tempat kita pergi, kalau kawasan komuniti penganutnya majoriti Islam lagilah senang. Make sure tahu logo halal China biasanya berwarna hijau ditulis sebagai 'Qing Zhen' bermaksud halal macam ni.
Kitorang singgah kedai muslim beli makanan sebagai bekal sebab kesokan hari kami nak ke Great Wall of China. Jadi beli makanan siap-siap takut lapar masa panjat tangga nanti.
Lamb meat antara makanan utama masyarat muslim di China selain beaf
Aku tak sure apa nama roti ni. Inti dia daging. Masa beli still lagi panas-panas lagi. Roti ni nampak simple tapi mengenyangkan.
Restaurant Peking Duck
Apa makna melawat Beijing kalau tidak mencuba signature utama mereka iaitu Roast Peking Duck recipe berusia lebih 600 tahun yang telah mendapat world recognition kerana rasanya yang sedap. Alhamdulillah, walaupun aku ni jenis picky eater (bak kata bapak aku tapi memang ya pon) Allah bagi aku rasa sedap sepanjang aku makan makanan di China. Bila baca blog ramai blogger yang kata masakan China tak sedaplah, tawarlah aku dah gusar dalam hati cakap lagu mana ni tak kan nak makan megi hari-hari kot haha. Siap beli perencah nasi goreng bagai walhal tak masak pun. Aku cakap pada kawan nak masak masa kat rumah dia tapi dia tak kasi. Yelah, siapa je nak bagi tetamu masak kan. Rasa bersalah pulak dah la tinggal free makan pun free ya Allah tolonglah faham rasa bersalah ini, haha. Apa pun aku bersyukur dikurnia seorang sahabat dan keluarganya yang sangat baik. Banyak kali aku hampir menitiskan air mata sebab terharu sangat dengan keperibadian mereka sekeluarga. Walaupun keluarga aku dan keluarganya dah jadi keluarga angkat tapi aku tak pernah expect orang layan kita baik macam tu sekali. Bersyukur sangat-sangat ya Allah.
Cutlery yang siap dibalut.
Chef akan bawa tray and slice Roast Peking Duck depan kita and beautifully place on the plate.
Patutlah Peking Duck dapat world recognition rupanya the meat itself is so tender,soft tapi dalam masa yang sama rasa crispy. Tak tahu nak explain rasa sedapnya macam mana melainkan korang sendiri kena cuba.
Peking Duck dibalut with kind of thin bread (macam kulit popia) bersama sos/gula, spring onion. Setiap hidangan wajib ada sayur tau.
Selain Peking Duck, Lamb/Beaf stick juga adalah antara hidangan yang popular di Beijing. Kena cuba kalau datang sini. Rasa rempah dia sedap sangat.
Sekian sahaja day 1 di Beijing. Aku akan update blog Tips bercuti ke Beijing by day tau. Ya Allah so many to go.*face palm*. Aku akan cuba cari masa untuk menulis. Tak janji bila boleh siap maybe berbulan-bulan lagi atau next year haha. Kat bawah ni aku senaraikan general itinerary di sana. Siapa nak full detail itinerary yang lengkap boleh email di yasminyusuf1993@gmail.com. Manalah tahu boleh bantu sedikit sebanyak sesiapa yang nak ke sana. Lepas tu, kalau rajin aku akan update jugak persiapan penting sebelum ke Beijing contoh macam book flight/visa/weather forecast/install apps/money exchange and macam-macam lagi yang aku tulis dalam itinerary.
General Itinerary ke Beijing
Day 1: Arrival day: Melawat Masjid di Chaoyang dan ke Restoren Peking Duck
Day 2: The Great Wall of China
Day 3: Bersiar-siar di Hutong, Drum Tower, Jinshan Park dan Lamb Stick
Day 4: Forbidden City dan Masjid Niu Jie
Day 5: Qianmen Street dan Tiannammen Square
Day 6: Bird Nest Stadium dan Water Cube
Day 7: Menonton Wayang 'The Body Guard Hitsman'
Day 8: Summer Palace
Day 9: Rest day
Day 10: Depart to Malaysia
Additional upcoming blog update
- Persiapan penting sebelum ke Beijing
Thanks for reading my entry
xoxo
No comments:
Post a Comment