09 October, 2018

Set Combo Rose Water, Henna Hair Mask and Lip Scrub from Rose Water Petalz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hari ni aku nak ambil masa untuk update blog kejap. Kalau ikutkan nak update last week tapi boleh pulak terkena dirrhea masa tu. Allah saja yang tahu seksa bila makan pastu muntah and end up tak makan apa-apa the whole day sebab setiap kali makan mesti muntah . I lost a lot of water and minerals in my body and now alhamdulillah dah recover. Sis dah lah turun berat pastu kena pulak dirrhea mesti lagi turun. tsk. tsk. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk tambahkan balik berat badan dan dapat hidup sihat. Amin

Pada siapa yang ikuti perkembangan aku (bajet artis) sangat mesti perasaan or kot-kot ternampak aku ada update di insta story produk dari @rosewaterpetalz. Kebetulan masa tu aku tengah survey rose water dengan inai sebab nak kaler rambut eh eh maka terjumpalah satu instagram ni jual set combo yang sedang aku tercari-cari so apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatanglah. Lagipun aku memang nak cari produk yang organik bebas dari chemicals and I think @rosewaterpetalz is a good choice. 


Rose Water by Petalz

Sebelum ni aku pernah explain kebaikan rose water. Aku suka sangat dengan rose water ni sebab manfaat dia terlalu banyak. Rose water pun ada banyak jenis jugak kan. Make sure pilih yang 100% rose water dan bukannya yang telah diluted. Biasanya aku guna rose water after cuci muka and pakai toner. Sebab after cuci muka kulit kan akan mengering sebab pH dia tinggi. Rose water boleh digunakan as toner untuk tone down kulit kita bagi mengelakkan iritasi dan kulit kering.


Saiz botol rose water by @rosewaterpetalz ni tak besar. Kecil molek je. 
Boleh letak dalam handbag dengan senang hati. Untuk travel pun sesuai dibawa.


Kat bawah ni dah sum up kebaikan rose water. 
sumber: google pinterest 
Selain itu, rose water boleh juga digunakan sebagai makeup remover tau. Korang cuma perlu mix dengan oil macam aku guna ni pure Argan Oil. Olive Oil atau Habbatus Sauda oil pun boleh juga digunakan. Ikut keselesaan korang sebab masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Jom tengok Kak Min demo macam mana nak tanggalkan makeup guna rose water and Argan Oil. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Cotton pad
2) Rose water
3) Argan Oil 


Tujuan Argan Oil digunakan adalah untuk membantu menanggalkan makeup dengan mudah. Argan Oil ni boleh dibeli di kedai makanan sunnah memang banyak dijual. Untuk kesan yang lebih baik, make sure beli yang pure and original. Kak Min beli di booth Mehnaz dalam Dataran Pahlawan.


Aku nak share testimoni sikit. Ni aku calit lipstick dan eyeliner gel pada tangan. Nak tengok kesan makeup ni boleh tanggal atau tak. 


First spray dulu rose water pada cotton pad.


Then tekapkan argan oil guna cotton pad yang sama tadi korang spray rose water. 


After tenyeh-tenyeh pada kesan liptick and eyeliner gel selama beberapa minit, inilah sisanya.


Result: Semua makeup dapat ditanggal termasuklah lip matte aku yang sangat pekat pun hilang dengan menggunakan dua benda ni. Biasanya lip matte agak susah untuk ditanggalkan walaupun menggunakan makeup remover, cuma kalau nak guna rose water dengan argan oil ni kena sabar sikit gosok perlahan-lahan baru dia hilang semua. 


Lip Scrub by Petalz

Sekarang aku nak cerita pasal lip scrub. Once in a while kenalah exfoliate lips kan untuk hilangkan sel-sel kulit mati dengan lip scrub. Aku tak rajin pun nak buat benda alah ni semua tapi inshAllah akan kucuba merajinkan diri.ihiks.  Lip scrub dari @rosewaterpetalz adalah home-made tau. Aku pernah tengok youtube macam mana dorang buat lip scrub menggunakan honey, sugar and lemon. Orang kata brown sugar is the great exfoliator. Honey pula membuatkan kulit jadi lembut manakala lemon digunakan sebagai lightening agent. For those yang malas untuk diy, korang boleh beli lip scrub ni harga pun murah RM5 je satu. 


Antara kelebihan lip scrub dari @rosewaterpetalz adalah:
  • Mengandungi antiokidan
  • Mengandungi vitamin
  • Mengatasi masalah bibir gelap
  • Melembapkan bibir
  • Tiada bahan kimia
  • Selamat, mudah dan jimat


Boleh nampak dia ada honey and lemon consistency. Dia agak watery. I bet maybe sugar dia dah melt anyways uolls boleh add more sugar to make it easier to exfoliates. Remember it's homemade kan :)


Henna Hair Mask by Petalz

Actually dah lama aku tercari-cari inai yang bagus untuk warnakan rambut. Mostly inai yang dijual tak berkesan sebagai pewarna pun. Aku pernah lah try beberapa kali warnakan rambut engan inai konon-konon bolehlah feeling nak rambut merah kan, hehe tapi tak menjadi pun. Dia nampaklah shinny sikit-sikit tu tapi warna dia tak lekat. Boleh je pergi salon warnakan or beli je pewarna rambut yang banyak dijual tapi aku tetap kuatkan pendirian tak akan sesekali gunakan hair dye. Mampu gigit jari jelah tiap kali tengok hair dye yang macam-macam kaler yang menarik tersusun di rak-rak. ihiks
Hati memang meronta nak beli tapi haram tetap haram kan.

Walaupun produk pewarna tidak mengandungi bahan yang mengharamkan, tapi bila dipakai tetap menghalang air. Aku dah baca macam-macam sumber tak kira pakcik goole mahupun ustaz youtube (dengan harapan ada jumpa sedikit kelonggaran ke) tengok masih menaruh hati nak pakai hahaha tapi semua sumber mengatakan tidak boleh melainkan inai sebab ia semulajadi. Yes, hanya inai je yang menyerap ke dalam rambut. Biasa orang yang ada uban pakai inai kejap je rambut jadi merah kan tapi kalau rambut berwarna hitam secara saintifiknya tidak akan menyerap apa-apa warna selain dari warna hitam tu sendiri.

Namun begitu, kepada sesiapa nak cuba Henna Hair Mask dari @rosewaterpetalz amat digalakkan terutama untuk rambut kering pakai Henna Hair Mask ni boleh buat rambut korang jadi sangat lembut. Aku dah try guna and resultnya yes rambut memang jadi lembut dan bersinar. 


Kelebihan Henna Hair Mask 
  • Melembapkan rambut
  • Melembutkan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Rambut bersinar selepas memakai
  • Menyejukkan kulit kepala
  • Pewarna semulajadi


Cara nak pakai henna hair mask perlu ada:

1) Brush (untuk scoop inai pada keseluruhan rambut)
2) Shower cap
3) Plastic Hand Glove (optional)
4) Hair curler (optional)




hair roller curler

Cara Pemakaian:

Pastikan rambut kering terlebih dahulu. Bahagikan belahan rambut kepada dua bahagian. Sapukan inai secara perlahan-lahan menggunakan hair brush/comb. Aku pakai hair roller curler tak nak bagi serabut. After dah lumur inai pada rambut roll perlahan-lahan. 10 roller curler pun dah cukup untuk keseluruhan rambut then bila dah siap pakai shower cap. Tunggu dalam 3 hingga 4 jam kemudian bilas dengan air. Make sure cuci rambut bersih-bersih untuk mengelakkan ada sisa inai yang tertinggal pada permukaan rambut. Seterusnya rasailah kelembutan rambut korang after guna henna hair mask dari @rosewaterpetalz.

Secara kesimpulan, produk dari @rosewaterpetalz sesuai untuk korang yang greeny tidak suka produk yang ada chemicals because it's 100% made from organic ingredients which do not harm your skin.


For more info, please visit
Instagram: @rosewaterpetalz
Whatsapp: 018-3179791

Thank you for reading my entry
xoxo

No comments: