بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Selamat bertemu kembali. Pernah tak korang terfikir teringin nak memanjakan diri untuk kelihatan cantik ala-ala treatment di spa ? Tahukah anda, Touch Beauty Malaysia merupakan sebuah website yang menjual pelbagai barangan/peralatan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki untuk wanita yang gemar menjaga kecantikan di luar sana. Peralatan yang dimaksudkan contohnya dari segi facial care adalah seperti Light Therapy Pen, Cream Boaster, Sonic Eye Device dan bermacam-macam lagi manakala untuk body care pula adalah seperti Electric Shaver, Body Massager, 2 in 1 Electric Cleanser dan sebagainya. Pendek kata, kebanyakan produk tertumpu kepada peralatan electronic yang sangat mudah digunakan dan memberi keberkesanan untuk kecantikan kulit amnya. (Ya Allah ayat karangan pembuka SPM sangat p). Anyway, cool kan! Sekarang zaman dah makin canggih. Terlalu banyak invention kadang tak terlintas dek akal. Bidang kecantikan pun tidak ketinggalan melalui daya tarikan hasil teknologi era globalisasi kini. Hamboii tudia, haha.
Kesemua barangan yang di-shipping dibalut kemas dengan menggunakan bubble wrap, dan diberikan towel percuma sama ada berwarna pink atau putih. Aku dapat warna putih. Happynya dapat towel free! I believe it is a good quality because it highly absorb the water. Untuk kali ni, aku nak review tiga produk utama iaitu Sonic Eye Device, Electric Facial Cleanser dan Mictocurrent Facial Massager. Excitednya nak share my testimonial using all these products from Touch Beauty.
Tanpa melengahkan masa, ayuh kita mulakan dari sekarang.
Sebelum tu, nak bagitau dengan setiap pembelian produk dari Touch Beauty, korang akan diberi manual. Senang nak refer info device yang kita beli dan info untuk kesemua produk yang dijual turut dinyatakan berserta description.
1) SONIC EYE DEVICE
Rasanya hampir semua orang mempunyai masalah lingkaran gelap di bawah mata. Rasanya mata panda aku ni sejak dari zaman study dulu sudah agak ketara sebab tak cukup tidur dan terlebih tidur. Tapi rasanya faktor terlebih tidur adalah penyumbang terbesar, haha. Sonic Eye Device dicipta untuk revitalize atau dalam erti kata lain re-energize dan menghaluskan kawasan sekitar mata. Ia membantu untuk memberi kesan kesegaran pada kulit dan memudarkan lingkaran gelap di bawah mata.
Sonic Eye Device direka khas bukan sekadar untuk merawat mata panda, malah boleh juga digunakan untuk menghilangkan kedutan halus pada sekitar mata dengan teknik massage yang betul.
Apa yang menarik, Sonic Eye Device menggunakan kuasa vibration dan once kita tekan je mana-mana bahagian contoh dengan jari telunjuk (refer gambar atas), dia terus akan vibrate. Tak perlu nak cari mana button sebab dia automatic akan berfungsi. Senang sangat. Paling menarik, semakin lama dia vibrate, suhu perlahan-lahan akan meningkat sehingga 40 darjah. Masa guna ni, dapat rasakan haba warm dia massage effectively untuk kurangkan dark circles and puffiness. Jangan risau, tak panas mana pun. Rasa best je. Kulit pun rasa lebih bernyawa, hehe.
Sangat handy, practical dan ringan. Sonic Eye Device hanya menggunakan satu bateri AAA. Bateri tidak diberi jadi kena beli asing. Make sure ada siap-siap bateri baru spare dalam drawer meja ok.
Selepas roll menggunakan Sonic Eye Device, mata tak nampak lebam sangat. Sebelum garis halus agak ketara.
2) ELECTRIC FACIAL CLEANSER SET
Seterusnya adalah Electric Facial Cleanser Set. Aku start guna cleanser electronic 3 tahun lalu. Masa tu Korea Pobling Pore Sonic tengah viral kan. Aku pun terikut beli sekali, tapi rosak. Lepas tu aku beli pula Facial Brush biasa dekat Lazada. Beli yang takde brand pun sebab time tu kan student tak mampu nak beli cleanser mahal. Nak dijadikan cerita cleanser tu pun rosak jugak. Next I purchased branded Electric Facial Cleanser from Vanity Planet pun rosak jugak, haha. Tak tahulah apa masalah aku tak pandai guna atau Cleanser tu yang problem. The one from Vanity Planet boleh tahan harga dia 25 dollar. Kirim dekat adik dia beli di US dulu. That cleanser brush totally same with this Electric Facial Cleanser Set from Touch Beauty tapi ha ada tapinya speed cleanser Touch Beauty lagi laju. I can tell the difference. Kali ni I nak jaga elok-elok sebab dah serik cleanser asyik rosak. Sebelum ni tak tahu berapa kali dah terjatuh, haha no wonderlah cepat rosak kan.
Apa perlunya guna Electric Facial Cleanser? Apa salahnya kalau cuci muka macam biasa tak perlu nak susah-susah guna cleanser semua ni? Baiklah, tak salah. Memang boleh cuci muka macam biasa tapi percayalah cuci muka dengan tangan tak sama kuasa tindakan dia dengan menggunakan cleanser brush. Kuasa rotation cleanser akan bersihkan segala kekotoran yang ada pada kulit secara mendalam terutamanya bila makeup. Bayangkan, betapa banyak chemicals yang terbenam pada kulit kerana penggunaan makeup/skincare. Basuh secara biasa tak mampu nak hilangkan all the impurities but Touch Beauty Electric Facial Cleanser will do this job effectively and efficiently.
Electric Facial Cleanser Set didatangkan dalam case comel macam ni. Sangat handy and organized. Ia mempunyai tiga jenis brush. Setiap brush adalah berbeza mengikut jenis kulit. Nanti aku explain further bab brush nanti.
Handle cleanser brush ni sangat selesa dan tak slippery. Ia mempunyai feature dual speed technology to adapt to different cleansing needs.
Green button: ON/OFF switch
Mula-mula press the button untuk speed yang rendah. Press kali kedua untuk speed yang tinggi. Press kali ketiga dia akan stop. Jadi ada tiga kali press untuk function yang berbeza.
Nak tukar brush mudah sangat ditanggalkan. Tanggal dari bawah ke atas. Dicadangkan setiap tiga bulan sekali tukar brush baru.
Skin Refreshing Brush
(For All Skin Type)
Skin Refreshing Brush diperbuat daripada latex yang lembut. Sesuai digunakan untuk exfoliates the skin atau menanggalkan sel-sel kulit mati. Biasanya kita guna scrub muka once a week kan so boleh cuci dengan brush ni. It closely fits the skin, deeply remove all the dirts, blackhead, whitehead and brighten the skin. Penting tau exfoliates the skin ni, terutamanya untuk menghalang liang-liang pori dari tersumbat. Pastu orang kata kalau exfoliates setiap hari pun tak elok juga because it will dry out the skin sebab kulit naturally produce oil tapi aku ni kadang-kadang degil suka exfoliates tiga empat kali seminggu, hehe. Taksud dengan cleansing brush punya pasal :p
Silicone Cleansing Brush
(For Sensitive Skin)
For those yang mempunyai sensitive skin, this brush specially formulated for you. It is so soft and gentle for your skin guys. Langsung tidak merengsakan kulit. I think acne prone skin should have no problem using this cleanser brush. Kalau yang normal skin type pun boleh guna tak ada masalah. Certain time aku guna je brush ni tukar-tukar dengan brush lain supaya tak bosan.
Cleaning and Clearing Brush
(For combination to oily skin)
This brush deeply cleans oil and residual makeup in the pores. After guna brush ni kulit jadi lebih clear and smooth je. Apa yang aku perasan, Sebelum aku practice pakai cleanser brush, tiap kali basuh muka even dah rasa bersih tapi bila sental balik rasa excess impurities masih ada lagi melekat pada permukaan kulit muka. Macam mana aku tahu sebab aku suka sental kulit dengan tangan lepas basuh muka, haha. Oh ya, brush ini sesuai digunakan setiap hari dengan facial cleanser.
Brush ultra-silky dia sangat halus dan rapat-rapat. Aku tak suka brush yang jarak-jarak. Rasa tak puas bila menyentuh permukaan kulit tapi Touch Beauty Electric Cleansing Brush sangat comfy kerana ia diperbuat daripada 3000 bulu halus tau!
Dua bateri AA diperlukan untuk operate. Cara buka bateri cover dan refasten senang je. Ingat, bateri tak provided ye jadi kena beli sendiri. Buka bateri kalau tak guna dalam masa 30 hari kalau tak nanti cepat rosak. Apa yang menarik lagi, Touch Beauty Electric Cleansing Brush water resistant! boleh basuh keseluruhan brush dengan menggunakan air tak perlu rasa was-was. Memandangkan dah banyak kali brush aku rosak sebelum ni, aku tak basuh the whole brush dengan air. Biasa lepas guna, aku terus cabut massage head baru basuh dengan air. Pastu lap-lap body dia pakai towel.
- Pertama sekali pilih massage head yang ingin digunakan.
- Basahkan kulit muka dan massage head dengan menggunakan air
- Apply facial cleanser pada pada brush head: (p/s: aku tak guna cara ni sebab selalu sangat jadi saki baki cleanser melekat pada brush so untuk elak kerugian, basuh dulu muka macam biasa sampai berbuih lepas tu baru guna brush cleanser).
- Pilih speed yang nak diguna (Aku suggest mulakan dulu dengan low speed kemudian baru high speed. High speed agak harsh pada kulit jadi aku biasa guna low speed je).
- Mulakan dari bawah ke atas. Biasanya melawan graviti lah kan nak elak kulit cepat sagging. Pakai skincare atau apa-apa mesti mesti dari bawah ke atas.
- Recommended guna dua kali sehari. 20 saat pada bahagian forehead, hidung dan dagu manakala 10 saat pada bahagian pipi.
Refer gambar rajah di bawah. Aku dah simplify siap-siap.
3) MICROCURRENT FACIAL MASSAGER
Semakin kita berusia, kulit kita semakin lama berhadapan dengan proses penuaan kerana kekurangan collagen. Electronic Lifting Roller dicipta untuk untuk improve skin elasticity dan mengurangkan garis-garis halus yang muncul pada sekitar kulit wajah terutama bahagian mata. Ia diperbuat daripada Microcurrent Advanced Technology dimana terdapat aliran arus electric perlahan mengalir once roll guna alat ini yang mampu memberi kesan bright, clear and transparent skin. Aku rasa kagum kerana Microcurrent Facial Massager tidak memerlukan bateri atau charge sebaliknya menggunakan tenaga solar! Canggih kan teknologi sekarang tak perlu susah payah lagi dah nak guna alat caj bagai.
Alat ini dicipta oleh Chiaki Murata yang merupakan seorang Professor dan Institute Director of Kyoto University of Art and Design.
Dibalut dengan kemas dan cantik.
70 lifting angle complex for tighten the skins and gives a youthful appearance manakala dua bentuk permukaan bulat mempunyai 360 degree multi-angle structure.
Berdasarkan pada gambarajah di bawah, once roll pada kulit terasa di 'pinched' terangkat ke atas. Ia bukan hanya untuk lifting effect je, tapi boleh juga dapatkan effect V-shape. Kalau nak nampak kurus rajin-rajin lah roll guna alat ni sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. No injection, no surgery, no medicine uolls boleh dapat kulit cantik. Senang kan! Roller ni bukan hanya untuk facial sahaja malah boleh juga digunakan untuk leg, armpit or arm.
Step berdasarkan gambar rajah di atas:
1) Roll pada bahagian cheekbone dari tepi hingga ke atas.
2) Roll pada bahagian hujung bibir hingga ke atas.
3) Roll pada tulang sekitar tepi mata bawah dan atas.
4) Roll pada tulang mata atas dan dahi memghala ke hujung.
5) Roll pada bahagian cheekbone bawah dan tarik menghala ke atas.
6) Roll dari bahagian bawah dagu hingga ke tulang pipi atas.
7) Korang boleh je roll ikut keselesaan masing-masing dan mana-mana bahagian yang lain yang penting sentiasa melawan graviti ok.
Belanja video untuk uolls for more detail.
To sum up, aku suka kesemua beauty device yang aku review pada kali ini tapi paling aku suka adalah Electric Facial Cleanser. Rasa macam tak boleh je survive without this device, hehe. Serious this device buat kulit jadi lebih bersih dan cerah dengan menghilangkan segala kotoran mak nenek yang menjengah pada wajah. Cara nak beli produk dari Touch Beauty boleh layari laman web yang tertera di bawah atau contact je thru mana-mana social media sites mereka. Postage ke Semenanjung Malaysia adalah percuma manakala add RM6 sahaja untuk postage ke Sabah dan Sarawak.
Website: www.touchbeauty.com.my
Whatsapp: 018-9721866
Facebook: Touch Beauty Malaysia
Instagram: @touchbeauty_malaysia
Thanks for reading my entry
xoxo
No comments:
Post a Comment