Assalamualaikum
Boleh dikatakan hampir 80% aku
beli barang melalui online tak kiralah baju ke atau tudung sebab mudah dan
senang.Boleh shopping sambil baring baring atas kerusi tengok tv siap minum kopi lagi kalau ada je yang berkenan terus
boleh order.Kalau pergi shopping mall kena siap siap pakai baju pin tudung belum lagi kira dengan jam lepas tu nak cari tempat parking lagi kan dah la aku ni
takde lesen kereta jadi setiap kali nak keluar kena buat muka manja dengan mak
dengan abang suruh drive kalau tak memang merajuk la aku.huahaha
Sekarang ni online shoppping tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ceh dah macam takde peribahasa lain kan.
Kadang kadang memang pening nak pilih online shop mana sebab tu sebelum beli
apa apa barang aku akan compare harga kadang kadang nak beli tudung je pun
sampai 10 kedai aku cari dan fevret online shop aku mestilah melalui instagram
sebab senang nak order thru whatsapp orang reply lagi cepat daripada beli
melalui website.
Kalau kita rajin compare harga memang kita boleh dapat barang dengan kualiti yang sama tapi dijual dengan harga
yang lebih murah terutamanya tudung.Sebelum adik aku masuk preparation studies
A level kat Ledang tu hari dia suruh aku tolong carikan tudung bawal bidang 60
katanya tak sempat nak beli kat kedai al maklumlah dah offer letter dia dapat
seminggu sebelum masuk ke Kolej memang kelam kabut jugaklah dia nak settle borang
pengajian dia lagi maka si hakak nilah yang kena carikan tudung untuk dia so apa
lagi dengan gigihnya aku scroll instagram cari tudung bawal bidang 60 dan
kebanyakannya berharga RM19 tapi disebabkan aku nak beli dengan kuantiti yang banyak mestilah nak
cari dengan harga yang lebih murah kan kata nak jadi pengguna bijak.
Cari punya cari baru tahu @mzkcollection ada menjual tudung bawal bidang 60 dengan harga yang rendah.Kalau beli borong
lagilah murah.Dah la tudung bawal dia tak jarang kain pun tak kasar memang
berbaloi la kalau nak beli.Aku pun dah mula terfikir nak pakai tudung bawal
bidang 60 sebab sekarang ni pun biasa turn on off kejap tudung labuh masa kat
rumah tapi masa pergi kuliah pakai tudung bawal yang 5 hengget tu.Kununnya nak
berhijrah dengan slow and steady tapi sekarang ni dah masuk tahun 2015 tak kan
nak stagnant je mesti kena ada perubahan imej yang lebih positif yang
penting segala perubahan adalah lillahita’ala.InshaAllah